Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

JKM Membuka Permohonan Bantuan Kanak-Kanak Pada 2021

JKM Membuka Permohonan Bantuan Kanak-Kanak Pada 2021
Permohonan Bantuan Kanak-kanak

Permohonan Bantuan Kanak-Kanak Pada 2021 oleh JKM telah dikeluarkan. Ianya merupakan satu skim bantuan kerajaan untuk kanak-kanak pada sidang Belanjawan 2021 telah diluluskan.

Tujuan bantuan kanak-kanak ini dapat membantu keluarga atau penjaga kepada kanak-kanak atau membantu anak atau kanak-kanak yang tiada ibu bapa atau kehilangan penjaga supaya dapat terus tinggal bersama keluarga dan meneruskan kelangsungan hidup tanpa menjejaskan pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak mengikut peringkatnya.

Selain itu, bantuan ini dapat memelihara dan memperkukuhkan institusi keluarga yang terlibat dalam memberi penjagaan sempurna kepada anak-anak dari segi kasih sayang dan perhatian pada anak-anak mereka.

Kadar Bantuan Kanak-Kanak

Permohonan Bantuan Kanak kanak
Permohonan Bantuan Kanak-kanak

Minimum sebanyak RM150 sehingga maksimum sebanyak RM1000 sebulan seorang  mengikut pecahan umur berikut :

1. RM200 seorang bagi anak berumur 6 tahun & ke bawah.
2. RM150 seorang bagi anak berumur 7 tahun hingga 18 tahun.
3. Kadar bantuan maksimum RM1000/ keluarga sebulan.

Syarat-Syarat Kelayakan Permohonan Bantuan Kanak-kanak

  • Warganegara Malaysia.
  • Mana-mana kes yang berkeperluan, dipertimbangkan dengan kelulusan Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat (KPKM).
  • Penjaga atau keluarga yang memberi jagaan kepada anak-anak dan pendapatan isi rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin isi Rumah Semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa.
  • Kanak-Kanak yang berumur di bawah 18 tahun dan berumur 18 tahun ke atas boleh dipertimbankan jikam asih bersekolah sehingga tamat menengah atas.

JKM Membuka Permohonan Bantuan Kanak-Kanak Pada 2021

Di sini admin nak kongsikan jkm membuka permohonan bantuan kanak-kanak pada 2021tersebut. Sila download menggunakan link yang telah disediakan.

Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’.

Download : Permohonan Bantuan Kanak-Kanak

Cara Memohon Bantuan Kanak-kanak JKM 2021

Permohonan Bantuan Kanak kanak 1
Permohonan Bantuan Kanak-kanak

Cara Memohon Bantuan Kanak-kanak JKM 2021 Anda boleh membuat permohonan melalui 2 cara, iaitu sama ada secara manual atau online. Di sini kami kongsikan langkahnya ialah:

  • Pergi ke laman web rasmi JKM atau terus ke pautan ini : ebantuanJKM
  • Sila klik pada menu Daftar Permohonan Atas Talian.
  • Di halaman seterusnya, pilih Negeri dan isikan Nombor Kad Pengenalan.
  • Tekan butang Daftar.
  • Isikan makluman lain yang berkaitan.

Sila hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat mengikut Daerah mana yang dipohon dalam tempoh 14 hari dari permohonan dibuat diatas talian. Kegagalan berbuat demikian sistem akan membatalkan permohonan tersebut secara automatik.

Dokumen-Dokumen Penting Dibawa Semasa Hadir Ke Pejabat

  1. Salinan MyKad/ Kad Pengenalan Pemohon;.
  2. Salinan MyKad /Kad Pengenalan ahli keluarga yang tinggal bersama;.
  3. Salinan Kad OKU/ slip pendaftaran sementara OKU;(Jika Kategori OKU).
  4. Salinan penyata pendapatan /surat akuan pendapatan;(jika bekerja sendiri).
  5. Salah satu Bil Utiliti (air/elektik/telefon/astro).
  6. Laporan pegawai perubatan dari hospital/klinik kesihatan kerajaan/swasta (bagi kes OKU tidak bekerja/ terlantar/kronik/alat tiruan).

Borang Permohonan Bantuan JKM

Untuk memohon secara manual, anda boleh hadir di mana-mana Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Ibu Pejabat / Bahagian Seluruh Negara dan makluman lanjut berkaitan bantuan, sila berhubung di talian pejabat JKM atau ibu pejabat yang dipaparkan dibawah.

Jabatan Kebajikan Masyarakat
Aras 6,9 18
No 55, Persiaran Perdana
Presint 4, 62100 Putrajaya

Sir Mohd Afizi
Sir Mohd Afizihttps://www.sistemguruonline.my/
Fulltime Writer at Sistem Guru Online. "There are two days in the year that we can't do anything, yesterday and tomorrow!"

Anda Mungkin Meminati