Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Lebih 10,000 perjawatan baharu dalam KKM terima menerusi dasar tukar ganti

image 84
perjawatan baharu dalam KKM

perjawatan baharu dalam KKM. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Adham Baba menyatakan semenjak tahun 2015 dengan adanya pelaksanaan dasar kawalan saiz dalam perkhidmatan awam, perjawatan tetap tidak lagi dipertimbangkan melainkan secara tukar ganti.

Kementerian Kesihatan Malaysai (KKM) mendapat kelulusan sebanyak 10,675 perjawatan baharu secara berfasa menerusi dasar ‘trade-off’ (tukar ganti) jawatan KKM dan juga jawatan-jawatan kementerian lain. Tujuan ini dilaksanakan adalah untuk menampung keperluan dalam membendung pandemik Covid-19 bagi tahun 2020 dan 2021.

Lebih 10,000 perjawatan baharu dalam KKM terima menerusi dasar tukar ganti

Lebih 10,000 perjawatan baharu dalam KKM terima menerusi dasar tukar ganti
Lebih 10,000 perjawatan baharu dalam KKM terima menerusi dasar tukar ganti

“Pada tahun 2019, berdasarkan permohonan yang diterima oleh KKM, terdapat sejumlah perjawatan baharu secara berfasa menerusi ‘trade-off’ bagi jawatan dari KKM.” katanya ketika merasmikan satu forum secara maya Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) dan Bahagian Pelatih, Pegawai dan Pakar Perubatan (SHCOMOS) 2021 semalam.

Tambahan pula, ketika ini KKPM mempunyai seramai 252,911 petugas tetap dan lebih daripada 40,000 petugas kontrak meliputi pelbagai skim perkhidmatan dengan sebahagian daripada jumlah itu dilantik bagi memenuhi syarat latihan siswazah dan khidmat wajib. Manakala sebahagian lagi adalah bagi memenuhi keperluan semasa pandemik Covid-19 ini.

image 86
Lebih 10,000 perjawatan baharu dalam KKM terima menerusi dasar tukar ganti

Permohonan Tambahan perjawatan baharu dalam KKM terima menerusi dasar tukar ganti

Dr Adham memaklumkan bahawa Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ada mengemukakan permohonan untuk perjawatan tetap dari semasa ke semasa. Pada masa yang sama, mengambil kira keperluan perkhidmatan di fasiliti baharu, naik taraf dan fasiliti yang sedia ada.

KKM juga bercadang untuk memohon pelantikan secara kontrak untuk tempoh yang lebih lama. Perkara tersebut masih lagi dalam penelitian di peringkat terakhir sebelum dibawa untuk pertimbangan oleh pihak kerajaan.

Menteri Kesihatan itu turut memohon agar semua pihak faham tentang perjawatan tambahan serta peruntukan kewangan yang diberikan oleh KKM. Hal ini kerana kementerian lain juga memerlukan sumber tenaga manusia serta peruntukan yang perlu dipertimbangkan berdasarkan kepada keupayaan semasa.

KKM telah membelanjakan lebih daripada RM17 bilion atau 63 peratus daripada perbelanjaan mengurus tahunan kementerian. Perbelanjaan ini adalah lebih kepada aspek pembayaran gaji kepada petugas kesihatan, yang didapati lebih tinggi berbanding dengan negara-negara lain. Dr Adham juga menyatakan pembayaran tersebut adalah tidak termasuk bayaran elaun lain seperti bayaran lebih masa dan tugasan rasmi yang lain.

“Setelah meneliti 18 negara di Eropah, purata tanggungan gaji di negara tersebut adalah sekitar 42.3 peratus daripada peruntukan kesihatan yang diluluskan. Manakala daripada 64 negara yang diteliti seluruh dunia, purata tanggungan gaji adalah sekitar 42.2 peratus,” tambah Menteri Kesihatan, Dr Seri Adham Baba.

KKM mempunyai fasiliti di seluruh negara seperti:

  • 146 buah hospital dan institusi
  • 3,300 jenis klinik di peringkat komuniti

Sebahagian daripada fasiliti ini telahpun berusia dan memerlukan penambahbaikan. Sehubungan itu, Dr Adham berkata, KKM berdepan dengan pengurusan yang rumit dan memerlukan perhatian untuk penyelenggaraan dan peruntukan kewangan.

Tahap kefahaman tentang perkara ini adalah sangat penting bagi memastikan sumber di dalam organisasi ini dapat digunakan secara optimum. Usaha ini juga perlu seiring dengan langkah penjimatan dan pelaksanaan program secara lebih tertumpu. Untuk peringkat petugas kesihatan, pihak kementerian dapat bekerjasama secara menyeluruh berdasarkan konsep ‘seluruh kerajaan, seluruh masyarakat’, katanya.

Sementara itu, Dr Adham berkata Kementerian Kewangan telah bersetuju untuk menambah tempoh kontrak pegawai perubatan, pergigian dan farmasi yang bakal menamatkan tempoh kontrak mereka pada pertengahan tahun ini. Keputusan ini hanya akan membabitkan petugas.

Sebelum ini, kami ada membuat perkongsian berkenaan dengan Permohonan Ke Institut Pendidikan Guru PISPM untuk sesi 2021. Perkongsian tersebut memberikan manfaat kepada pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2018, 2019 dan 2020 yang berminat.

Selain itu, kami juga ada berkongsi berkenaan dengan panduan lengkap bagi Tuntunan Covid-19 mySalam. Perkongsian ini berguna untuk individu yang diarahkan untuk menjalani tempoh kuaratin.

Sir Mohd Afizi
Sir Mohd Afizihttps://www.sistemguruonline.my/
Fulltime Writer at Sistem Guru Online. "There are two days in the year that we can't do anything, yesterday and tomorrow!"

Anda Mungkin Meminati