Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

I SINAR TANPA SYARAT PERFECT : MOHON SEKARANG TAHUN 2021

I Sinar Tanpa Syarat
I Sinar Tanpa Syarat

Berdasarkan maklum balas rakyat dalam inisiatif membenarkan pengeluaran KWSP I Sinar Tanpa Syarat, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menasihatkan pihak KWSP untuk menimbang semula syarat yang dikenakan dan menambah baik demi kesejahteraan rakyat.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata KWSP bersetuju untuk membuat pemansuhan syarat yang dikenakan sebelum ini dalam pengeluaran i-Sinar.

Justeru itu, i-Sinar yang sebelum ini meletakkan syarat untuk kategori 2 telah dimansuhkan dan membolehkan ahli KWSP yang berumur kurang dari 55 tahun untuk membuat pengeluaran akaun 1 mereka tertakluk kepada baki yang masih ada.

MAKLUMAT PENTING I Sinar Tanpa Syarat

I Sinar Tanpa Syarat
I Sinar Tanpa Syarat
  1. Pencarum yang memiliki simpanan 100,000 ringgit dan ke bawah layak membuat pengeluaran sebanyak 10,000 ringgit maksima dengan kaedah pembayaran dilakukan secara berperingkat selama 6 bulan. Bayaran permulaan maksima adalah 5,000 ringgit maksima dan baki seterusnya dibahagikan kepada 5bulan.
  2. Pencarum yang memiliki baki simpanan melebihi 100,000 ringgit dibenarkan membuat pengeluaran sebanyak maksima 60,000 ringgit dan dibayar secara berperingkat. Bayaran pendahuluan bulan pertama adalah maksima 10,000 ringgit dan baki seterusnya dibahagikan kepada 5bulan.

Jika sebelum ini pemohon kategori dua tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan, kini setelah pemansuhan syarat tersebut, permohonan akan diluluskan secara automatic.

Bagi mereka yang telah pun membuat permohonan dan berstatus seperti berikut :

  1. Permohonan diluluskan : i-Sinar akan berjalan seperti biasa mengikut jadual
  2. Permohonan sedang diproses : tidak perlu melakukan apa-apa, tunggu kemaskini terbaru pada portal i-Sinar untuk permohonan seterusnya
  3. Belum memohon : anda boleh membuat permohonan baharu setelah dikemaskini di laman i-Sinar

i-Sinar tanpa syarat dijangka bermula 14 Februari 2021, walaubagaimanapu, ia mungkin mengambil sedikit masa untuk pihak KWSP membuat kemas kini pada laman rasmi i-Sinar.

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Sir Mohd Afizi
Sir Mohd Afizihttps://www.sistemguruonline.my/
Fulltime Writer at Sistem Guru Online. "There are two days in the year that we can't do anything, yesterday and tomorrow!"

Anda Mungkin Meminati