Peruntukkan sebanyak 300 juta ringgit telah ditetapkan oleh kerajaan untuk membantu golongan usahawan dan perniagaan dalam menjana pendapatan melalui jualan dalam talian atau online.
Memandangkan kita terpaksa meneruskan kehidupan dalam norma baharu, kerajaan amat menggalakkan masyarakat sama ada penjual mahupun pembeli untuk menggunakan platform e-dagang.
PELAKSANAAN KEMPEN E-DAGANG BAGI MENYOKONG DAN MERANCAKKAN PERNIAGAAN ONLINE
Kerajaan akan mempercepatkan pelaksanaan kempen yang berkaitan seperti Kempen E-Dagang PKS, PKS Mikro dan Kempen Shop Malaysia Online bagi memudahkan lagi para usahawan untuk memantapkan penjualan dan memberi kemudahan kepada pembeli dengan hanya membuat pesanan dan pembelian secara atas talian.
Dengan kewujudan kempen-kempen ini, usahawan mikro akan diberi bimbingan perniagaan serta pembeli juga akan turut menikmati penjimatan melalui sesi jual beli secara online ini.