Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Permohonan Skim Pembiayaan Hafiz (SPH) 2021

Permohonan Skim Pembiayaan Hafiz (SPH) 2021
Permohonan Skim Pembiayaan Hafiz

Permohonan Skim Pembiayaan Hafiz (SPH) 2021 ini adalah khusus kepada pelajar-pelajar hafiz yang berminat untuk memohon untuk sokongan kewangan bagi melanjutkan pelajaran. Skim Pembiayaan Hafiz (SPH) ini diwujudkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.

Calon pelajar hafiz memiliki Diploma atau Sijil yang ingin meneruskan pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda di dalam atau luar negara di mana-mana Institut Pengajian Tinggi (IPT).

Untuk perhatian, Skim Pembiayaan Hafiz ini hanya dibuka untuk pelajar yang menyambung pengajian secara separuh masa sahaja. Sesiapa pelajar yang meneruskan pengajian ke peringkat Ijazah Pertama, Ijazah Sarjana, dan Doktor Falsafah bagi sesi 2020/2021.

Tarikh Penting Permohonan

Tarikh mula : 8 Mac 2021

Tarikh tutup : 18 Mac 2021

Kelayakan Untuk Permohonan Skim Pembiayaan Hafiz SPH

Permohonan Skim Pembiayaan Hafiz
Permohonan Skim Pembiayaan Hafiz

Untuk memohon Skim Pembiayaan Hafiz, hanya layak kepada pelajar yang melanjutkan pengajian ke beberapa bidang pengajian berikut:-

  • Dalam Negara
    • Pengajian Islam
    • Qiraat
    • Sastera
    • Sains
    • Kejuruteraan
    • Teknologi
    • Perubatan
    • Pergigian
    • Farmasi
    • Optometri
    • Undang-undang
    • Ekonomi/ Akaun
  • Luar Negara
    • Pengajian Islam
    • Qiraat
    • Sastera
    • Perubatan

Syarat Permohonan SPH

  • Warganegara Malaysia
  • Pemohon mestilah berusia atas 18 tahun dan tidak melebihi 25 tahun untuk melanjutkan pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda dan tidak melebihi 30 tahun untuk melanjutkan ke peringat Ijazah Sarjana dan Doktor Falsafah
  • Pemohon tidak pernah menerima apa-apa pembiayaan atau tajaan daripada agensi lain
  • Pemohon yang meminjam daripada Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) atau pinjaman dari agensi lain LAYAK memohon. Sekiranya pemohon berjaya mendapat SPH, mereka perlu menamatkan pinjaman mereka.
  • Baki Pengajian pemohon mestilah tidak kurang dari 2 semester atau setahun dari jumlah keseluruhan semester (tamat pengajian)
  • Pemohon mestilah sudah menerima SURAT TAWARAN MELANJUTKAN PENGAJIAN dari mana-mana Institut Pengajian Tinggi bagi bidang yang berkaitan
  • Bagi pemohon yang sedang melanjutkan pengajian secara sepenuh masa tidak kurang dari 2 semester LAYAK memohon pembiayaan SPH.

Syarat Kelayakan Akademik Permohonan Skim Pembiayaan Hafiz:

Pelajar yang ingin memohon Skim Pembiayaan Hafiz (SPH) ini mestilah memenuhi kriteria-kriteria akademik yang ditetapkan mengikut peringkat-peringkat pengajian seperti berikut:

Permohonan Skim Pembiayaan Hafiz 1
Permohonan Skim Pembiayaan Hafiz

Pengajian Ijazah Sarjana Muda

  • Mempunyai PNGK 3.0 ke atas bagi Diploma Tahfiz al-Quran JAKIM atau Diploma Tahfiz yang diiktiraf oleh kerajaan ATAU
  • Mempunyai PNGK 3.0 ke atas bagi Sijil Tahfiz al-Quran JAKIM atau pangkat Jayyid bagi STAM atau pangkat Jayyid bagi Sijil Tahfiz oleh Kementerian Pendidikan Malaysia bersama JAKIM
  • Memperoleh sekurang-kurangnya kepujian bagi lima (5) mata pelajaran dalam Sijil Pendidikan Malaysia (SPM) atau dua (2) Prinsipal B dalam Sijil Tinggi Pendidikan Malaysia (STPM).

Pengajian Ijazah Sarjana Muda (Tahun Dua (2) ke atas)

  • Pemohon memiliki PNGK 3.30 ke atas bagi tahun pertama DAN
  • Mempunyai PNGK 2.50 ke atas bagi Diploma Tahfiz al-Quran JAKIM atau Diploma Tahfiz yang diiktiraf kerajaan atau memperoleh PNGK 3.0 ke atas bagi Sijil Tahfiz al-Quran JAKIM atau pangkat Jayyid bagi STAM

Pengajian Ijazah Sarjana/Doktor Falsafah (PhD) (Dalam negara sahaja)

  • Pemohon mestilah mendapat Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) DAN
  • Mendapat PNGK 2.75 ke atas dalam Diploma Tahfiz al-Quran JAKIM atau Diploma Tahfiz yang diiktiraf kerajaan atau mendapat PNGK 3.0 ke atas dalam Sijil Tahfiz al-Quran JAKIM atau pangkat Jayyid dalam STAM.

Cara Memohon Pembiayaan SPH :

Permohonan hendaklah dilakukan secara atas talian dan sila ikuti langkah-langkah berikut:-

  • Permohonan adalah secara atas talian, pemohon hendaklah melayari portal sistem Skim Pembiayaan Hafiz (SPH)
  • Pemohon perlu klik pada butang “Mohon Sekarang”
  • Seterusnya, klik pada “Daftar Akaun Pemohon”
  • Baca semua syarat-syarat yang ditetapkan dan klik butang “Setuju”
  • Pastikan pemohon mengisi maklumat diri sebelum menekan butang “Daftar”
  • Masukkan nombor MyKad dan kata laluan untuk log masuk
  • Pastikan semua maklumat diri adalah betul dan lengkap
  • Upload dokumen-dokumen sokongan yang diperlukan
  • Setelah siap menghantar permohonan, pemohon MESTI mencetak “Slip Pengesahan Permohonan SPH” sebagai bukti bahawa permohonan telah dihantar.

Dokumen-dokumen sokongan yang diperlukan:-

  1. Sekeping gambar berukuran passport terkini
  2. Salinan MyKad
  3. Salinan Sijil Akademik yang berkaitan
  4. Salinan Transkrip dalam Diploma/Ijazah/Sarjana
  5. Salinan Surat Tawaran Pengajian daripada Institut Pengajian Tinggi
  6. Surat Akuan Pengajian/Surat Pengesahan Pengajian dan Salinan Keputusan semasa (bagi pemohon di tahun dua (2) ke atas)
  7. Salinan MyKad ibu/bapa/penjaga
  8. Slip gaji ibu/bapa/penjaga atau Surat Pengesahan Pendapatan (mereka yang bekerja sendiri)
  9. Sijil-sijil Kokurikulum

Perkongsian Memberi Manfaat

Semoga perkongsian kami tentang Permohonan Skim Pembiayaan Hafiz (SPH) 2021 ini dapat memberi info serta membantu para pelajar Hafiz yang memerlukan bantuan kewangan untuk melanjutkan pengajian mereka.

Bagi pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2018, 2019 dan 2020, anda mungkin berminat untuk melanjutkan pengajian sebagai seorang guru. Kami ada kongsikan artikel Permohonan IPG Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan 2021. Semoga segala perkongsian memberi manfaat kepada anda semua.

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Sir Mohd Afizi
Sir Mohd Afizihttps://www.sistemguruonline.my/
Fulltime Writer at Sistem Guru Online. "There are two days in the year that we can't do anything, yesterday and tomorrow!"

Anda Mungkin Meminati