Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Pengumuman Offer Pemansuhan Syarat Pengeluaran iSinar Beri Sinar Harapan Buat Ahli 2021

Pemansuh Syarat Pengeluaran iSinar
Pemansuhanan Syarat Pengeluaran iSinar
STATUS KELULUSAN I-SINAR KATEGORI 2 BERPUNCA DARI MASALAH TEKNIKAL

Kekecewaan pada tempoh hari bakal bertukar menjadi berita baik buat semua pemohon i-Sinar bila berita Pemansuhan Syarat Pengeluaran iSinar dikeluarkan.

Isu mengenai status kelulusan i-Sinar yang semata berpunca dari masalah teknikal sistem KWSP tempoh hari, kini bakal menjadi harapan baru buat ahli KWSP. Rujuk senarai syarat pengeluaran i-Sinar sebelum ini yang telah kami kongsikan.

Pengumuman Pemansuhan Syarat Pengeluaran iSinar

Pemansuhan Syarat Pengeluaran iSinar
Pemansuhan Syarat Pengeluaran iSinar

Pengeluaran i-Sinar tanpa syarat bakal diumumkan oleh Kementerian Kewangan mengikut sumber rapat yang diperoleh daripada perbincangan mengenai hal tersebut.

Kerajaan telah mencari inisiatif penambah baik bagi tujuan memudahkan proses pengeluaran i-Sinar KWSP tanpa sebarang syarat dan juga terbuka kepada pemohon baru.

Rakyat kembali terjejas sumber pendapatan sama ada bagi mereka yang mengendalikan perusahaan persendirian atau yang telah dikenakan penurunan gaji di tempat kerja ketika PKP 2.0 sedang dikuatkuasa semula.

Rata-rata yang terjejas mendesak pemansuhan syarat-syarat pengeluaran i-Sinar supaya dapat membendung masalah kurang sumber pendapatan atau bakal hilang pekerjaan.

Berikut adalah kenyataan dari Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP):

Pemansuhan Syarat Pengeluaran iSinar 1
Pemansuhan Syarat Pengeluaran iSinar
  • Pengumuman dibuat oleh Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkenaan pemansuhan kriteria permohonan i-Sinar melalui simpanan akaun 1.
  • Proses pemansuhan kriteria i-Sinar juga bakal diperbaharui bagi memastikan sistem tadbir urus online permohonan dapat dibuat secara mudah dan selamat.
  • Pihak KWSP memohon kesabaran bagi pihak ahli sementara proses perubahan ini sedang dilaksanakan.
  • Ahli boleh merujuk maklumat lanjut yang bakal diumumkan dari saluran-saluran komunikasi rasmi oleh KWSP sendiri.
  • Ahli juga diminta agar berwaspada dan lebih berhati-hati dengan maklumat palsu dan tidak sahih. Kerajaan melarang penyebaran tanpa sebarang usul periksa bagi sesuatu informasi yang tidak berpandukan sumber-sumber tepat dan meyakinkan.

Pemansuhan syarat bagi kemudahan ahli

  • Pemansuhan syarat-syarat i-Sinar adalah bagi memudahkan ahli KWSP yang berumur kurang daripada 55 tahun.
  • Membolehkan ahli untuk membuat pengeluaran daripada simpanan akaun 1 yang tertakluk pada baki sedia ada.
  • Permohonan akan diluluskan secara automatik tidak lama lagi bagi setiap pemohon yang telah memohon i-Sinar mengikut kriteria semasa seperti di kategori 1 dan 2.

Jumlah pengeluaran serta jadual pembayaran

  • Jadual pembayaran bagi pengeluaran simpanan akaun 1 akan terus dikekalkan iaitu maksimum selama enam bulan seperti yang dinyatakan sebelum ini.
  • Pengeluaran sehingga 10 peratus daripada simpanan akaun 1 atau maksimum RM 60,000 bagi ahli yang mempunyai simpanan akaun 1 lebih dari RM 100,000.
  • Pengeluaran sehingga RM 10,000 bagi ahli yang mempunyai simpanan akaun 1 sebanyak RM 100,000 dan ke bawah.
  • Bayaran pertama sehingga RM 10,000 akan dibayar secara berperingkat dalam tempoh maksimum enam bulan.
  • Bayaran pertama sehingga RM 5,000 akan dibuat secara berperingkat dalam tempoh maksimum enam bulan.

“Perubahan dalaman sistem bagi i-Sinar Online memerlukan masa yang mencukupi bagi KWSP melaksanakan proses pembaharuan ini berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah atau sekatan.”

“Memerlukan perincian yang mendalam bagi perkara yang akan diumumkan oleh KWSP dalam masa terdekat. Dengan itu, pihak kerajaan meminta kerjasama ahli dan sangat menghargai kesabaran ahli sementara pembaharuan sistem sedang dijalankan.” Berikutan kata-kata Tengku Zafrul.

Ahli dinasihatkan agar tidak terpengaruh dengan mana-mana maklumat tidak sahih yang bertujuan untuk menipu dan mengelirukan. Sentiasa merujuk saluran-saluran komunikasi rasmi daripada KWSP dan sentiasa berwaspada.” Katanya lagi.

Berikut adalah kriteria kelayakan i-Sinar yang terbahagi kepada dua kategori ketika ini:

Pemansuhan Syarat Pengeluaran iSinar 2
Pemansuhan Syarat Pengeluaran iSinar

Kategori pertama

  • Ahli yang masih belum mencapai had kelayakan umur bagi pengeluaran simpanan akaun 1 iaitu pada umur 55 tahun.
  • Ahli yang sudah lama tidak mencarum seperti suri rumah, bekerja sendiri, dan bekerja di sektor ekonomi syarikat yang terjejas, diberi cuti tanpa gaji, dibuang kerja atau hilang sumber pendapatan.

Kategori kedua

  • Ahli yang masih belum mencapai had kelayakan umur 55 tahun bagi pengeluaran simpanan akaun 1.
  • Ahli yang mengalami pengurangan pendapatan sebanyak 30 peratus keatas iaitu mengikut jumlah gaji bulanan, elaun kemudahan, kedatangan atau makanan serta elaun kerja lebih masa sejak 1 Mac 2020 iaitu di awal gelombang covid19.

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Sir Mohd Afizi
Sir Mohd Afizihttps://www.sistemguruonline.my/
Fulltime Writer at Sistem Guru Online. "There are two days in the year that we can't do anything, yesterday and tomorrow!"

Anda Mungkin Meminati