Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Official Bonus Raya RM1,000 Bakal Diterima 7 Mei

Bonus Raya RM1,000 Bakal Diterima 7 Mei

Bonus Raya RM1,000 Bakal Diterima 7 Mei depan. Perkhabaran gembira pemberian bonus raya sebanyak RM 1,000 ini khusus buat kakitangan penjawat awam di negeri Pahang yang terlibat.

Kerajaan Pahang akan memberi Bantuan Khas Kewangan (BKK) RM1,000 kepada kira-kira 8,000 penjawat awam di negeri ini sempena sambutan Aidilfitri pada tahun ini yang bakal menjelang tidak lama lagi.

Menurut Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, beliau telah menyatakan bahawa bantuan ini akan dibayar pada 7 Mei ini kepada semua gred penjawat awam yang membabitkan peruntukan sehingga kira-kira RM8 juta secara keseluruhannya.

Kategori Penerima Bonus Raya RM1,000

  1. Semua gred penjawat awam negeri Pahang
  2. Penjawat awam Persekutuan gred JUSA C ke atas yang berkhidmat di negeri Pahang (sebagai saguhati).

Baca Juga: Bantuan Khas Aidilfitri Penjawat Awam RM500 dan Pesara RM250 ataupun Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri 2021 Setengah Bulan Gaji

Keputusan ini dicapai pada Majlis Mesyuarat Kerajaan negeri selepas mengambil kira kemampuan kewangan negeri. Berikut merupakan petikan ucapan daripada Yang Berhormat Menteri Besar Pahang dalam kenyataannya pada Rabu (28 April 2021):

“Bantuan khas ini dibuat berasaskan kemampuan kewangan negeri serta sikap peduli kerajaan negeri terhadap rakyat termasuk dalam kalangan penjawat awam.”

Di samping itu, beliau turut memberi saranan terhadap badan berkanun negeri dan pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri ini untuk turut berbuat demikan.

Bantuan Kewangan RM 300 Sebulan

“Pada Badan-badan Berkanun Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan di negeri ini , saya sarankan agar mereka dapat turut membuat pemberian yang serupa kepada pegawai dan kakitangan masing-masing.” jelas beliau dalam kenyataan yang sama.

Diharapkan dengan pemberian Bonus Raya RM1,000 Bakal Diterima 7 Mei ini dapat membawa sinar kegembiraan dalam kalangan penjawat awam yang terlibat bagi meraikan Hari Raya Aidilfitri pada tahun yang penuh mencabar ini. Namun begitu, perlu diingati  juga bahawa amalan penjagaan S.O.P turut tidak dilupakan semasa berhari raya tidak lama lagi. Semoga semua penjawat awam yang menerima bonus raya ini akan sentiasa berkhidmat dengan penuh dedikasi dan cemerlang pada masa seterusnya.

Sir Mohd Afizi
Sir Mohd Afizihttps://www.sistemguruonline.my/
Fulltime Writer at Sistem Guru Online. "There are two days in the year that we can't do anything, yesterday and tomorrow!"

Anda Mungkin Meminati