Pengambilan Jawatan Kosong di Unit Strategik Modal Insan Johor (SMI) ini dibuka untuk ambilan tahun 2021. Peluang keemasan ini dibuka kepada semua mereka yang layak dengan memiliki latar belakang pendidikan lepasan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau setaraf dengannya dan diiktiraf oleh kerajaan.
Unit Strategik Modal Insan Johor (SMI)
Isi Kandungan
Unit Strategik Modal Insan Johor atau sebelum ini dikenali sebagai Unit Swadaya Insan Johor merupakan sebuah unit yang berfungsi untuk memantau serta menyelaras aktiviti-aktiviti dan program-program yang cenderung ke arah pembangunan modal insan di bawah Kerajaan Negeri Johor. Ia telah ditubuhkan pada 26 Oktober 2016 oleh Menteri Besar Johor.
Unit Strategik Modal Insan Johor berperanan sebagai pusat perkembangan modal insan yang akan mengelola semua aktiviti berkaitan sumber manusia seperti:-
- Kemasukan tenaga kerja
- Keterlibatan industri
- Penempatan pekerjaan
- Latihan kemahiran
- Kesedaran pembelajaran awal
- Pengurusan pekerja asing
SMI juga merupakan koordinator dalam mengurus serta mengembangkan hal-hal berkaitan dengan modal insan dengan melibatkan pelbagai pihak utama dan berkepentingan antaranya:-
- Unit Kerajaan
- Institusi-institusi latihan dan penyediaan
Info Jawatan Kosong di Unit Strategik Modal Insan Johor
Jawatan:
- 1.Penolong Pegawai Tadbir N29
2.Pembantu Tadbir N19
- Majikan : Unit Strategik Modal Insan Johor (SMI)
- Gaji : RM1,493.00 – RM5,672.00
- Kumpulan : Pelaksana
- Lokasi : Johor
- Taraf Jawatan : Kontrak Dua Tahun
- Tarikh Tutup Iklan : 14 Mac 2021
Syarat Kelayakan dan Permohonan Jawatan Kosong di Unit Strategik Modal Insan Johor
- Warganegara Malaysia
- Umur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
- Memiliki Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang setaraf dan diiktiraf oleh kerajaan
- Diploma dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan atau kelayakan setaraf dengannya yang diiktiraf ;
- Lulus Sijil Pelajaran Malaysia dengan Kepujian dalam subjek Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris (sekurang-kurangnya Gred C).
Kepada lepasan graduasi STPM/IPTA/IPTS yang berminat dan memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan dipelawa untuk memohon bagi mengisi kekosongan jawatan di atas.
Calon berkelayakan dan memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan untuk memohon mengisi kekosongan kerja yang diiklankan seperti di bawah:
Cara Memohon Jawatan :
- Permohonan adalah secara manual dengan menghantar borang permohonan di bawah atau para pemohon boleh muat turun borang permohonan di Laman Web Rasmi Kerajaan Negeri Johor atau Akaun Facebook Rasmi Unit Strategik Modal Insan Johor.
- Borang permohonan hendaklah diserahkan kepada pihak mereka sebelum/pada tarikh tutup. Permohonan anda tidak akan diterima selepas tarikh tutup iklan.
- Bagi calon yang berminat dengan jawatan ini, anda dikehendaki membuat permohonan dengan menulis kepada:-
UNIT STRATEGIK MODAL INSAN JOHOR
NO.2, JALAN ISKANDAR PUTRI 1/3,
TAMAN NUSANTARA PRIMA,
79200 ISKANDAR PUTERI, JOHOR
(u/p : PENGURUS BESAR, UNIT STRATEGIK MODAL INSAN JOHOR)
Dokumen yang perlu dilampirkan:-
1) Resume
2) Salinan Kad Pengenalan
3) Salinan Sijil Berhenti Sekolah
4) Salinan Sijil-sijil kelayakan (SPM & Ijazah)
5) Dokumen sokongan yang lain
Iklan Jawatan Kosong dan Syarat-syarat:
(Pastikan anda rujuk iklan penuh melalui pautan di bawah terlebih dahulu sebelum mengemukakan permohonan anda)
Peringatan & Penafian
Mohon perhatian kepada para pemohon, Jawatan Kosong di Unit Strategik Modal Insan Johor ini hanya sahih atau sah pada tarikh yang dipaparkan. Oleh itu, pemohon dinasihatkan untuk merujuk iklan jawatan kosong ini dengan betul dan teliti tarikh post ini dibuat.
Diharapkan perkongsian ini dapat memberi peluang dan manfaat kepada anda semua. Untuk mengetahui info lebih lanjut mengenai jawatan kosong, informasi mengenai bidang pendidikan, bantuan kerajaan dan info semasa kerajaan anda boleh melayari laman web Sistem Guru Online.