Program Penghantaran Pelajar Cemerlang ke Luar Negara 2021

Program Penghantaran Pelajar Cemerlang ke Luar Negara 2021

Program Penghantaran Pelajar Cemerlang ke Luar Negara 2021 ini merupakan salah satu program di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). KPM mempelawa warganegara Malaysia lulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2020 yang berkelayakan, berpotensi, berminat dan beriltizam untuk mengikuti Program Penghantaran Pelajar Cemerlang ke Luar Negara Pendidikan Islam. Tarikh tutup bagi permohonan program ini adalah pada 15 April 2021 (11:59 malam)

Pelajar yang terpilih menerusi program ini akan mengikuti pengajian di luar negara yang telah ditetapkan oleh KPM selama empat tahun dan berpeluang menjadi seorang guru di sekolah menengah setelah tamat pengajian. Oleh hal yang demikian, pelajar perlu mengikuti PDPP selama setahun di IPG setelah menghabiskan pengajian selama empat tahun tersebut.

Keterangan Program

Berikut merupakan keterangan program ini secara menyeluruh:

  • Nama Program: Penghantaran Pelajar Cemerlang (PPC) ke Luar Negara Pendidikan Islam
  • Pelajar akan mengikuti pengajian di universiti luar negara yang telah ditetapkan
    oleh Kementerian luar negara selama empat (4) tahun.
  • Setelah tamat pengajian Ijazah pelajar akan mengikuti Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan (PDPP) di Institut Pendidikan Guru selama satu (1) tahun.

Syarat dan Kelayakan Asas

Individu yang berminat untuk menyertai program PPC ini perlulah memenuhi segala syarat dan kelayakan asas seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia
  2. Umur tidak melebihi 20 tahun pada 30 Jun 2021 iaitu lahir pada atau selepas
    30 Jun 2001.
  3. Sihat tubuh badan.
  4. Aktif dalam kegiatan kokurikulum.
  5. Calon SPM tahun 2020.

Bidang Pengajian yang Ditawarkan

Terdapat tiga bidang pengajian yang terlibat dalam program PPC ini, iaitu:

Bidang Bahasa Arab (Lughah)

Syarat asas akademik:

  • Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan memperoleh sekurang-kurangnya tujuh (7) gred cemerlang (A-) dalam mana-mana mata pelajaran termasuk tiga (3) daripada mana-mana mata pelajaran berikut; bahasa Arab, Pendidikan Islam, Pendidikan Al-Quran dan Al-Sunnah, Tasawwur Islam, Pendidikan Syariah Islamiah, Maharat Al-Quran, Hifz Al-Quran, Turath Al-Quran dan Al-Sunnah, Turath Dirasat Islamiah, Usul Al-Din, Al-Syariah, Manahij Al-‘Ulum Al-Islamiah, Turath Bahasa Arab, Al-Lughah Al-Arabiah Al Mu’asirah, Al-Adab Wa AlBalaghah, dan
  • Mendapat sekurang-kurangnya kepujian (C) dalam mata pelajaran bahasa Melayu, bahasa Inggeris dan Sejarah di peringkat SPM.

Bidang Pengajian Islam

Syarat asas akademik:

  • Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan memperoleh sekurang-kurangnya tujuh (7) gred cemerlang (A-) dalam mana-mana mata pelajaran termasuk tiga (3) daripada mana-mana mata pelajaran berikut; bahasa Arab, Pendidikan Islam, Pendidikan Al-Quran dan Al-Sunnah, Tasawwur Islam, Pendidikan Syariah Islamiah, Maharat Al-Quran, Hifz Al-Quran, Turath Al-Quran dan Al-Sunnah, Turath Dirasat Islamiah, Usul Al-Din, Al-Syariah, Manahij Al-‘Ulum Al-Islamiah, Turath Bahasa Arab, Al-Lughah Al-Arabiah Al-Mu’asirah, Al-Adab Wa AlBalaghah, dan
  • Mendapat sekurang-kurangnya kepujian (C) dalam mata pelajaran bahasa Melayu, bahasa Inggeris dan Sejarah di peringkat SPM.

Bidang Tahfiz (Al-Quran Wal Qiraat)

Syarat asas akademik:

  • Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan memperoleh sekurang-kurangnya tujuh (7) gred cemerlang (A-) dalam mana-mana mata pelajaran termasuk tiga (3) daripada mana-mana mata pelajaran berikut; bahasa Arab, Pendidikan Islam, Pendidikan Al-Quran dan Al-Sunnah, Tasawwur Islam, Pendidikan Syariah Islamiah, Maharat Al-Quran, Hifz Al-Quran, Turath Al-Quran dan Al-Sunnah, Turath Dirasat Islamiah, Usul Al-Din, Al-Syariah, Manahij Al-‘Ulum Al-Islamiah, Turath Bahasa Arab, Al-Lughah Al-Arabiah Al-Mu’asirah, Al-Adab Wa AlBalaghah, dan
  • Mendapat sekurang-kurangnya kepujian (C) dalam mata pelajaran bahasa Melayu, bahasa Inggeris dan Sejarah di peringkat SPM.

Calon Tidak Layak Memohon

Berikut merupakan calon-calon yang tidak layak untuk memohon program PPC ini, antaranya ialah:

  • Pemohon yang sedang mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan atau Ijazah Sarjana Muda Pendidikan di institusi-institusi pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia.
  • Pemohon yang dikenakan tindakan tatatertib atau sedang dalam proses tindakan tatatertib semasa dalam perkhidmatan awam atau latihan yang dianjurkan oleh agensi kerajaan.
  • Pemohon yang pernah mengikuti program ikhtisas di Institut Pendidikan Guru, tetapi gagal dalam peperiksaan dan ditamatkan daripada program.
  • Pemohon yang pernah atau sedang disabitkan dengan kesalahan penyalahgunaan dadah, jenayah atau tindakan mahkamah.

Dapatkan “Cara Permohonan Program PPC” di sini


Di sini admin nak kongsikan cara permohonan bagi program PPC ini. Sila download menggunakan link yang telah disediakan.

Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’

Download : 

Maklumat dan Perhatian

Pemohon yang berjaya ditawarkan pengajian hendaklah bersetuju dan patuh dengan terma-terma dalam surat tawaran dan Perjanjian Pendidikan Guru KPM Program Penghantaran Pelajar Cemerlang ke Luar Negara Pendidikan Islam serta pindaan-pindaan yang dibuat ke atasnya dari semasa ke semasa.

Selain itu, pemohon yang didapati memberi maklumat salah/tidak benar/manipulasi maklumat dalam borang permohonan akan diambil tindakan dengan menarik balik surat tawaran dan dikenakan tindakan undang-undang di bawah Kanun Keseksaan [Akta 574]. Maklumat ini akan disemak secara terperinci pada hari pendaftaran dan selama tempoh pengajian.

Maklumat Lanjut

Sila hubungi alamat berikut sekiranya ada sebarang pertanyaan berkaitan dengan
permohonan:

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
ARAS 1 – 3 , BLOK 2250
JALAN USAHAWAN 1, 63000 CYBERJAYA
(u.p: Jabatan Pengambilan dan Penempatan, Pusat Hal Ehwal Pelajar)

  • Telefon: 03-8312 6720/ 6693/ 6731/ 6768/ 6760/ 6733
  • e-mel: jpp@ipgm.edu.my

Semoga perkongsian Program Penghantaran Pelajar Cemerlang ke Luar Negara 2021 ini dapat memberi manfaat dan panduan kepada para pelajar lepasan SPM yang berhasrat untuk melanjutkan pengajian ke luar negara khususnya dalam bidang pendidikan Islam.

Anda juga mungkin berminat dengan perkongsian Biasiswa Perguruan Persekutuan ISMP 2021 ataupun Biasiswa Yang Di-Pertuan Agong 2021 Kini Dibuka.