Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Jadual Pinjaman Peribadi Bank Muamalat Serta Penerangan Jenis Pinjaman Peribadi Bank Muamalat

Jadual Pinjaman Peribadi Bank Muamalat Serta Penerangan Jenis Pinjaman Peribadi Bank Muamalat
Jadual Pinjaman Peribadi Bank Muamalat Serta Penerangan Jenis Pinjaman Peribadi Bank Muamalat 4

Banyak bank yang menawarkan pelbagai pinjaman untuk kegunaan rakyat Malaysia. Ramai juga yang merujuk jadual pinjaman peribadi Bank Muamalat yang merupakan satu jadual yang penting bagi mengetahui maklumat lanjut dan lengkap berkenaan pembayaran pinjaman peribadi yang disediakan oleh Bank Muamalat.

Jadual Pinjaman Peribadi Bank Muamalat Serta Penerangan Jenis Pinjaman Peribadi Bank Muamalat

Pinjaman peribadi merupakan pilihan yang popular di kalangan penduduk Malaysia bagi menangani cabaran kewangan mereka. Mengenai pinjaman, masih terdapat ketidakpastian tentang tempat dan cara yang terbaik bagi memohon pinjaman peribadi yang selamat dan sesuai dengan keperluan mereka.

Kali ini kita akan menghurai jenis pinjaman peribadi Bank Muamalat berserta jadual pinjaman peribadi bank muamalat.

Jenis Pinjaman Peribadi Bank Muamalat Malaysia Berhad

Bank Muamalat Malaysia Berhad merupakan konsep bank Islam yang menawarkan pelbagai produk dan perkhidmatan kewangan yang menepati prinsip-prinsip syariah. Ia dikenali sebagai pilihan utama bagi mereka yang mencari pembiayaan peribadi yang sejajar dengan nilai-nilai Islam.

Bank Muamalat Malaysia Berhad menawarkan beberapa jenis pembiayaan peribadi kepada pelanggan mereka, seperti dibawah:

  1. Cash-i Muamalat (Bagi kakitangan Kerajaan, GLC, GLIC & Majikan di bawah Program Empanelment-EEP)
  2. Cash-i Muamalat Pro (Program Profesional)
  3. Collateralized Personal Financing-i Program
  4. Cash-i Muamalat Premier
  5. Cash-i Muamalat Premier Plus

Bagi jenis pembiayaan peribadi ini menawarkan produk yang serupa kepada pelanggan mereka dan dikendalikan berdasarkan Konsep Syariah seperti Tawarruq, Murabahah, Wakalah, Wa’d, dan Bai’ Wadhi’ah. Ikuti penerangan konsep syariah dibawah.

Penerangan Jenis Pinjaman Peribadi Bank Muamalat

Berikut adalah merupakan beberapa perkara menngenai jenis pinjaman peribadi bank Muamalat:

1. Konsep Syariah yang Digunakan

  • Produk yang distrukturkan di bawah konsep Tawarruq dan menggunakan gabungan kontrak Syariah termasuk Murabahah, Wakalah, dan digabungkan dengan janji yang mengikat di bawah konsep Wa’d Mulzim.
  • Pelanggan boleh mohon pembiayaan peribadi daripada pihak Bank dengan membuat satu janji yang mengikat (Wa’d Mulzim) bagi permintaan aset bagi membeli komoditi-komoditi patuh Syariah (“Komoditi”) seperti minyak sawit mentah (“MSM”), resin plastik-polyethylene (“PE”) atau olein sawit RBD (“OLN”) atau lain-lain komoditi yang diluluskan oleh Jawatankuasa Shariah daripada pihak Bank pada Harga Jualan.

2. Butiran Pembiayaan Peribadi Muamalat-i (Tawarruq)

Berikut adalah merupakan beberapa penerangan berkenaan Tawarruq:

  • Konsep Syariah: Tawarruq terdiri daripada dua kontrak jual beli di mana yang pertama melibatkan penjualan aset oleh penjual kepada pembeli secara tertunda. Selepas itu, pembeli jualan pertama akan menjual aset yang sama kepada pihak ketiga secara tunai.
  • Struktur Produk: Pembiayaan Peribadi Muamalat-i (Tawarruq) adalah kemudahan pembiayaan yang direka bentuk bagi menyediakan pembiayaan tunai kepada pelanggan bagi kegunaan/ kegunaan peribadi yang tidak bercanggah dengan prinsip Syariah. Struktur pembiayaan di bawah pengaturan Tawarruq melibatkan gabungan kontrak Wa’d Mulzim, Murabahah, Wakalah, dan Bai’ Wadhi’ah.

Dengan pemahaman yang mendalam berkenaan konsep Syariah yang digunakan dan butiran penting mengenai pembiayaan peribadi Bank Muamalat, pelanggan boleh membuat keputusan kewangan yang lebih bijak dan sesuai dengan prinsip-prinsip Syariah.

Jadual Pinjaman Peribadi Bank Muamalat

Berikut adalah merupakan senarai paparan jadual pinjaman peribadi Bank Muamalat yang boleh dijadikan sebagai rujukan.

Jadual Pinjaman Peribadi Bank Muamalat Cash-i Muamalat Melalui Potongan Angkasa

jadual pinjaman peribadi bank muamalat cash-i muamalat melalui potongan angkasa
Jadual Pinjaman Peribadi Bank Muamalat Serta Penerangan Jenis Pinjaman Peribadi Bank Muamalat 5

Jadual Pinjaman Peribadi Bank Muamalat Cash-i Professional Untuk Skor Kredit – Sangat Baik

jadual pinjaman peribadi bank muamalat cash-i professional untuk skor kredit - sangat baik
Jadual Pinjaman Peribadi Bank Muamalat Serta Penerangan Jenis Pinjaman Peribadi Bank Muamalat 6

Syarat Kelayakan Permohonan Pinjaman Peribadi

Bank Muamalat telah menetapkan syarat-syarat kelayakan bagi pemohon pinjaman peribadi mereka. Antara syarat-syarat tersebut termasuk:

  1. Umur minimum 18 tahun
  2. Umur sehingga 60 tahun atau sehingga umur persaraan (yang mana lebih awal)
  3. Warganegara Malaysia
  4. Pendapatan minimum RM3,000 (gaji + elaun tetap)
  5. Memiliki pekerjaan tetap seperti kakitangan kerajaan atau syarikat yang disenaraikan oleh Bank Muamalat

Dokumen Yang Diperlukan Bagi Permohonan

Dokumen yang diperlukan bagi permohonan pinjaman peribadi termasuk:

  • Kad Pengenalan
  • Slip Gaji 3 Bulan Terkini
  • Penyata Bank 3 Bulan Terkini yang Menunjukkan Pengkreditan Gaji
  • Surat Pengesahan Pekerjaan (ECL) atau HRMIS (khusus bagi kakitangan kerajaan)
  • Dokumen sokongan pendapatan lain (jika diperlukan)

Cara Memohon Pinjaman Peribadi Bank Muamalat

Permohonan pinjaman peribadi boleh dilakukan di cawangan Bank Muamalat Malaysia Berhad atau secara dalam talian boleh rujuk laman web Bank Muamalat. Proses permohonan akan melibatkan penilaian kredit dan kelulusan.

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Cikgu Ahmad
Cikgu Ahmad
"It always seems impossible until it's done."

Anda Mungkin Meminati