Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Bantuan Kanak Kanak JKM RM200 Sehingga RM450

Bantuan Kanak Kanak JKM RM200 Sehingga RM450

Bantuan Kanak Kanak JKM RM200 Sehingga RM450. Sebagaimana tahun-tahun sebelum ini, kerajaan sedia ada pasti akan menyediakan bantuan yang khusus untuk kanak-kanak melalui program Bantuan Kanak-Kanak (BKK).

Untuk makluman semua, Bantuan Kanak-Kanak (BKK) ini adalah merupakan bantuan kerajaan dibawah kelolaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). JKM adalah merupakan badan kerajaan yang dikenali dengan menyalurkan bantuan kepada orang-orang susah, warga emas, Orang Kurang Upaya (OKU) dan lain-lain.

Begitu ramai kanak-kanak diluar sana yang tidak bernasib baik dan tidak terbela nasib mereka. Ramai juga kanak-kanak yang bernasib malang apabila kedua ibu bapa sejak mereka masih kecil lagi tanpa sempat merasai kasih sayang mereka. Apabila kehilangan penjaga pasti mereka hilang tempat pergantungan.

Bantuan Kanak-Kanak ini adalah telah dibentangkan semasa pengumuman bajet 2023 dimana kerajaan membentang memperuntukkan pelbagai bantuan untuk rakyat Malaysia termasuklah BKKK.

Jom ikuti perkongsian Bantuan Kanak Kanak JKM RM200 Sehingga RM450

Ikuti Telegram kami SistemGuruOnline bagi mengetahui update isu semasa dan lain-lain lagi:

telegram us

Menurut berita Harian,”Dengan semangat: “Keluarga Malaysia, Makmur Bersama”, bajet ini akan menjamin kesejahteraan rakyat, kelangsungan perniagaan, kemakmuran ekonomi dan kecekapan perkhidmatan kerajaan,” beritahunya semasa mengumumkan Bajet 2023 di parlimen di sini hari ini selepas pelbagai khabar angin mengatakan bahawa pembentangan ini tidak akan diadakan untuk memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Semasa itu beliau memberitahu dalam memastikan agenda Bajet 2023 yang berkesan, kerajaan akan sentiasa melakukan dasar fiskal yang mengembang yang mana cara ini penting bagi menyediakan bantuan sewajarnya kepada rakyat dan menyokong perniagaan.

Ini adalah merupakan tekad kerajaan yang ingin membantu kanak-kanak yang memerlukan. Bantuan ini khas untuk membela nasib kanak-kanak di Malaysia yang tidak terbela.

Bantuan Kanak Kanak JKM RM200 Sehingga RM450

Berikut adalah butiran lanjut Bantuan Kanak Kanak JKM RM200 Sehingga RM450

APAKAH ITU Bantuan Kanak Kanak JKM RM200 Sehingga RM450

  • Bantuan Kanak-Kanak (BKK) adalah bermatlamat untuk menolong keluarga/ penjaga kepada anak/ kanak-kanak atau membantu anak/ kanak-kanak yang tiada/kehilangan penjaga.
  • Ini supaya mereka dapat terus tinggal bersama keluarga dan meneruskan kelangsungan hidup tanpa menjejaskan pertumbuhan dan perkembangan mereka sebagai kanak-kanak.

JUMLAH BAYARAN BKK 2023

Sekiranya kanak-kanak tersebut berkelayakan, mereka akan menerima bantuan pada kadar yang berikut :

Kadar Bayaran Bantuan Kanak-Kanak (BKK)

    1. KADARMinimum  sebanyak RM100 sebulan seorang dan maksimum sebanyak RM450  seisi rumah melebihi  4 orang kanak- kanak.

Baca juga bantuan jkm yang terkini:

SIAPAKAH YANG LAYAK UNTUK MEMOHON Bantuan Kanak Kanak JKM RM200 Sehingga RM450

  • KRITERIA KELAYAKAN KHUSUS
    • Warganegara dan bermastautin di Malaysia;
    • Keluarga / penjaga yang memberi jagaan kepada kanak-kanak dan pendapatan isi rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa;
    • Kanak-kanak yang berumur di bawah 18 tahun dan yang berumur 18 tahun ke atas boleh dipertimbangkan jika bersekolah sehingga tamat menengah atas ATAU
    • Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat (KPKM).
photo 2023 06 08 08 18 59
Bantuan Kanak Kanak JKM RM200 Sehingga RM450

MAKLUMAT PENUH DISINI

CARA MEMBUAT PERMOHONAN BANTUAN KANAK-KANAK JKM RM200 Sehingga RM450

Terdapat dua langkah untuk membuat permohonan bagi Bantuan Kanak-Kanak ini iaitu :

  • Secara Atas Talian
  • Secara Manual

Langkah 1 (Atas Talian)

  • Sila ke portal rami JKM iaitu :
    http://ebantuanjkm.jkm.gov.my/spbk/login.jsp
  • Klik butang “Datar Permohonan Atas Talian”
  • Sila fahami butiran dan isi dengan lengkap
  • Pemohon perlu isi dua bahagian ( A dan B)
  • Anda di nasihati agar memeriksa kembali segala butiran yang anda telah isi bagi memastikan tiada
  • kesilapan. Sekiranya telah lengkap dan sahih, sila klik butang “keputusan”

Langkah 2 (Manual – Pejabat JKM)

  • Anda perlu hadir ke Pejabat JKM mengikut kawasan yang anda telah mohon secara online sebelum ini
  • Dalam tempoh 14 hari selepas permohonan online di lakukan, sila hadir ke Pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat mengikut daerah yang anda telah pohon.
  • Anda juga perlu hadir besama borang permohonan. Untuk muat turun borang, boleh klik pautan di bawah :

    Dokumen Yang Diperlukan

    1. Salinan MyKad/ Kad Pengenalan Pemohon;
    2. Salinan MyKad /Kad Pengenalan ahli keluarga yang tinggal bersama;
    3. Salinan Kad OKU/ slip pendaftaran sementara OKU;(Jika Kategori OKU)
    4. Salinan penyata pendapatan /surat akuan pendapatan;(jika bekerja sendiri)
    5. Salah satu Bil Utiliti (air/elektik/telefon/astro)
    6. Laporan pegawai perubatan dari hospital/klinik kesihatan kerajaan/swasta (bagi kes OKU tidak bekerja/ terlantar/kronik/alat tiruan)

    *Sila bawa dokumen di atas semasa hadir ke pejabat.

DOWNLOAD BORANG YANG BERKAITAN

Sejarah Jabatan Kebajikan Masyarakat

(Bantuan Kanak Kanak JKM RM200 Sehingga RM450)
Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah ditubuhkan pada bulan April 1946. Di dalam jangkamasa 76 tahun, JKM telah mengalami evolusi dalam memenuhi peranannya di dalam pembangunan negara. Bermula dengan penglibatan menangani pelbagai masalah yang timbul akibat Perang Dunia Kedua, peranan dan fungsi Jabatan ini telah berkembang kepada perkhidmatan pencegahan dan pemulihan dalam isu-isu sosial serta pembangunan masyarakat. Sebagai salah satu agensi kerajaan yang memainkan peranan penting dalam pembangunan sosial, ia telah di tempatkan di bawah beberapa Kementerian:

Visi, Misi & Objektif

Visi
“Peneraju utama kebajikan dalam pembangunan dan kesejahteraan masyarakat”Misi
“Memperkasa masyarakat yang memerlukan ke arah kesejahteraan sosial”Moto
“Berkat Berjasa”Objektif

  • Meningkatkan kompetesi, prestasi, produktiviti dan daya inovasi pekerja sektor kebajikan;
  • Meningkatkan keupayaan dan memberi nafas baharu kepada organisasi;
  • Meningkatkan kecekapan dan keberkesanan penyampaian perkhidmatan kebajikan;
  • Memperluas jaringan kerja dan kolaborasi strategik (multiple helix) dalam dan luar negara; dan
  • Membudayakan patriotisme, nilai-nilai murni, etos dan integriti.

Strategi

  1. Mengoptimumkan keupayaan dan potensi diri serta kesejahteraan kumpulan sasar Jabatan.
  2. Memastikan aspek Kebajikan di integerasikan dalam perancangan ke arah mencapai pembangunan sosio-ekonomi yang menyeluruh.
  3. Mempertingkatkan peranan dan keupayaan Jabatan sebagai paksi utama dalam perancangan dan penilaian program-program pembangunan Kebajikan Masyarakat di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Bantuan Kanak Kanak JKM RM200 Sehingga RM450
  4. Mempertingkatkan perkongsian bijak dan strategik melalui kerjasama dengan semua kumpulan masyarakat, badan-badan bukan kerajaan dan agensi-agensi antarabangsa.
  5. Memantap dan mempertingkatkan penyampaian perkhidmatan Kebajikan di semua peringkat.
  6. Mempertingkatkan pengurusan dan penggunaan sumber manusia secara optimum.
  7. Mempertingkatkan kualiti perancangan dan pengurusan kewangan serta teknologi maklumat dan komunikasi secara profesional.

Logo Rasional

IMG 20221229 100925 875

Logo ini dicipta sebagai memenuhi aspirasi bangsa yang progresif dan membangun. Justeru itu, keseimbangan yang berterusan antara infrastruktur dan pembangunan kebajikan dapat dicapai.(Bantuan Kanak Kanak JKM RM200 Sehingga RM450)

Logo dalam bentuk hati membayangkan masa depan dan pemodenan jabatan serta pendayaupayaan yang maksimum dalam menyediakan perkhidmatan kebajikan secara menyeluruh. Pendayaupayaan ini disokong oleh rasa kasih sayang dan kefahaman yang positif daripada kumpulan sasaran dan masyarakat secara keseluruhannya.

Bulatan berwarna jingga di atas hati merupakan simbolik yang mewakili usaha kemanusiaan yang dijalankan dalam merealisasikan misi dan visi jabatan, manakala warna unggu melambangkan sifat semulajadi jabatan yang proaktif dan dinamik selaku sebuah organisasi di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat.

Sebagai rasa kebanggaan terhadap usaha yang dijalankan, warna-warna jalur gemilang seperti merah, putih, biru dan kuning telah dipilih sebagai asas terhadap integrasi, integriti, dedikasi serta komitmen individu, masyarakat dan bangsa keseluruhannya.

Semoga anda mendapat manfaat dari pada perkongsian maklumat berkaitan dengan Bantuan Kanak Kanak JKM RM200 Sehingga RM450.Mohon juga disebarkan kepada lain agar mereka mengetahui akan Bantuan Kanak Kanak JKM RM200 Sehingga RM450 ini wujud untuk rakyat Malaysia.

 

Mr Deen
Mr Deen
Fulltime Writer. "Tidak perlu menjelaskan siapa dirimu kepada sesiapapun, kerana yang menyukaimu tidak perlu tahu dan yang membencimu tidak akan percaya". Terus pandang ke depan!

Anda Mungkin Meminati