Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Official Skim Pembiayaan Kontrak-I Tekun Nasional 2021

Skim Pembiayaan Kontrak-I Tekun Nasional

Skim Pembiayaan Kontrak-I Tekun Nasional ini merupakan salah satu skim yang ditawarkan oleh pihak Tekun Nasional. Skim ini adalah merupakan pembiayaan kontrak pembekalan secara terus yang diperolehi daripada Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri, Agensi Kerajaan dan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC).

Skim ini memberi Alternatif dan Kemudahan Pembiayaan kepada usahawan untuk mendapatkan modal tambahan dengan cepat. Secara ringkasnya, skim ini adalah merupakan proses untuk membiayai kontrak dan pembekalan secara terus yang diperolehi daripada Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri, Agensi Kerajaan, Badan Berkanun & GLC.

Skim Pembiayaan Kontrak-I Tekun Nasional

Latar Belakang Skim Pembiayaan Kontrak-I Tekun Nasional

Pemfaktoran adalah instrumen kewangan yang membolehkan sebuah syarikat mendapatkan pembiayaan dengan mencagarkan kontrak perkhidmatan dan pembekalan. Instrumen ini dapat membantu mengekalkan aliran tunai pusingan bagi perniagaan usahawan.

Skim ini adalah merupakan proses untuk membiayai kontrak dan pembekalan secara terus yang diperolehi daripada Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri, Agensi Kerajaan, Badan Berkanun, dan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC). Penerima Biaya tidak perlu menunggu bayaran daripada pemberi kontrak sehingga kontrak selesai digunakan.

Objektif Skim Pembiayaan Kontrak-I Tekun Nasional

Berikut merupakan beberapa objektif yang menjadi dasar kepada pelaksanaan skim ini, iaitu:

  • Pembiayaan melalui pemfaktoran bertujuan menyediakan kemudahan pembiayaan segera kepada usahawan yang telah mendapat kontrak kerja tetapi kurang modal.
  • Memberi alternatif kepada usahawan untuk mendapat modal tambahan dengan cepat.
  • Untuk membiayai kontrak dan pembekalan secara terus yang diperolehi daripada Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri, Agensi Kerajaan, dan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC).

Syarat-syarat Kelayakan Skim Pembiayaan Kontrak-I Tekun Nasional

Berikut merupakan senarai syarat kelayakan yang telah ditetapkan bagi permohonan skim ini, antaranya ialah:

  1. Warganegara Malaysia dan Bumiputera
  2. Umur 18 – 65 tahun
  3. Mempunyai lesen / permit / daftar perniagaan yang sah.
  4. Mempunyai tempat / lokasi perniagaan yang khusus / perniagaan dijalankan secara sepenuh masa.
  5. Pembiayaan sedia ada tidak boleh melebihi RM 100,000.
  6. Pemilikan perniagaan adalah 100% milik bumiputera dan modal berbayar (.paid up capital ) tidak boleh melebihi RM 500,000.
  7. Mempunyai Inden Kerja / PO / LO / Surat Tawaran mestilah daripada Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri, Agensi Kerajaan, Badan Berkanun & GLC.
  8. Mempunyai lesen daripada Kementerian Kewangan, Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan ( CIDB ), Perbendaharaan Malaysia ( PMS ), Pusat Khidmat Kontraktor (PKK), Badan- badan pelesenan atau pendaftaran lain yang berkaitan yang sah.
  9. Syarikat merupakan kontraktor utama yang dilantik oleh Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri, Agensi Kerajaan, Badan Berkanun & GLC.

Skim Pembiayaan Kontrak-I Tekun Nasional

  • Nilai Pembiayaan: RM1,000.000 sehinga RM 100,000.00
  • Bayaran Balik: Pihak penawar kontrak akan membayar terus ke TEKUN melalui perjanjian Deed of Assignment (DOA)
  • Tempoh Pembiayaan: 1 bulan sehingga 6 bulan
  • Kadar Keuntungan: Penerima Biaya dikenakan kadar keuntungan sebanyak 1.5% sebulan.
  • Simpanan: Tiada simpanan
  • Takaful: Setiap penerima biaya dilindungi oleh Takaful Perlindungan Pembiayaan dan Takaful Pembiayaan dan Takaful Perlindungan Kemalangan Diri
  • Konsep Pembiayaan: Pembiayaan menggunakan konsep syariah “Tawarruq”

Dokumen Yang Diperlukan Skim Pembiayaan Kontrak-I Tekun Nasional

Individu yang ingin memohon skim ini perlu menyediakan beberapa dokumen berikut:

  • Borang Permohonan Pinjaman TEKUN yang lengkap diisi
  • Borang Maklumat Asas Perniagaan yang lengkap diisi
  • Salinan Kad Pengenalan Pemohon & Pasangan
  • 1 Keping Gambar Pemohon
  • Lesen/Permit/Pendaftaran Perniagaan yang sah
  • 1 keping gambar premis/tempat perniagaan
  • Salinan buku simpanan/penyata bank (3 bulan terakhir)
  • Satu salinan bil utiliti premis/rumah(bil air/elektrik/telefon)
  • Sebut harga tujuan pinjaman
  • Surat kebenaran rakan kongsi jika pemohon syarikat
  • Inden Kerja / PO / LO / Surat Tawaran mestilah daripada Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri, Agensi Kerajaan, Badan Berkanun dan GLC
  • Salinan lesen daripada Kementerian Kewangan, Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan ( CIDB ), Pusat Khidmat Kontraktor (PKK) dan lesen-lesen yang berkaitan (Lesen ini adalah bergantung kepada keperluan kontrak dan pembekalan).

Kelebihan Skim Kontrak-I

  • Tanpa penjamin
  • Tempoh pembiayan yang fleksibel
  • Caj pengurusan yang rendah
  • Tanpa deposit
  • Kaedah pembiayaan secara lumpsum

Dapatkan “Brosur Skim Pembiayaan Kontrak-I” di sini

Di sini admin nak kongsikan brosur berkenaan skim ini. Sila download menggunakan link yang telah disediakan.

Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’

Download : 

Maklumat Lanjut

Sebarang maklumat lanjut berkenaan skim ini boleh hubungi:

  • Alamat: Menara TEKUN T5-01-01, Maklumat Link, Jalan Lingkaran Tengah 2, Bandar Tasik Selatan, 57000 Kuala Lumpur.
  • Telefon: 03-9059 8888
  • Faks: 03-9059 9292
  • Laman Web: www.tekun.gov.my

Semoga perkongsian Skim Pembiayaan Kontrak-I Tekun Nasional dapat memberi manfaat khususnya kepada para usahawan yang memerlukan modal dengan cepat dalam melangsungkan kontrak pekerjaan yang diusahakan. Anda juga digalakkan untuk berkongsi maklumat skim ini kepada sesiapa sahaja yang layak untuk memohon.

Anda juga mungkin berminat dengan Kempen Bayar Saman: Pengurangan Sehingga 50% , Skim Pembiayaan Agropreneur Muda (AGRO-YES) ataupun Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP) 2021.

Sir Mohd Afizi
Sir Mohd Afizihttps://www.sistemguruonline.my/
Fulltime Writer at Sistem Guru Online. "There are two days in the year that we can't do anything, yesterday and tomorrow!"

Anda Mungkin Meminati