Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Permohonan Kerja Dibawah Kolej MARA & 2 Jawatan Ditawarkan Bagi Bulan Oktober 2023

Permohonan Kerja Dibawah Kolej MARA & 2 Jawatan Ditawarkan Bagi Bulan Oktober 2023

Maklumat terkini mengenai permohonan kerja dibawah Kolej MARA & 2 jawatan ditawarkan bagi bulan Oktober 2023 telah diwar- warkan secara terbuka kepada rakyat Malaysia. Permohonan kini boleh dimohon di laman rasmi jawatan kosong. Dua jawatan kosong telah dibuka kepada rakyat Malaysia.

Peluang kerjaya di MARA merupakan satu peluang keemasan yang harus direbut oleh rakyat Malaysia. Ini adalah kerana MARA merupakan Institusi kebajikan yang bertanggungjawab di Malaysia dalam menjaga hal ehwal kebajikan bumiputera di negeri-negeri dalam Malaysia dan cakna kebajikan rakyat setempat.

MARA yang merupakan institusi kebajikan yang disegani dalam masyarakat Malaysia kerana banyak menyumbang pelbagai bantuan dari segi kehidupan dan pendidikan di Malaysia. Inilah masanya peluang kepada anda selaku rakyat Malaysia untuk bekerja dibawah sektor kerajaan. Jangan lepaskan peluang anda!

Kepada anda yang ingin mendapatkan info semasa mengenai jawatan kosong, anda dialu-alukan untuk menyertai whatsapp channel rasmi:

Maklumat Permohonan Kerja Dibawah Kolej MARA

Apakah Jawatan Yang Ditawarkan

Jawatan yang ditawarkan di Permohonan Kerja Dibawah Kolej MARA terdapat banyak kekosongan jawatan. Terdapat 2 jenis jawatan kosong yang boleh anda membuat permohonan yang berkelayakan dari SPM, SPMV dan Ijazah.

Maklumat Jawatan

JawatanGredStatus
Pensyarah FizikDG41Sambilan
Pemandu KenderaaanH11Kontrak

Jawatan yang ditawarkan adalah mengikut kapasiti dan keperluan MARA. Segala kekosongan adalah berdasarkan statistik dan data pihak kerajaan.

Bila Permohonan Jawatan Ditutup

Permohonan boleh dibuat sekarang. Permohonan dibuka bermula 8 Jun dan permohonan akan ditutup pada 11 Oktober 2023.

Permohonan boleh dibuat secara secara atas talian dan manual. Permohonan boleh dibuat dengan merujuk alamat seperti yang diiklankan di iklan jawatan kosong di MARA .

Apakah Syarat Kelayakan Lantikan Pemohon

Kelayakan yang diperlukan untuk memohon jawatan kosong di MARA oleh calon boleh dirujuk boleh rujuk dibawah:

Pensyarah Fizik Sambilan

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan.
  3. Mempunyai Ijazah Sarjana Muda dalam bidang-bidang yang berkaitan dengan jawatan yang dipohon dari universiti-universiti tempatan serta Diploma Pendidikan / tanpa Diploma Pendidikan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan. Kepujian dalam mata pelajaran dan Bahasa Malaysia (termasuk Lulus Ujian Lisan) serta Bahasa Inggeris pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
  4. Calon-calon yang mempunyai pengalaman mengajar pelajar Tingkatan 4 atau 5 di sekolah-sekolah menengah akan diberi keutamaan.
383220607 768613921941201 6639056763245389976 n
Iklan Kerja Dibawah Kolej MARA
381017267 768613918607868 4147751642009042891 n
Iklan Kerja Dibawah Kolej MARA

Pemandu Kenderaaan

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
  3. Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
  4. Memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan dan Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus ujian lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
383214782 768614848607775 4985990569493335935 n
Iklan Kerja Dibawah Kolej MARA
382592921 768614851941108 3745389315170203438 n
Iklan Kerja Dibawah Kolej MARA

Imbuhan Bulanan Bagi 2 Jawatan Kerja Dibawah Koleh MARA

Kami sediakan satu jadual gaji bagi anda calon atau pemohon untuk memohon jawatan yang dikeluarkan oleh Kolej MARA

Pensyarah Fizik Sambilan & Pemandu Kenderaaan

JawatanGaji
Pensyarah Fizik Sambilan (RM100.00 SEHARI)
Pemandu KenderaaanLesen D : RM1,264.15
Lesen E/E1/E2: RM1,310.30
Lesen F/H : RM1,356.45
Lesen G/I: RM1,402.60

Mengemukakan surat permohonan secara rasmi beserta resume, salinan kad pengenalan, sijil SPM, ijazah, kokurikulum, transkrip, salinan surat beranak dan sekeping gambar berukuran passport, dan lain-lain dokumen berkaitan yang diakui sah dan dihantar kepada.

Semak Jadual Gaji Untuk Jawatan yang Baharu Dibuka

Untuk jawatan kali ini, terdapat beberapa skim perkhidmatan untuk anda terokai mengenainya lebih lanjut. Kami mudahkan anda untuk mendapatkan input berkenaan tawaran setiap jawatan yang dibuka.

Bagi jawatan Pensyarah Fizik Sambilan – Jadual Gaji Penjawat Awam di Bawah Skim Pendidikan Bagi Semua Gred DG, DV, DM, DH, DUG, DU, DUF dan DS

Bagi jawatan Pemandu Kenderaaan- Jadual Gaji Untuk Skim Perkhidmatan Bidang Kemahiran Skim Pelaksana

Langkah Permohonan Kerja Dibawah Kolej MARA Tahun 2023

Bagi calon yang berminat, anda boleh membuat permohonan melalui syarat dan penetapan yang ditetapkan oleh pihak MARA.  Anda boleh merujuk makluman rasmi dari pihak MARA  dibawah berkenaan cara permohonan:

Makluman tambahan kepada calon, bagi yang berminat membuat permohonan pastikan:

  1. Calon-calon yang berminat dan memenuhi kelayakan di atas bolehlah menghantar maklumat peribadi ‘resume’.
  2. Salinan kad pengenalan.
  3. Surat beranak.
  4. Sijil-sijil yang berkaitan yang telah disahkan serta dua (2) keping gambar berukuran passport.
  5. Sila tulis perkataan PEMANDU KENDERAAN (H11) atau (DG41) di bahagian atas sebelah kanan. Permohonan ini hendaklah dihantar ke alamat :
Alamat Perlu Dihantar
PENGARAH KOLEJ MARA KUALA NERANG, 06300 KUALA NERANG
KEDAH DARUL AMAN.
Tel : 04-7867250/255

Maklumat Tambahan

  • Hanya calon yang disenarai pendek akan dipanggil untuk sesi temuduga. Mereka yang tidak dihubungi dalam masa satu (1) bulan dari tarikh tutup permohonan; permohonan adalah dianggap tidak berjaya.
  • Semua permohonan yang diterima akan ditapis dan disaring berasaskan kepada kriteria-kriteria tertentu yang telah ditetapkan.
  • Adalah ditegaskan pemohon-pemohon yang melepasi saringan sahaja akan dipanggil untuk temuduga.

Semoga Dipermudahkan Urusan dan Peroleh Kejayaan

Kepada calon yang berminat diminta untuk persiapkan diri untuk menghadiri temuduga jika dipanggil. Permohonan Kerja Dibawah Kolej MARA merupakan peluang keemasan kepada anda untuk memulakan kerjaya di bawah  sektor kerajaan Malaysia.

Semoga segala usaha dan persiapan anda dipermudahkan dan mendapat kejayaan daripada permohonan yang dibuat. Selamat Maju Jaya.

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Mr Deen
Mr Deen
Fulltime Writer. "Tidak perlu menjelaskan siapa dirimu kepada sesiapapun, kerana yang menyukaimu tidak perlu tahu dan yang membencimu tidak akan percaya". Terus pandang ke depan!

Anda Mungkin Meminati