Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Cukai Dinaikkan Tahun Hadapan Kepada 8% Oleh Kerajaan Malaysia

cukai dinaikkan tahun hadapan 1
Cukai Dinaikkan Tahun Hadapan Kepada 8% Oleh Kerajaan Malaysia 4

Perdana Menteri Anwar Ibrahim umum cukai dinaikkan tahun hadapan kepada 8% yang mana sebelum ini adalah 6%. Cukai yang dinaikkan adalah cukai perkhidmatan.

Walau bagaimanapun, beliau, yang juga memegang jawatan Menteri Kewangan, menegaskan bahawa peningkatan kadar cukai ini tidak akan terkena perkhidmatan makanan dan minuman, serta telekomunikasi, untuk memastikan rakyat tidak terbeban.

Dalam ucapannya semasa membentangkan Belanjawan 2024 di Dewan Rakyat hari ini, Anwar juga mengumumkan bahawa kerajaan akan memperluaskan ruang lingkup perkhidmatan yang akan dikenakan cukai, termasuk perkhidmatan logistik, pembrokeran, penjaminan, dan karaoke.

Kerajaan Cadang Cukai Dinaikkan Tahun Hadapan Dalam Perkhidmatan

cukai dinaikkan tahun hadapan 1

Kerajaan Sasarkan Cukai yang Tidak Membebankan Rakyat

Tegas PM kini cukai dinaikkan tahun hadapan adalah tidak membebankan rakyat kerana tidak dikenakan sewenang-wenangnya kepada pelbagai golongan rakyat.

Anwar juga menyatakan, Kerajaan juga akan memperkenalkan pelaksanaan Cukai Keuntungan Modal ke atas pelupusan saham yang tidak tersenarai oleh syarikat tempatan, dengan kadar cukai sebanyak 10 peratus, mulai 1 Mac 2024.

Cukai Keutungan Modal Dijangka Dibatalkan

Walaupun kerajaan umum cukai dinaikkan tahun hadapan, namun ada juga cukai yang bakal dilupuskan untuk beberapa cukai yang dijangka dapat memberi kesan positif kepada ekonomi negara.

Kerajaan juga sedang mempertimbangkan untuk melepaskan Cukai Keuntungan Modal bagi pelupusan saham yang berkaitan dengan aktiviti tertentu, seperti penawaran awam awal (IPO) yang diluluskan, restrukturisasi dalaman, dan syarikat modal teroka tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan.

Bajet 2024 : Kerajaan Berusaha untuk Tingkatkan Hasil Negara Bagi Membantu Rakyat

Perihal Subsidi dan Cukai yang Dikenakan Dalam Memberi Keseimbangan Kepada Rakyat

Menurut kerajaan Malaysia, negara kita merupakan negara ketiga tertinggi dunia untuk subsidi petrol. Harga petrol RON95 kita adalah antara termurah di dunia dengan kadar 2 ringgit 5 sen seliter, malah lebih murah berbanding Arab Saudi, pengeluar minyak utama dunia (2 ringgit 94 sen). Jika dibandingkan dengan harga negara serantau yang pendapatan rakyatnya lebih rendah daripada kita. Indonesia pada kadar 4 ringgit 45 sen dan Thailand pada kadar 5 ringgit 99 sen.

Tidak cukup dengan itu, Malaysia merupakan negara yang memungut cukai yang antara yang
terendah di ASEAN, yakni hanya 11.8 peratus kepada KDNK ketimbang Singapura (12.6 peratus) dan Thailand (16.4 peratus).

Justeru, sebagai langkah meningkatkan mutu perkhidmatan dan bantuan kepada rakyat, Kerajaan Perpaduan bertanggungjawab meluaskan asas hasil, Berkenaan cukai dinaikkan tahun hadapan, beberapa langkah reformasi percukaian akan dilaksanakan bagi meluaskan asas hasil negara, pada masa yang sama tidak membebankan majoriti rakyat.

Kerajaan Cadang untuk Melaksanakan Dasar Baharu Berkaitan Cukai Barang Bernilai

Kerajaan Malaysia akan menggubal perundangan baharu bagi melaksanakan Cukai Barang Bernilai Tinggi pada kadar 5 hingga 10 peratus ke atas barang bernilai tinggi tertentu seperti barang kemas dan jam tangan berdasarkan nilai ambang harga barangan selaras dengan strategi kerajaan yang berhasrat cukai dinaikkan tahun hadapan.

Selain itu, Kerjaan Malaysia akan seiring dengan piawaian percukaian antarabangsa khususnya dalam mengekang aktiviti penghakisan asas cukai dan pemindahan keuntungan ke negara yang mempunyai kadar cukai yang rendah.

Kerajaan Akan Wujudkan Cukai Minimum Global Kepada Syarikat-Syarikat Berkaitan

cukai dinaikkan tahun hadapan
Cukai Dinaikkan Tahun Hadapan Kepada 8% Oleh Kerajaan Malaysia 5

Apakah Itu Cukai Minimum Global?

Cukai Minimum Global adalah inisiatif yang diwujukan hasil usaha antarabangsa untuk menetapkan kadar minimum cukai korporat yang menyeluruh di seluruh dunia. Inisiatif ini bertujuan untuk mengatasi isu perdagangan agresif dan pengecualian cukai yang digunakan oleh beberapa syarikat multinasional untuk mengurangkan liabiliti cukai mereka.

Cukai Minimum Global telah menjadi fokus penting dalam perbincangan perundangan antarabangsa. Ia telah mendapat sokongan daripada beberapa negara dan pertubuhan seperti OECD (Organisasi Kerjasama Ekonomi dan Pembangunan) yang mempunyai projek BEPS (Base Erosion and Profit Shifting) untuk menangani pengelakan cukai oleh syarikat-syarikat besar.

Prinsip asas Cukai Minimum Global adalah bahawa syarikat harus membayar sekurang-kurangnya kadar cukai tertentu pada keuntungan mereka, dan jika mereka membayar kurang daripada kadar ini di negara asal, mereka akan dikenakan cukai tambahan di negara tersebut untuk memastikan mereka membayar cukai minimum. Ini bertujuan untuk mencegah syarikat-syarikat dari mengalihkan keuntungan mereka ke negara dengan kadar cukai yang lebih rendah atau mengecualikan keuntungan mereka sepenuhnya dari cukai.

Dijangka Tahun 2025 Akan Diwujudkan Cukai Minimum Global di Malaysia

Dengan mengambil kira maklum balas daripada industri dan perkembangan terkini antarabangsa, Kerajaan dijangka akan melaksanakan cukai minimum global pada tahun 2025 dan hanya terpakai kepada syarikat yang mempunyai pendapatan global sekurang-kurangnya 750 juta EURO. Kerajaan juga akan terus memantau perkembangan cukai minimum sebagai langkain cukai dinaikkan tahun hadapan seiriing global di peringkat antarabangsa.

Tumpuan kerajaan adalah jelas untuk meningkatkan asas hasil daripada perancangan cukai dinaikkan tahun hadapan sebagai usaha dan ikhtiar kerajaan Malaysia untuk rakyat.

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Cikgu Ahmad
Cikgu Ahmad
"It always seems impossible until it's done."

Anda Mungkin Meminati