Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

BANTUAN KELUARGA MALAYSIA BKM RM2000 FASA 1 BERMULA DARI 15 MAC 2022

BKM RM2000
BKM RM2000

Bantuan Keluarga Malaysia BKM RM2000 Fasa 1 Bermula 15 Mac 2022. Kerajaan Malaysia telah mengumumkan pakej bantuan kepada rakyat menerusi program Batuan Keluarga Malaysia yang bermula dari 15 Mac 2022 dengan mengikut Fasa 1 terlebih dahulu.

Kerajaan Malaysia telah memperkenalkan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) dalam Belanjawan 2022 pada tahun lepas dengan peruntukan sebanyak RM8.2 biion yang dijangka bakal memanfaatkan 9.6 juta penerima. Peruntukan tersebut merupakan peningkatan berbanding Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) iaitu sebanyak RM7 bilion yang membantu dan memberi manfaat kepada 8.6 juta penerima sebelum ini.

Menerusi Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz mengatakan, menerusi bantuan tersebut, isi rumah yang berpendapatan kurang atau bawah RM2,500 dan memiliki lebih tiga orang anak akan menerima bantuan sebanyak RM2,000 secara ‘one-off‘.

Berkenaan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) ia merupakan bantuan tunai yang tertumpu kepada golongan-golongan yang memerlukan sumbangan bagi meringankan kos sara hidup serta beban yang ditanggung oleh rakyat berpendapatan rendah.

Pembayaran wang BKM RM2000 kali ini, terbahagi kepada beberapa fasa iaitu sebanyak 4 fasa pada bulan yang berbeza iaitu dari bulan Mac, Jun, September dan Disember 2022.

Maklumat Semasa Berkenaan Bantuan Keluarga Malaysia BKM RM2000

Pembayaran Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) akan terbahagi kepada 4 Fasa yang bermula dari Fasa 1 ke Fasa 4 dan berikut adalah maklumat dan jadual pembayaran BKM:

Fasa 1

  • Dijangkakan 15 Mac 2022
  • Bantuan ini tertumpu pada kategori Isi Rumah, Warga Emas Bujang / Tiada Pasangan dan Bujang

Fasa 2

  • Jun 2022
  • Bantuan akan tertumpu pada kategori Isi Rumah dan Warga Emas Bujang / Tiada Pasangan sahaja.

Fasa 3

  • September 2022
  • Bantuan akan diberikan mengikut kategori Isi Rumah ,Warga Emas Bujang / Tiada Pasangan dan Bujang.

Fasa 4

  • Disember 2022
  • Bantuan akan tertumpu pada mereka yang dari kategori Isi Rumah dan Warga Emas Bujang / Tiada Pasangan.
JADUAL BKM Baru

Pembayaran Bantuan Keluarga Malaysia BKM RM2000 Pada Kelompok Fasa 1

Tarikh bayaran Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) Fasa 1 :

Pembayaran BKM oleh Kerajaan Malaysia dijangkakan akan bermula pada 15 Mac 2022 dan akan dikreditkan secara berperingkat. (Tertakluk kepada apa-apa pindaan dari semasa ke semasa).

Cara Membuat Permohonan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM)

Kepada mereka yang memerlukan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM), anda bolehlah membuat permohonan secara atas talian (Online). Bagaiamanapun, berdasarkan Data sedia ada jika sebelum ini anda mempunyai permohonan bantuan sebelum ini. Maka kerajaan akan merujuk diantara Data penerima BPR 2021, BKC B40 dan data pemohon BPR 2021 yang tidak lulus atas alasan menerima GKP yang akan dibawa secara automatik ke dalam sistem BKM terbaru untuk semakan kelayakan.

Namun begitu, permohonan baharu BKM perlu dibuat sekiranya tiada rekod anda dalam pangkalan data sedia ada di Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) manakala bagi penerima sedia ada yang mempunyai sebarang perubahan maklumat atau kemas kini hendaklah dibuat dan perbaharui data anda dalam tempoh yang ditetapkan.

Layari Laman Web BKM di:

Laman Web Rasmi Bantuan Keluarga Malaysia (BKM)

Sekiranya terdapat persoalan mengenai Bantuan Keluarga Malaysia, anda boleh menghubungi dan merujuk di talian dibawah:

  • Hotline BKM LHDNM : 1-800-88-2747
  • AlamatSekretariat BKM,
    Pejabat Belanjawan Negara
    Kementerian Kewangan Malaysia
    (MOF), Presint 2, 62592 Putrajaya.

“Keluarga Kita , Keluarga Malaysia”

Bantuan kepada rakyat Malaysia telah diumumkan. Ini adalah bukti keprihatinan kerajaan Malaysia dalam usaha membantu meringankan beban yang ditanggung oleh rakyat Malaysia. Melalui bantuan BKM, Kita harus bersyukur kepada Ilahi atas segala pemberiannya.

Ahmad Mizan Ameen
Ahmad Mizan Ameen
"It always seems impossible until it's done."

Anda Mungkin Meminati