Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Official Biasiswa Tunku Abdul Rahman (BTAR) 2021

image 359
Official Biasiswa Tunku Abdul Rahman (BTAR) 2021 3

Biasiswa Tunku Abdul Rahman (BTAR) 2021 ini merupakan biasiswa ijazah sarjana muda terbuka kepada pelajar yang berpotensi tinggi dan bercita-cita tinggi untuk menyumbang ke arah pembangunan Malaysia. Permohonan ini dibuka sehingga 12 April 2021 pada jam 11:59 malam.

Program biasiswa ini menekankan pengembangan diri secara holistik dan berdasarkan nilai-nilai murni. Oleh itu, penerima-penerima biasiswa akan menjalani program kepimpinan selama dua tahun untuk menghasilkan impak positif kepada masyarakat pada masa kini dan juga masa hadapan.

Program Kepimpinan Biasiswa Tunku Abdul Rahman

Bantuan Kewangan RM 300 Sebulan
Official Biasiswa Tunku Abdul Rahman (BTAR) 2021 4

Mentorship

  • Scholar akan menerima bimbingan oleh para profesional dan juga Alumni Tunku Scholar tentang kerjaya dan perkembangan diri.

Peluang Pembangunan

  • Scholar akan menghadiri bengkel dan kem sepanjang 2 tahun untuk mengasah kemahiran kepimpinan, pemikiran kritikal dan kemahiran interpersonal.

Projek Kemasyarakatan

  • Sebagai sebahagian daripada perjalanan pembangunan kepimpinan diri, setiap Scholar perlu mengurus dan menjalankan sebuah projek kemasyarakatan di bawah bimbingan Yayasan ini.

Bantuan Kewangan Biasiswa Tunku Abdul Rahman

Berikut merupakan bentuk bantuan kewangan yang akan diberikan kepada pemohon yang layak:

Yuran Universiti

  • Penajaan penuh untuk yuran pengajian di institut pengajian tinggi awam (IPTA) atau swasta (IPTS) yang
    diiktiraf oleh MQA.

Elaun Bulanan

  • Pemberian elaun sara pada untuk setiap bulan sepanjang biasiswa.

Elaun Tahunan

  • Elaun pengembangan profesional bagi peningkatan diri setiap Scholar. Dana ini juga boleh digunakan untuk menjalankan projek kemasyarakatan. Elaun alat tulis dan buku teks turut diberikan.

Elaun Sekali Sepanjang Biasiswa Tunku Abdul Rahman

  • Bagi menampung perbelanjaan dalam bentuk yang lain seperti pembelian komputer riba, kos tesis, pakaian rasmi ataupun juga tiket penerbangan (antara Semenanjung dan Timur Malaysia).

Kriteria Kelayakan Biasiswa Tunku Abdul Rahman

Berikut merupakan senarai kriteria kelayakan yang telah ditetapkan bagi permohonan biasiswa ini, antaranya ialah:

Warganegara Malaysia

Umur Tidak Melebihi 25 Tahun Pada Tarikh Tutup Permohonan

Tergolong dalam Salah Satu Kategori Tersebut

  • Pelajar ijazah sarjana muda di universiti tempatan awam atau swasta yang mempunyai baki tempoh pengajian sekurang-kurangnya 2 tahun.
  • Penerima surat tawaran yang akan melanjutkan pengajian ijazah sarjana muda di universiti tempatan awam atau swasta bermula tahun 2021.
  • Pelajar yang sedan memohon kemasukan program ijazah sarjana muda di universiti tempatan awam atau swasta pada tahun 2021.*

*NOTA: Pemohon yang berjaya bagi kategori ini hanya akan dianugerahkan surat tawaran bersyarat sehingga mereka menerima surat pengajian yang rasmi daripada universiti tempatan (awam atau swasta) yang diiktiraf oleh MQA.

Kriteria Pemilihan Biasiswa Tunku Abdul Rahman

Pihak Yayasan Tunku Abdul Rahman (YTAR) menggalakkan semua rakyat Malaysia dalam semua bidang pengajian untuk memohon kerana setiap permohonan akan dinilai secara individu dan menyeluruh oleh pasukan YTAR. Antara kriteria pemilihan yang  dicari dalam proses pemilihan ialah:

Ketabahan

  • Keupayaan untuk mengatasi cabaran dan tabah dalam menetapkan dan mencapai matlamat peribadi, tanpa mengira kegagalan.

Kepimpinan

  • Mempunyai pengalaman kepimpinan (dalam kelab atau persatuan dan mempunyai matlamat untuk mempengaruhi orang lain secara positif dan memacu perubahan di Malaysia dalam keupayaan tersendiri (di dalam dan di luar Malaysia)

Semangat untuk belajar

  • Kami meraikan pelajar dengan minda yang sangat dahaga dan naluri ingin tahu intelek untuk meneroka bidang pengajian mereka dan melampauinya.

Keupayaan Akademik

  • Keupayaan akademik yang dipasangkan dengan minat pembangunan diri melalui penyertaan aktif dalam kepimpinan dan aktiviti luar kurikulum. Pihak YTAR mempertimbangkan:
    • PNGK 3.0 atau setaraf untuk STPM / Asasi / Matrikulasi / Diploma, ATAU
    • BBB untuk A-level
    • NOTA: Pelajar yang tidak memenuhi syarat akademik ini tetapi sangat aktif dalam kepimpinan dan aktiviti luar kurikulum masih digalakkan untuk memohon.

Keperluan Kewangan

  • Keutamaan akan diberikan kepada pelajar yang berada dalam kategori berikuti:
    • Latar belakang keluarga yang berkeperluan tinggi dan berpendapatan isi rumah bernilai RM4,850 ke bawah.
    • Pertama dalam keluarga yang menyambung pengajian ke universiti.
    • Pernah atau sedang melalui cabaran hidup yang sukar.
    • Berada dalam apa-apa keadaan yang sukar dan unik seperti pelajar yang kurang upaya atau berasal dari kawasan luar bandar di Malaysia.

Pihak YTAR sangat menggalakkan penyertaan surat perakuan oleh guru / pengetua / dekan atau mana-mana pihak berkuasa lain di institusi pendidikan anda untuk menyokong permohonan anda.

Cara Permohonan Biasiswa Tunku Abdul Rahman

Permohonan bagi biasiswa ini boleh dilakukan secara dalam talian. Individu yang berkelayakan boleh membuat permohonan menerusi pautan di bawah ini.

Maklumat Lanjut Biasiswa Tunku Abdul Rahman

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan berkenaan biasiswa ini, anda boleh hubungi:

Diharapkan perkongsian Biasiswa Tunku Abdul Rahman (BTAR) 2021 ini dapat memberi manfaat kepada para pelajar peringkat pengajian ijazah sarjana muda yang sedang mencari tajaan biasiswa pelajaran. Anda juga digalakkan untuk berkongsi maklumat biasiswa ini kepada sesiapa sahaja yang layak memohon.

Selain itu, anda juga mungkin berminat dengan perkongsian Biasiswa MyBrainSc 2021 , Program Penghantaran Pelajar Cemerlang ke Luar Negara 2021, ataupun Biasiswa Perguruan Persekutuan ISMP 2021.

Sir Mohd Afizi
Sir Mohd Afizihttps://www.sistemguruonline.my/
Fulltime Writer at Sistem Guru Online. "There are two days in the year that we can't do anything, yesterday and tomorrow!"

Anda Mungkin Meminati