
APA ITU SKIM JAMINAN PRIHATIN DANAJAMIN
Sertai ADAM (Akademi Pendidikan Malaysia)
Semasa perbentangan PENJANA, kerajaan telah mengumumkan mengenai SKIM JAMINAN PRIHATIN DANAJAMIN, atau SJPD yang mempunyai peruntukkan sebanyak 50 bilion ringgit.
Tujuan SJPD ini adalah untuk menyokong sektor swasta supaya terus berkembang dengan baik dan merancakkan lagi ekonomi negara.

Kini, dalam perutusan khas PERMAI, kerajaan telah mengumumkan penambahbaikan bagi skim ini. Antara langkahnya adalah :
- Kerajaan bersetuju untuk menaikkan pembiayaan maksimum dari 500 juta kepada 1 bilion ringgit.
- Kerajaan turut memperluaskan skop pembiayaan kepada perbelanjaan modal , tempoh jaminan diberikan sehingga 10 tahun.
- Setelah meneliti perkembangan semasa, kerajaan juga turut memberi kebenaran kepada syarikat milik asing yang beroperasi di Malaysia untuk mendapatkan jaminan SJPD tertakluk kepada syarat, jumlah pekerja tempatan di syarikat mereka haruslah sekurang-kurangnya 75 peratus.
Kerajaan berharap dengan penambahbaikan skim ini akan dapat membantu menjana semula pertumbuhan sector swasta dan membantu mengekalkan kedudukan Malaysia sebagai negara pilihan untuk pelaburan.