Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Cuti Sekolah Mungkin Dilanjutkan, Cuaca Panas Melampau

Cuti Sekolah Cuaca Panas Melampau

Cuti Sekolah Mungkin Dilanjutkan, Cuaca Panas Melampau. Kerajaan akan membincangkan perlunya melanjutkan cuti sekolah sempena sambutan Aidilfitri atau sebaliknya, dengan mengambil kira fenomena cuaca panas yang sedang melanda negara ketika ini. Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, selaku Timbalan Perdana Menteri, menyatakan bahawa kerajaan telah bekerjasama dengan kerajaan negeri dan kementerian berkaitan bagi membantu rakyat menghadapi fenomena cuaca panas yang sedang melanda negara.

Kerajaan akan membincangkan perlunya melanjutkan cuti sekolah sempena sambutan Aidilfitri atau sebaliknya, dengan mengambil kira fenomena cuaca panas yang sedang melanda negara ketika ini. Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, selaku Timbalan Perdana Menteri, menyatakan bahawa kerajaan telah bekerjasama dengan kerajaan negeri dan kementerian berkaitan bagi membantu rakyat menghadapi fenomena cuaca panas yang sedang melanda negara.

Cuti Sekolah Mungkin Dilanjutkan, Cuaca Panas Melampau

Kerjasama dengan kerajaan negeri, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan Kementerian Kesihatan (KKM) telah dijalankan untuk memantau dan memberi bantuan kepada individu yang terkena kesan strok haba akibat perubahan cuaca panas. Hal ini telah diungkapkan olehnya.

  • Cuaca Panas Yang Melampau
  • Perbincangan Ini Akan Dibuat Dengan Kerajaan Negeri masing-masing
  • Cuaca Panas, Ada Yang Dah Meninggal Dunia

Ikuti Telegram Rasmi Sistem Guru Online untuk dapatkan info terkini Malaysia serta maklumat mengenai bantuan kerajaan dan jawatan kosong kerajaan atu swasta.

telegram us

Cuaca Panas Menyebabkan Risiko Kepada Rakyat Semakin Besar

“Saya fikir itu harus dibincangkan di jemaah menteri,” katanya ketika menjawab soalan berhubung keperluan lanjutan cuti persekolahan akibat cuaca panas melampau.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Rumah Terbuka Sambutan Hari Raya Aidilfitri Ahli Parlimen Pontian, Datuk Ahmad Maslan di Benut, di sini, hari ini.

Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negara, berkata laporan berhubung mesyuarat berkaitan strok haba telah diserahkan kepadanya dan usaha penyelarasan antara kementerian dan jabatan terbabit sedang dijalankan.

Ucapan Dato’Zahid Hamidi Mengenai Cuaca Panas Di Majlis Rumah Terbuka

bhzahid 1682684695

“Ketika ini iklim di negara kita sudah berubah di mana haba panas mula melanda terutamanya di Kelantan di mana terdapat dua kematian.

“KKM juga telah mengambil langkah tertentu dan kita nasihatkan rakyat di kawasan yang dilanda haba panas ini agar dapat minum air bersih dengan lebih banyak.

“Saya dimaklumkan MetMalaysia (Jabatan Meteorologi Malaysia) bahawa panas ini akan berakhir pada pertengahan Mei. Jadi saya berharap walaupun ini fenomena baharu, tetapi kita perlu berjaga-jaga dan mengambil beberapa langkah kesihatan,” katanya.

Turut hadir Pengerusi Barisan Nasional (BN) Johor merangkap Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong.

Hadir sama Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi, Mantan Menteri Besar Johor merangkap ADUN Benut, Datuk Hasni Mohammad dan barisan exco Johor.

Terdahulu, dua kematian membabitkan kanak-kanak berusia 11 tahun dan setahun enam bulan di Kelantan disyaki akibat strok haba.

Tips Hadapi Musim Cuaca Panas

Beberapa tip yang dikongsi ini boleh membantu meredakan bahang kepanasan, selain dapat membantu kita kekal sihat dan aktif dalam cuaca panas.

  • Perkara paling asas dalam menghadapi cuaca panas adalah memastikan air yang mencukupi di dalam badan. Minum air putih sebanyak mungkin untuk mengelakkan dehidrasi.
  • Elakkan minuman berkafein dan manis kerana ia mempercepatkan dehidrasi.
  • Pilih pakaian yang diperbuat daripada fabrik yang sejuk dan membantu meresap haba dan peluh. Elakkan memakai pakaian berlapis.
  • Untuk wanita, kurangkan solekan kerana ada sesetengah bahan dalam produk kosmetik kemungkinan menyekat aliran peluh, sekali gus membuatkan rasa panas di bahagian muka.
  • Hadkan aktiviti luar dan aktiviti yang memerlukan penggunaan tenaga yang banyak.
  • Pastikan pemakaian krim SPF yang bersesuaian dengan kulit jika perlu terlibat dengan aktiviti luar.
  • Sebaiknya mandi dengan air yang suam dan tidak terlalu sejuk. Ini kerana mandi air sejuk akan membuatkan badan anda menjana haba untuk menggantikan haba yang baru hilang.
  • Boleh juga cuba meletakkan atau melalukan air sejuk pada pergelangan tangan selama beberapa saat. Ini kerana satu saluran darah utama berada di sini, dan boleh memberikan rasa sejuk dengan pantas.
  • Makan kerap, tetapi dalam kuantiti sedikit. Makan dalam kuantiti yang banyak, terutama yang tinggi kadar karbohidrat akan menaikkan kadar metabolisme dan ini akan membuatkan badan terasa panas.

 

Sir Mohd Afizi
Sir Mohd Afizihttp://www.sistemguruonline.my/
Fulltime Writer at Sistem Guru Online. "There are two days in the year that we can't do anything, yesterday and tomorrow!"

Anda Mungkin Meminati