Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Official Biasiswa Sekolah Menengah (BSM) Yayasan Pahang 2021

Biasiswa Sekolah Menengah (BSM) Yayasan Pahang 2021
Biasiswa Sekolah Menengah

Biasiswa Sekolah Menengah (BSM) Yayasan Pahang 2021 ini dibuka kepada pelajar tingkatan satu hingga tingkatan empat mulai 1 Mac 2021 sehingga 30 April 2021. Yayasan Pahang telah membuka permohonan biasiswa sekolah menengah ini bagi sesi persekolahan 2021 yang bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK), Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), Sekolah Menengah Agama (SMA), atau Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) dalam seluruh negeri Pahang.

Untuk makluman semua, biasiswa ini diperkenalkan sejak tahun 1983 dan diberikan kepada murid anak pahang yang belajar di tingkatan 1 hingga 6 yang bersekolah bantuan kerajaan di Negeri Pahang. Namun begitu, kini BSM hanya dibuka kepada pelajar tingkatan 1 hingga tingkatan 4 sahaja.

Keutamaan BSM ini diberikan khas kepada anak Pahang dengan tanggungan anak bersekolah yang ramai, anak yatim, keluarga miskin atau ibu bapa uzur atau ibu tunggal atau peserta PPRT. Bagaimanapun, mulai tahun 2003, sebahagian peruntukan ini juga turut ditawarkan kepada murid-murid cemerlang akademik dan kokurikulum.

Kadar Bayaran Biasiswa Sekolah Menengah

Mulai tahun 2012, kadar baru BSM telah dinaikkan daripada kadar RM500 setahun kepada RM600 setahun bagi murid tingkatan 1 hingga 5 dan bagi murid tingkatan 6 kadar BSM adalah kekal RM600 setahun. Bayaran dibuat dua kali setahun pada setiap Januari dan Mei.

Syarat Kelayakan Biasiswa Sekolah Menengah Yayasan Pahang 2021

962d49ee cacc 4aaa 9fc1 0edadb60e448 4

Kriteria kelayakan untuk memohon biasiswa ini adalah seperti di bawah, iaitu:

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Ibu atau bapa warganegara Malaysia.
  3. Pemohon / ibu / bapa lahir di negeri Pahang
  4. Jika pemohon / ibu / bapa lahir di luar negeri Pahang, mestilah bermastautin di Pahang lebih dari 10 tahun.
  5. Mempunyai ramai adik-beradik yang masih bersekolah di bawah tanggungan ibu bapa tanpa menerima sebarang bantuan kewangan lain.
  6. Keutamaan diberikan kepada Pemohon yang terdiri daripada anak yatim atau berasal daripada keluarga kurang berkemampuan yang mendapat bantuan kebajikan masyarakat atau ibu bapa atau penjaga uzur, cacat, Orang Kelainan Upaya (OKU) atau ibu tunggal atau Peserta Program Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT) diberi keutamaan.
  7. Murid yang cemerlang akademik dan kokurikulum.
  8. Pemohon mestilah sedang belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan / Sekolah Berasrama Penuh / Kolej Vokasional / Sekolah Teknik / Sekolah Menengah Agama / Sekolah Menengah Agama Negeri / Sekolah Menengah Agama Rakyat / Sekolah Agama Bantuan Kerajaan dalam Negeri Pahang sahaja.
  9. Pendapatan kasar isi rumah (gaji pokok dan elaun tetap) tertakluk kepada pemilihan semasa tahun tersebut.
  10. Murid yang pernah digantung / dibuang boleh dipertimbangkan permohonan semula pada tingkatan 4 jika berkelakuan baik.

Cara Permohonan BSM Yayasan Pahang 2021

Permohonan BSM ini boleh dibuat melalui langkah-langkah berikut, iaitu:

  1. Dapatkan borang permohonan BSM di sekolah atau pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) masing-masing.
  2. Isi borang tersebut dengan lengkap dan betul.
  3. Hantar borang permohonan yang lengkap kepada pihak sekolah semula.
  4. Borang permohonan yang diterima oleh pihak sekolah tidak perlu dihantar kepada Yayasan Pahang.
  5. Sebaliknya pihak sekolah perlu membuat permohonan secara atas talian di laman rasmi Permohonan BSM Yayasan Pahang

Diharapkan semoga perkongsian artikel Biasiswa Sekolah Menengah (BSM) Yayasan Pahang 2021 ini dapat membantu para ibu bapa dan juga para pelajar sekolah-sekolah di Pahang khususnya dalam membuat permohonan bantuan pelajaran yang sedang dibuka tawaran semasa ini. Sehubungan itu, anda juga digalakkan berkongsi artikel ini dengan sesiapa sahaja yang layak untuk memohon.

Anda juga mungkin berminat dengan perkongsian Biasiswa MyBrainSc 2021 , Program Penghantaran Pelajar Cemerlang ke Luar Negara 2021, ataupun Biasiswa Perguruan Persekutuan ISMP 2021.

Sir Mohd Afizi
Sir Mohd Afizihttps://www.sistemguruonline.my/
Fulltime Writer at Sistem Guru Online. "There are two days in the year that we can't do anything, yesterday and tomorrow!"

Anda Mungkin Meminati