Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Biasiswa MyBrainSc Effective 2021

Biasiswa MyBrainSc 2021
Biasiswa MyBrainSc

Biasiswa MyBrainSc 2021 ini merupakan biasiswa melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah pertama, ijazah sarjana, dan juga ijazah kedoktoran di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Permohonan biasiswa ini dibuka bermula 16 Mac 2021 sehingga 15 April 2021 (jan 11:59 malam).

Biasiswa MyBrainSc terbuka kepada seluruh warganegara Malaysia yang sedang atau akan mengikuti pengajian di peringkat Ijazah Pertama dan Pasca Ijazah secara sepenuh masa dalam bidang sains tulen iaitu Fizik, Kimia, Biologi, dan Matematik sama ada di Universiti Awam (UA), Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS), atau universiti terkemuka luar negara atau bertaraf ivy league.

Program ini merupakan salah satu agenda Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) untuk mencapai matlamat Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN) dan menghasilkan saintis-saintis muda yang berani menyahut cabaran serta menghasilkan cendekiawan yang bertaraf dunia dan akhirnya diiktiraf sebagai Nobel Laureate.

Objektif Program Biasiswa MyBrainSc

KPM memperuntukkan penawaran biasiswa MyBrainSc ini dengan berdasarkan beberapa objektif utama, iaitu:

  1. Memastikan bilangan tenaga pengajar di IPTA dalam bidang sains tulen mencukupi.
  2. Menggalakkan pelajar-pelajar cemerlang untuk menceburi bidang sains tulen.
  3. Menghasilkan rakyat yang dianggap pakar dan layak dianugerahkan penghargaan tertinggi seperti Nobel Laureate bagi mencapai dasar pengajian tinggi negara bertaraf dunia.
  4. Menjadikan Malaysia sebuah negara yang berasaskan sains dan inovasi serta menyumbang kepada kemajuan peradaban sains dan teknologi pada masa hadapan.

Peringkat Pengajian

Program ini boleh di mohon oleh pelajar-pelajar yang sedang mengikut pengajian di salah satu peringkat pengajian di bawah ini:

  • Kedoktoran (PhD)
  • Sarjana
  • Ijazah Pertama / Ijazah Sarjana Muda

Syarat Permohonan MyBrainSc

Syarat permohonan bagi setiap peringkat pengajian adalah berbeza-beza, berikut merupakan senarai syarat yang ditetapkan bagi permohonan program ini.

Peringkat Kedoktoran (PhD)

  • Calon adalah warganegara Malaysia;
  • Berumur tidak melebihi 35 tahun pada tarikh memohon;
  • Calon mendapat keputusan cemerlang di peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam bidang sains tulen iaitu mendapat sekurang-kurangnya PNGK 3.65 ke atas atau Kelas Pertama;
  • Calon tidak mempunyai sebarang ikatan kontrak dari mana-mana penaja semasa di peringkat pengajian terdahulu atau pihak penaja bersedia untuk melepaskan ikatan kontrak jika ditawarkan biasiswa ini;
  • Calon yang sedang berkhidmat di mana-mana sektor awam/swasta dan bersedia untuk melepaskan jawatan sekiranya di tawarkan biasiswa ini;
  • Calon yang mengikuti pengajian di peringkat sarjana secara penyelidikan akan diberi keutamaan dan calon yang berada di semester akhir di peringkat Sarjana juga layak memohon; dan
  • Calon sedang mengikuti pengajian Ph.D atau telah mendapat tempat mengikuti pengajian dalam bidang sains tulen sama ada di dalam negara atau di universiti-universiti yang disenaraikan melalui portal permohonan.

Peringkat Sarjana

  • Calon adalah warganegara Malaysia;
  • Berumur tidak melebihi 28 tahun pada tarikh memohon;
  • Calon mendapat keputusan cemerlang di peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam bidang sains tulen iaitu mendapat sekurang-kurangnya PNGK 3.65 atau Kelas Pertama bagi program yang tidak menggunakan PNGK;
  • Calon tidak mempunyai sebarang ikatan kontrak dari mana-mana penaja semasa di peringkat pengajian terdahulu atau pihak penaja bersedia untuk melepaskan ikatan kontrak jika ditawarkan biasiswa ini.
  • Calon yang sedang berkhidmat di mana-mana sektor awam/swasta dan bersedia untuk melepaskan jawatan sekiranya di tawarkan biasiswa ini;
  • Pelajar-pelajar yang berada di semester akhir di peringkat Ijazah Pertama dalam bidang sains tulen juga layak memohon;
  • Mod pengajian mestilah dalam mod penyelidikan dan sepenuh masa; dan
  • Calon sedang mengikuti pengajian di peringkat Sarjana atau telah mendapat tempat mengikuti pengajian dalam bidang sains tulen sama ada di dalam negara atau di universiti-universiti yang disenaraikan melalui portal permohonan.

Peringkat Ijazah Pertama

  • Calon adalah warganegara Malaysia;
  • Umur tidak melebihi 21 tahun pada tarikh memohon;
  • Calon memperolehi sekurang-kurangnya PNGK 3.6 dan ke atas di peringkat Asasi Sains / Matrikulasi / STPM / Diploma, Skala 1800/2400 dalam SAT, 40/45 dalam (IB) dan 4 A dalam A Level;
  • Pelajar-pelajar yang berada di semester akhir di peringkat Asasi Sains / Matrikulasi / STPM / Diploma / SAT / IB / A Level juga layak memohon; dan
  • Pelajar belum lagi menerima sebarang biasiswa / tajaan / ikatan perjanjian dari mana-mana penaja.

Perjanjian

Calon yang layak akan dikenakan ikatan perjanjian dan tempoh kontrak berkuatkuasa adalah bergantung kepada tempoh pengajian yang dibiayai oleh Kementerian. Kementerian berhak menarik balik penajaan serta mengenakan tuntutan gantirugi ke atas calon sekiranya;

  • Calon diberhentikan oleh institusi pengajian kerana masalah disiplin, kelemahan akademik atau sebab-sebab lain yang digariskan oleh syarat program dan perjanjian ini; dan
  • Calon menarik diri dalam tempoh tajaan tanpa kebenaran terlebih dahulu daripada Kementerian.

Cara Permohonan MyBrainSc

  • Permohonan dibuka mulai pada 16 Mac 2021 (jam 6 petang) sehingga 15 April 2021 (jam 11:59 malam)
  • Permohonan perlu dibuat secara dalam talian (online) melalui Portal KPM
  • Permohonan perlu dibuat secara dalam talian sepenuhnya dengan klik menu LOG MASUK, dan mendaftar sebagai pengguna sistem. Permohonan secara manual tidak akan diproses.
  • Pemohon hendaklah memastikan rancangan penyelidikan (proposal) telah dipersetujui dan disahkan oleh penyelia/bakal penyelia bagi peringkat pengajian Sarjana dan PhD.
  • Pemohon hendaklah bebas daripada senarai hitam Pinjaman Tabung Pelajaran Tinggi Negara (PTPTN) atau Tabung Pinjaman Pelajaran (TPP).
  • Semua dokumen sokongan yang disertakan perlu diimbas (scan) dari dokumen asal dan disimpan dalam format imej (JPEG) atau PDF dan perlu dimuatnaik (upload) dalam sistem permohonan atas talian ini. Dokumen yang diambil (capture) menggunakan kamera tidak akan diterima.
  • Jika tiada dokumen asal, pelajar boleh mengimbas dari dokumen salinan photostat tetapi dokumen tersebut perlu diakui sah oleh pegawai kerajaan / badan berkanun dari Kumpulan Pengurusan dan Profesional (Gred 41 dan ke atas) / Penggawa / Ketua Kampung/ Ketua Masyarakat.

Dapatkan “Panduan Mengimbas Dokumen & Panduan Menukar Format Dokumen” di sini

Di sini admin nak kongsikan beberapa panduan berkenaan mengimbas dokumen dan juga panduan menukar format dokumen. Sila download menggunakan link yang telah disediakan.

Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’

Download : 

Dokumen Sokongan yang Diperlukan

Dokumen sokongan yang perlu dimuat naik bagi setiap peringkat pengajian juga berbeza-beza, para pemohon dinasihatkan agar peka dengan kategori peringkat pengajian masing-masing bagi mengenal pasti dokumen sokongan yang sepatutnya.

Permohonan Peringkat Kedoktoran (PhD)

  • Kad Pengenalan Pemohon (depan dan belakang).
  • Gambar berukuran passport.
  • Slip Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
  • Transkrip penuh Ijazah Pertama.
  • Skrol Ijazah Sarjana.
  • Kertas cadangan penyelidikan (proposal) yang telah disahkan oleh penyelia.
  • Surat Tawaran Universiti (jika ada)
  • Walau bagaimanapun, sekiranya transkrip pemohon dari universiti luar negara tidak menggunakan PNGK, pemohon perlu mengemukakan dokumen rasmi yang dikeluarkan oleh alma mater pemohon yang menerangkan gred universiti dan dokumen ini mestilah disahkan.

Permohonan Peringkat Ijazah Sarjana

  • Kad Pengenalan Pemohon (depan dan belakang).
  • Gambar berukuran passport.
  • Slip Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
  • Transkrip penuh Ijazah Pertama.
  • Kertas cadangan penyelidikan (proposal) yang telah disahkan oleh penyelia.
  • Surat Tawaran Universiti (jika ada)

Permohonan Peringkat Ijazah Pertama

  • Kad Pengenalan Pemohon (depan dan belakang).
  • Gambar berukuran passport.
  • Slip Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
  • Transkrip penuh Asasi / Matrikulasi / STPM / IB / A-level / Diploma / SAT.
  • Surat Tawaran Universiti (jika ada)

Maklumat Lanjut

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan lanjut berkenaan program ini, boleh diajukan menerusi:

  • Unit Skim Latihan Akademik IPTA
    Bahagian Biasiswa
    Kementerian Pendidikan Tinggi,
    Aras 2, No. 2, Menara 2, Jalan P5/6, Presint 5
    62200 Putrajaya
  • Talian Utama: 03 – 8870 6000
  • Faks: 03 – 8870 6839

Diharapkan semoga perkongsian artikel Biasiswa MyBrainSc 2021 ini dapat memberi pendedahan kepada semua lapisan pelajar di institut pengajian tinggi sama ada di peringkat ijazah sarjana muda, ijazah sarjana, ataupun ijazah kedoktoran dalam mencari tajaan pengajian masing-masing. Anda juga digalakkan untuk berkongsi artikel ini agar dapat dimanfaatkan kepada lebih ramai pelajar terutamanya.

Selain itu, anda juga mungkin berminat dengan perkongsian Biasiswa Perguruan Persekutuan ISMP 2021 ataupun Biasiswa Yang Di-Pertuan Agong 2021 Kini Dibuka.

Sir Mohd Afizi
Sir Mohd Afizihttps://www.sistemguruonline.my/
Fulltime Writer at Sistem Guru Online. "There are two days in the year that we can't do anything, yesterday and tomorrow!"

Anda Mungkin Meminati