Skim Bantuan Awal IPT Daripada Yayasan Wilayah Persekutuan merupakan satu bentuk bantuan dari segi kewangan untuk warga Wilayah Persekutuan yang berjaya melanjutkan pelajaran ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) mahupun Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS).
Untuk pengetahuan semua, objektif skim ini adalah untuk membantu para pelajar yang berasal daripada keluarga yang berpendapatan rendah di sekitar Wilayah Persekutuan. Dengan skim bantuan awal IPT ini ianya dapat meringankan beban yang dipikul khasnya kepada ibu bapa para pelajar.
Syarat-Syarat Permohonan Skim Bantuan Awal IPT
Isi Kandungan
Permohonan Skim Bantuan Awal IPT Yayasan Wilayah Persekutuan layak dimohon kepada para pelajar yang berumur 21 keatas dan syarat-syarat wajib yang berkaitan dengannya seperti yang disenaraikan di bawah;
1. Syarat Wajib bagi mereka yang berumur 21 tahun keatas
- Pemohon ialah warganegara Malaysia;
- Menetap di Wilayah Persekutuan;
- Pendapatan perkapita dibawah RM 1,000;
- Pemohon merupakan pengundi di Wilayah Persekutuan; dan
- Syarat pemohon lahir di Wilayah Persekutuan tidak diwajibkan.
Syarat-syarat tambahan;
- Permohonan hanya boleh dibuat oleh pelajar IPTA atau IPTS yang masih menuntut di semester 1, tahun pertama sahaja yang layak memohon.
- Permohonan Skim Bantuan Awal IPT ini hanya terbuka kepada para pelajar yang belajar secara sepenuh masa sahaja bagi peringkat Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Sarjana dan Kedoktoran(PhD).
Arahan mengisi borang permohonan dan dokumen yang diperlukan
- Borang permohonan hendaklah ditulis dengan menggunakan pen dan mestilah didalam HURUF BESAR serta dilengkapkan semua maklumat yang diminta.
- Pemohon juga perlu melampirkan salinan dokumen-dokumen berikut dengan pengesahan Pegawai Kerajaan Kumpulan A atau yang setaraf dengannya;
- Bahagian salinan dokumen pengenalan diri;
- Gambar terbaru pelajar berukuran passport.
- Salinan kad pengenalan pelajar.
- Salinan sijil kelahiran pelajar.
- Salinan kad pengenalan pasangan (bagi pelajar yang
telah berkahwin). - Salinan sijil/kad nikah (bagi pelajar yang telah berkahwin).
- Salinan kad pengenalan bapa/penjaga.
- Salinan kad pengenalan ibu/penjaga.
- Salinan sijil kematian jika ibu/bapa meninggal dunia.
- Salinan surat perakuan cerai ibu/bapa.
- Salinan kad pengenalan isi rumah (ahli keluarga yang
dalam tanggungan. - Salinan kad OKU (jika ahli keluarga pemegang kad OKU).
- Salinan bil utiliti.
2. Bahagian salinan dokumen pendapatan/bantuan;
- Salinan terkini slip gaji/slip pencen/akuan sumpah
pendapatan bapa/penjaga (sah bagi tempoh 3 bulan
dari tarikh permohonan) bagi tidak bekerja atau bekerja
sendiri (nyatakan jumlah pendapatan + sumbangan
anak-anak). - Salinan terkini slip gaji/slip pencen/akuan sumpah
pendapatan ibu/penjaga (sah bagi tempoh 3 bulan dari
tarikh permohonan) bagi tidak bekerja atau bekerja
sendiri (nyatakan jumlah pendapatan + sumbangan
anak-anak). - Salinan penyata/surat makluman penerima bantuan
kewangan bulanan daripada Baitulmal MAIWP
(jika ibu/bapa penerima bantuan). - Salinan penyata/surat makluman penerima bantuan
kewangan bulanan daripada Jabatan Kebajikan
Masyarakat (jika ibu/bapa penerima bantuan). - Salinan penyata/surat makluman penerima bantuan
kewangan bulanan daripada PERKESO
(jika ibu/bapa penerima bantuan).
*Sekiranya terdapat isi rumah yang bekerja, sila lampirkan slip gaji /akuan sumpah pendapatan (sah bagi tempoh 3 bulan dari tarikh permohonan).
Dapatkan “BORANG PERMOHONAN SKIM BANTUAN AWAL IPT YAYASAN WILAYAH PERSEKUTUAN” di sini
Di sini admin nak kongsikan borang permohonan tersebut. Sila download menggunakan link yang telah disediakan.
Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’
Download : Borang Permohonan Skim Awal IPT Yayasan Wilayah Persekutuan
Sebelum ini, kami juga pernah berongsi berkenaan dengan Skim Bantuan Awal IPT yang dilancarkan oleh Lembaga Zakat Negeri Kedah.
Maklumat Lanjut Skim Bantuan Awal IPT
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan lanjut, anda boleh layari laman sesawang Yayasan Wilayah Persekutuan
Selain itu, terdapat 2 cara lain untuk anda berhubung dengan pihak Yayasan Wilayah sekiranya terdapat apa-apa kemusykilan.
- Emel: [email protected]
- Telefon: +603 2698 3073 / 2073
Mohon Segera Skim Bantuan Ini
Akhir sekali, diharapkan perkongsian mengenai SKIM BANTUAN AWAL IPT DARIPADA YAYASAN WILAYAH PERSEKUTUAN ini dapat menyalurkan maklumat yang secukupnya seterusnya membantu para pelajar sekalian dalam proses permohonan. Skim ini dilihat bakal membantu ramai rakyat Malaysia yang memerlukan dan bakal memberikan kesan yang positif kepada negara suatu hari nanti.