Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Official Bayaran Bantuan Khas Aidilfitri Penjawat Awam RM500 dan Pesara RM250

68a99889 7866 4615 aff9 0304c0da49db 8

Bantuan Khas Aidilfitri Penjawat Awam RM500 dan Pesara RM250 ini merujuk kepada kenyataan media Pejabat Perdana Menteri terkini pada 22 April 2021 yang bertajuk “Bayaran Bantuan Khas Kewangan Bersempena Hari Raya Aidilfiltri 2021”. Berita gembira ini khas buat semua kakitangan yang terlibat.

Pemberian ini adalah bagi menghargai jasa dan pengorbanan penjawat awam dalam menggalas tanggungjawab menyampaikan perkhidmatan kepada rakyat terutamanya semasa negara mengharungi tempoh yang penuh cabaran ini.

Bayaran Bantuan Khas Aidilfitri Penjawat Awam RM500 dan Pesara RM250

Bayaran Bantuan Khas Aidilfitri Penjawat Awam RM500 dan Pesara RM250

Kategori Penerima yang Layak

Kerajaan bersetuju untuk memberi Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri sebanyak RM 500 kepada:

  1. Semua penjawat awam Gred 56 dan ke bawah,
  2. Kakitangan Contract Of Service,
  3. Kakitangan Contract For Service,
  4. Pegawai Sambilan Harian serta lantikan di bawah MySTEP, dan
  5. Pesara Kerajaan (RM 250).

Tarikh Pembayaran

Pembayaran bagi bantuan khas ini akan dibuat bersama dengan pembayaran gaji bulan Mei, iaitu pada 6 Mei 2021.

Baca Juga: Pembayaran Bantuan Insentif Khas Bagi Penjawat Awam Persekutuan dan Bantuan One Off RM500 Mulai Jun 2021

Bantuan khas ini akan memanfaatkan lebih 2 Juta Penjawat Awam dan Pesara. Pengumuman pemberian Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri pada tahun ini dibuat lebih awal daripada tahun-tahun sebelim atas keprihatinan Kerajaan dalam membantu mereka membuat persiapan awal menjelang Hari Raya Aidilfitri.

Kerajaan berharap dengan pemberian Bantuan Khas ini dapat meringankan beban kewangan kepada penjawat awam dan pesara serta dijadikan sebagai pemangkin kepada mereka untuk terus berkhidmat dengan penuh dedikasi.

Semoga perkongsian Bantuan Khas Aidilfitri Penjawat Awam RM500 dan Pesara RM250 ini dapat menjadi perkhabaran gembira khususnya buat golongan yang terlibat. Diharapkan semua pihak yang terlibat akan terus berkhidmat dengan terus maju jaya!

Bonus Raya Penjawat Awam RM500 Mulai 6 Mei (Bantuan Khas Aidilfitri)
Sir Mohd Afizi
Sir Mohd Afizihttps://www.sistemguruonline.my/
Fulltime Writer at Sistem Guru Online. "There are two days in the year that we can't do anything, yesterday and tomorrow!"

Anda Mungkin Meminati