Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Lafaz Doa Tidur dan Bangun Tidur serta Sunnah Sebelum Tidur

Blue Modern Digital Art Marketplace Promotion Facebook Ad 29 1
Lafaz Doa Tidur dan Bangun Tidur serta Sunnah Sebelum Tidur 5

Pernahkan anda membaca doa tidur panjang sebelum anda tidur? Allah swt menyatakan sesungguhnya Dia akan mematikan hamba-hambaNya ketika tidur di malam hari. Setiap manusia sebenarnya mengalami ‘kematian’ kecil iaitu sewaktu mereka tidur. Apabila manusia tidur, roh azali diangkat Allah SWT ke sisi-Nya. Tidur sebenarnya adalah kematian kecil, terjaga daripada tidur adalah kebangkitan.

Apakah Doa Tidur?

Doa tidur adalah doa yang dibaca ketika hendak tidur. Doa tidur ada dua bacaan doa tidur ringkas dan doa tidur panjang. Diriwayatkan oleh Aishah R.anha bahawa;

Daripada Nabi SAW bahawa Baginda berkata kepada Aisyah R.anha : Wahai ‘Aisyah jangan kamu tidur sehingga kamu melakukan empat perkara. Sehingga kamu khatam Al-Quran, sehingga kamu menjadikan para anbiya’ sebagai pemberi syafaat pada hari kiamat kelak, sehingga kamu menjadikan orang muslim redha kepada kamu dan sehingga kamu melakukan haji dan umrah. Kemudian Nabi SAW masuk ke tempat tidur dan bersolat. Apabila Nabi SAW selesai menunaikan solat Aisyah berkata : Wahai Rasulullah, kamu memerintahkan aku untuk melakukan empat perkara, aku tidak mampu melakukan dalam satu masa yang singkat. 
Lalu Nabi SAW tersenyum dan berkata : Jika kamu membaca Qul Huwallahu Ahad tiga kali seakan-akan kamu telah mengkhatamkan Al-Quran. Jika kamu berselawat kepada aku dan kepada para nabi sebelumku maka kami akan jadi pemberi syafaat kepada kamu pada hari kiamat kelak. Jika kamu meminta ampun untuk orang mukmin maka mereka semua akan redha kepada kamu. Jika kamu menyebut : Subhanallah, walhamdulillah dan La ilaha Illallah Wallahu Akbar maka kamu telah melakukan haji dan juga umrah.”

Lafaz Doa Tidur

Doa Tidur Ringkas

Berikut adalah lafaz doa tidur ringkas.

بِسْمِكَ اللّهُمَّ اَحْيَا وَ بِسْمِكَ اَمُوْتُ

Rumi: "Bismika Allaahumma ahyaa wa amuut "
Maksudnya : Dengan nama Engkaulah ya Allah aku hidup dan aku mati
29791881 581139988915248 7280137328892258153 n
Lafaz Doa Tidur dan Bangun Tidur serta Sunnah Sebelum Tidur 6

Doa Tidur Panjang

Berikut adalah lafaz doa tidur panjang.

اللَّهُمَّ أَسْلَمْتُ نَفْسِي إِلَيْكَ وَوَجَّهْتُ وَجْهِي إِلَيْكَ وَأَلْجَأْتُ ظَهْرِي إِلَيْكَ وَفَوَّضْتُ أَمْرِي إِلَيْكَ رَغْبَةً وَرَهْبَةً إِلَيْكَ لَا مَلْجَأَ وَلَا مَنْجَا مِنْكَ إِلَّا إِلَيْكَ آمَنْتُ بِكِتَابِكَ الَّذِي أَنْزَلْتَ وَبِرَسُولِكَ الَّذِي أَرْسَلْتَ

Bacaan Rumi: Allahumma aslamtu nafsii ilaika wa wajjahtu wajhii ilaika wa fawadhtu amrii ilaka wa alja tu zhahrii ilaika raghabatan wa rahbatan ilaika laa malja-a minka illaa ilaika aamantu bikitaabikalladzii anzalta wa nabiyyikal-ladzii arsalta.

Terjemahannya:
"Ya AIlah, aku berserah diri kepada-Mu, aku serahkan urusanku kepada-Mu dengan dengan rasa cinta dan takut, karena tidak ada tempat berlindung dan tempat yang aman dari azab-Mu kecuali dengan berlindung kepada-Mu. Aku beriman kepada kitab-Mu yang telah Engkau turunkan dan aku beriman kepada Rasul-Mu yang telah Engkau utus."
poster sebelom lena
Lafaz Doa Tidur dan Bangun Tidur serta Sunnah Sebelum Tidur 7

Lafaz Doa Bangun Tidur

اَلْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِيْ أَحْيَانَا بَعْدَ مَا أَمَاتَنَا وَإِلَيْهِ النُّشُوْرِ

”Segala puji bagi Allah, yang telah membangunkan kami setelah menidurkan kami dan kepada-Nya lah kami dibangkitkan.” (HR. Bukhari no. 6325)
138868831 1521923904813920 5262486513881999216 n
Lafaz Doa Tidur dan Bangun Tidur serta Sunnah Sebelum Tidur 8

Amalan Sunnah Sebelum Tidur

Sunnah sebelum tidur
1. Mengambil Wudhu Sebelum Tidur
2. Membersihkan tempat tidur
3. Membaca Qul Huwallahu Ahad 3 kali
4. Membaca surah 3 Qul, Qul Huwallahu Ahad, Qul ‘Auzu Birabil Falaq dan Qul A’uzu birabbinnas.
5. Membaca dua ayat terakhir daripada Surah Al-Baqarah
6. Berselawat kepada ke atas Nabi
7. Meminta ampun untuk diri sendiri dan sekalian orang mukmin
8. Menyebut subhanallah, walhamdulillah dan La ilaha Illallah Wallahu Akbar
9. Tidur berbaring ke arah kanan.

Soalan FAQs Berkenaan Doa Tidur

Apakah doa tidur ringkas?

بِسْمِكَ اللّهُمَّ اَحْيَا وَ بِسْمِكَ اَمُوْتُ

Rumi: “Bismika Allaahumma ahyaa wa amuut “
Maksudnya : Dengan nama Engkaulah ya Allah aku hidup dan aku mati

Apakah doa tidur panjang?

للَّهُمَّ أَسْلَمْتُ نَفْسِي إِلَيْكَ وَوَجَّهْتُ وَجْهِي إِلَيْكَ وَأَلْجَأْتُ ظَهْرِي إِلَيْكَ وَفَوَّضْتُ أَمْرِي إِلَيْكَ رَغْبَةً وَرَهْبَةً إِلَيْكَ لَا مَلْجَأَ وَلَا مَنْجَا مِنْكَ إِلَّا إِلَيْكَ آمَنْتُ بِكِتَابِكَ الَّذِي أَنْزَلْتَ وَبِرَسُولِكَ الَّذِي أَرْسَلْتَ

Bacaan Rumi: Allahumma aslamtu nafsii ilaika wa wajjahtu wajhii ilaika wa fawadhtu amrii ilaka wa alja tu zhahrii ilaika raghabatan wa rahbatan ilaika laa malja-a minka illaa ilaika aamantu bikitaabikalladzii anzalta wa nabiyyikal-ladzii arsalta.

Terjemahannya:
“Ya AIlah, aku berserah diri kepada-Mu, aku serahkan urusanku kepada-Mu dengan dengan rasa cinta dan takut, karena tidak ada tempat berlindung dan tempat yang aman dari azab-Mu kecuali dengan berlindung kepada-Mu. Aku beriman kepada kitab-Mu yang telah Engkau turunkan dan aku beriman kepada Rasul-Mu yang telah Engkau utus.”

Apakah doa bangun tidur?

اَلْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِيْ أَحْيَانَا بَعْدَ مَا أَمَاتَنَا وَإِلَيْهِ النُّشُوْرِ

”Segala puji bagi Allah, yang telah membangunkan kami setelah menidurkan kami dan kepada-Nya lah kami dibangkitkan.” (HR. Bukhari no. 6325)

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Anda Mungkin Meminati