Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Jawatan Kosong di PROTON 2021

Jawatan Kosong di Proton
Jawatan Kosong di Proton

Jawatan Kosong di PROTON telah dibuka kepada warganegara yang sedang mencari peluang pekerjaan yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan tersebut.

Proton merupakan pengeluar kereta pertama Malaysia dan telah menjadi pengeluar kereta yang terkenal bukan sahaja di Malaysia, tetapi seluruh dunia.

Maklumat Ringkas PROTON

Proton ditubuhkan pada 7 Mei 1983 dan penubuhannya merupakan gagasan Dr. Mahathir bin Mohamad, Perdana Menteri dalam mencapai aspirasi negara perindustrian ketika itu. Tugas ini turut disokong oleh Perbadanan Industri Berat Malaysia Berhad (HICOM) serta rakan-rakan usaha sama dari seberang laut.

Tun Dr. Mahathir bin Mohamad menubuhkan Perusahaan Otomobil Nasional Sdn Bhd berasaskan idea presiden Mitsubishi pada tahun 1981 semasa lawatannya ke Malaysia. Pada bulan Februari 1982, satu pasukan projek telah ditubuhkan bagi menjalankan penyelidikan dan menandatangani perjanjian dengan Mitsubishi di Perbadanan Industri Berat Malaysia Berhad (HICOM).

Penerangan Lengkap Jawatan Kosong di Proton

Individu yang berminat dan berkelayakan bagi jawatan ini adalah dialu-alukan untuk mengisi kekosongan di PROTON dan maklumat lanjut berkenaan dengan kekosongan ini adalah seperti berikut:

Info Jawatan Kosong:

Jawatan : Pelbagai Bidang dan Jawatan

Tarikh tutup permohonan : 10 Mac 2021
Lokasi : Selangor
Kelulusan Minimum :Master, Ijazah, Diploma/STPM, SPM/SPMV
Status Pelantikan :Tetap/kontrak

Jawatan Kosong di Proton
Jawatan Kosong di Proton

Cara Memohon Jawatan :

  • Permohonan adalah dilakukan secara atas talian di laman sesawang Jobstreet.
  • Pemohon perlulah menyediakan Resume terkini untuk dimuat naik ke dalam laman sesawang yang telah diberikan.

Syarat-syarat Permohonan :

  • Pemohon perlulah berumur tidak kurang dari 18 tahun.
  • Mempunyai minima setahun pengalaman bekerja.
Jawatan Kosong di Proton
Jawatan Kosong di Proton

Kejayaan Proton Pada Permulaan 2020

Berdasarkan laman sesawang rasmi Proton, syarikat Proton telah merekodkan pendaftaran sebanyak 8506 iaitu kenaikan sebanyak 20.2% berbanding tempoh sama tahun lepas. Pegangan pasaran turut menyaksikan pertumbuhan kedudukan syarikat Proton yang meningkat sebanyak 4.9% kepada 19.5%.

“Ini adalah satu permulaan yang baik bagi tahun ini selepas mencatat prestasi cemerlang pada tahun 2019. Kebiasaannya, Januari adalah bulan yang mencabar namun, kami masih berjaya menunjukkan prestasi terbaik berbanding tempoh empat tahun,” kata Ketua Pegawai Eksekutif PROTON, Dr. Li Chunrong setelah melihat syarikat tetap mencatat jualan seperti yang dijangkakan semasa sambutan tahun baharu cina dan masih mengekalkan kedudukan kedua.

Proton X70 turut utuh menjadi pemimpin segmen apabila telah mencatatkan pendaftaran baharu sebanyak 1,367 unit sementara Saga kekal menjadi tulang belakang syarikat Proton dengan mencatatkan hampir separuh daripada jualan bulanan sebanyak 3,871 unit.

Model Persona, Iriz dan Exora juga menunjukkan prestasi yang baik dimana Persona telah merekodkan jualan sebanyak 2,109 unit dan angka ini adalah dua kali ganda penjualan pada tahun 2019. Jumlah ini mewakili peningkatan 84% berbanding tempoh sama. Selain itu, jualan Iriz telah mencatatkan perkembangan hampir lima kali ganda dengan 785 unit diserahkan kepada pelanggan iaitu membawa peningkatan sebanyak 465%.

“Kini sudah jelas bahawa pelanggan kini lebih memilih nilai lebih baik yang ada pada barisan produk kami terutamanya Saga, Persona, Iriz dan Exora yang dilancarkan tahun lepas. Kami percaya bahawa penekanan kami pada teknologi, keselamatan dan kualiti menjadi pemacu pada kenaikan jualan Syarikat,” kata Dr. Li Chunrong, Ketua Pegawai Eksekutif Proton.

Peringatan & Penafian

Mohon perhatian, iklan kerja kosong ini hanya valid atau sah pada tarikh yang dipaparkan. Oleh sebab itu, pemohon diminta untuk rujuk artikel ini dengan betul dan teliti tarikh post ini dibuat. Segala kerumitan, masalah dan salah faham yang timbul melibatkan tarikh iklan kekosongan jawatan ini adalah bukan tanggungjawab kami.

Sebelum ini, kami ada kongsikan beberapa Jawatan Kosong yang lain seperti:-

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Sir Mohd Afizi
Sir Mohd Afizihttps://www.sistemguruonline.my/
Fulltime Writer at Sistem Guru Online. "There are two days in the year that we can't do anything, yesterday and tomorrow!"

Anda Mungkin Meminati