Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Cara Buat dan Resepi Wantan di Rumah

Resepi Wantan
Cara Buat dan Resepi Wantan di Rumah

Jom cuba resepi wantan! Wantan adalah salah satu hidangan yang popular dalam masakan Cina dan sering menjadi pilihan di restoran tempatan serta gerai makanan. Dengan tekstur kulit yang rangup dan inti yang lazat, wantan bukan sahaja memikat selera tetapi juga mudah dibuat di rumah.

Bagi anda yang ingin mencuba membuat wantan sendiri, berikut adalah panduan lengkap tentang cara membuat wantan dari awal, termasuk resipi kulit, inti, dan cili oil yang akan menambah kelezatan hidangan anda. Dengan langkah-langkah yang jelas dan bahan-bahan yang mudah didapati, anda boleh menikmati hidangan ini dalam keselesaan rumah anda sendiri.

Cara Buat dan Resepi Wantan di Rumah

Berikut adalah merupakan senarai bahan serta cara penyediaan mengikut resepi wantan:

Bahan Kulit:

  • 1 cawan tepung gandum
  • ½ cawan tepung jagung
  • ½ cawan air panas
Resepi Wantan
Cara Buat dan Resepi Wantan di Rumah

Cara Penyediaan Kulit:

  1. Campurkan tepung gandum dan tepung jagung dalam satu mangkuk.
  2. Tambahkan air panas sedikit demi sedikit sambil menguli adunan sehingga menjadi doh yang lembut.
  3. Genggam doh menjadi bola kecil dan gelek nipis menggunakan penggelek.
  4. Tekap doh mengikut saiz yang diinginkan untuk membuat kulit wantan.
Resepi Wantan

Bahan Inti:

  • Dada ayam kisar
  • Isi udang kisar
  • 2 ulas bawang putih, dicincang dan digoreng hingga wangi
  • 1 bawang besar, dipotong kecil
  • 1 karot, dipotong dadu
  • Daun bawang secukup rasa
  • Perasa dan garam secukup rasa
  • 1 biji telur
  • 1-2 sudu besar tepung jagung

Cara Penyediaan Inti:

  1. Campurkan dada ayam kisar, isi udang kisar, bawang putih goreng, bawang besar, karot, daun bawang, perasa, dan garam dalam satu mangkuk besar.
  2. Tambahkan telur dan tepung jagung, kemudian adun semua bahan hingga sebati.
  3. Ambil sedikit campuran inti dan letakkan di tengah kulit wantan. Lipat dan rapatkan tepi kulit untuk membentuk wantan.
Resepi Wantan

Bahan Chilli Oil:

  • 3 ulas bawang putih
  • Udang kering (pilihan)
  • 3 sudu besar cili flakes
  • ¾ cawan minyak
  • Garam secukup rasa
  • Gula (pilihan)
  • 1 sudu kecil minyak bijan

Cara Penyediaan Chilli Oil:

  1. Tumis bawang putih dan udang kering (jika digunakan) dalam minyak hingga naik bau.
  2. Masukkan cili flakes dan goreng sehingga garing.
  3. Tambahkan garam, gula (jika suka), dan minyak bijan. Kacau hingga rata dan angkat.
Resepi Wantan

Sumber: AelmaHusna

Review Rasa Wantan

Hasil dari resepi ini adalah wantan yang sangat memuaskan dengan kulit yang rangup dan inti yang penuh rasa. Kulit wantan yang dibuat sendiri adalah lebih segar dan tidak kalah dengan yang dibeli di kedai. Intinya yang terdiri daripada campuran daging ayam dan udang memberikan rasa yang lazat dan tekstur yang lembut, sementara chilli oil memberikan sentuhan pedas dan aroma yang memikat. Dengan resipi ini, anda boleh menikmati hidangan wantan yang berkualiti dan penuh rasa di rumah. Selamat mencuba dan menikmati!

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Cikgu Ahmad
Cikgu Ahmad
"It always seems impossible until it's done."

Anda Mungkin Meminati