Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Mohon Guru MARA & Buat Permohonan Segera 2022

Mohon Guru MARA
Mohon Guru MARA

Cara Mohon Guru MARA. Guru merupakan suatu kerjaya yang diimpikan oleh ramai graduan. Pekerjaan sebagai guru merupakan kerja yang murni dan baik kerana tugasnya adalah bertanggungjawab membina anak bangsa menjadi pandai membaca, menulis dan berfikir dengan baik. Oleh itu, pengumuman terbaru oleh pihak Majlis Amanah Rakyat (MARA ) mengenai peluang kerjaya menjadi guru.Permohonan dibuka sekarang dan sah sehingga 25 April 2022. Ayuh rakyat Malaysia rebut peluang menjadi guru!

Majlis Amanah Rakyat (MARA ) merupakan agensi di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar ( KPLB ). MARA memerlukan warga kerja yang berilmu , berkeyakinan , berintegriti , mempunyai nilai – nilai murni , memiliki kemahiran interpersonal , kreatif dan inovatif serta komited .

Mereka yang memiliki ciri – ciri tersebut dialu-alukan untuk menyertai perkhidmatan sebagai pendidik di Institusi – institusi Pendidikan MARA seluruh Malaysia .

Mohon Guru MARA 2022

Untuk tahun 2022, Majlis Amanah Rakyat (MARA) telah menawarkan jawatan sebagai guru di insititusi pendidikan MARA seluruh Malaysia. Jawatan yang ditawarkan di Majlis Amanah Rakyat (MARA ) ialah Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41

Maklumat Jawatan :

  • Jawatan : Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41.
  • Sektor: Kerajaan
  • Taraf : Kontrak
  • Gaji : RM2,188 – RM9,552

Permohonan boleh dibuat dalam tempoh sekarang dan sah sehingga 25 April 2022 sahaja. Kepada mereka yang berminat untuk memohon dipersilakan membuat permohonan dengan kadar segera.

Berkenaan maklumat lanjut syarat-syarat, kelayakan dan info penting jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41 anda boleh merujuk JAWATAN KOSONG GURU DG41 MARA TAHUN 2022

Untuk membuat permohonan, anda boleh merujuk cara mohon jawatan pegawai perkhidmatan pendidikan DG41 Di laman web MARA seperti dibawah.

Cara Mohon Guru MARA, Pegawai Perkhidmatan Pendidikan DG41 Di MARA Tahun 2022

Bagi membuat permohonan jawatan pegawai perkhidmatan pendidikan DG41 di MARA, anda hanya perlu membuat permohonan secara atas talian(Online) sahaja di laman web rasmi MARA. Berikut merupakan cara membuat permohonan jawatan di laman weh rasmi MARA:

  1. Pergi ke laman web MARA https://www.mara.gov.my/ dan pilih “Peluang Kerjaya Bersama MARA” mara
  2. Pilih Permohonan atas talian. Selepas itu anda akan dibawa ke portal permohonan jawatan MARA. Dan tekan “Permohonan Baru”. permohonan baru
  3. Sila masukkan nombor kad pengenalan anda. Pastikan anda memasukkan nombor kad pengenalan sama seperti di dalam kad pengenalan anda. pengenalan 1
  4. Sila isi maklumat anda. Anda boleh membuat permohonan berbagai-bagai jawatan yang ditawarkan menepati dengan kelayakan pengkhususan kelayakan ijazah anda. Segala isian maklumat haruslah benar dan pastikan tiada kesalahan dalam mengisi maklumat. mohon jawatan
  5. Selepas siap mengisi maklumat, anda perlu membuat pengesahan perakuan maklumat permohonan anda. Tekan “Hantar” pengesahan permohonan
  6. Selesai. Permohonan anda di dalam proses. Anda boleh membuat kemaskini sebanyak 5 kali sahaja. Tunggu makluman balas dari MARA mengenai permohonan anda. Permohonan yang tidak menerima makluman balas yang dihantar selepas 6 bulan dari tarikh iklan adalah dianggap tidak berjaya.TAMAT

Iklan Jawatan pegawai perkhidmatan pendidikan DG41 MARA tahun 2022:

IKLAN JAWATAN KOSONG GURU DG41 DI MARA TAHUN 2022

Sebarang pertanyan atau persoalan mengenai permohonan jawatan guru MARA, Anda boleh terus merujuk berdasarkan maklumat dibawah:

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut boleh emel ke [email protected]

PENGARAH BAHAGIAN SUMBER MANUSIA

MARA TINGKAT 18 , IBU PEJABAT MARA 21 ,

JALAN MARA 50609 KUALA LUMPUR

“Semoga Urusan Permohonan Guru MARA Anda Dipermudahkan”

Permohonan Jawatan kosong di MARA dibuka sehingga 25 April 2022. Kepada calon yang berminat hendaklah membuat permohonan segera dan hendaklah melengkapkan maklumat dengan betul. Sebarang kesilapan mengenai permohonan anda boleh kemaskini semula sebanyak 5 kali. Jika mempunyai sebarang persoalan atau masalah. Anda boleh terus merujuk kepada pihak MARA. Sekian terima kasih.

Ahmad Mizan Ameen
Ahmad Mizan Ameen
"It always seems impossible until it's done."

Anda Mungkin Meminati