Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

SUBSIDI PENJAGAAN ANAK DI BAWAH KONSEP PENJANA 2020

SUBSIDI PENJAGAAN ANAK

Subsidi penjagaan anak baik untuk rakyat Malaysia. Bermula awal pandemik, banyak perkara yang memerlukan perubahan. Norma baharu bukan sahaja diamalkan di pejabat atau di tempat-tempat awam, tetapi juga di pusat penjagaan kanak-kanak yang memerlukan lebih banyak pemerhatian kerana kanak-kanak mudah terdedah kepada risiko dijangkiti virus yang merbahaya ini.

SUBSIDI PENJAGAAN ANAK DI BAWAH KONSEP PENJANA

subsidi penjagaan anak

Bagi meringankan beban ibu bapa yang bekerja ketika PKPB, kerajaan memutuskan untuk memberi subsidi perbelanjaan penjagaan anak. Pemberian ini akan memanfaatkan 8,000 pengendali taska, 5,000 isi rumah dan 10,000 penjaga kanak-kanak baharu. Dengan peruntukan sebanyak Rm200 juta, pemberian subsidi ini dijadualkan bermula Jun 2020

SUBSIDI DAN INSENTIF PERBELANJAAN PERKHIDMATAN PENJAGAAN ANAK :

  • e-Baucar bernilai Rm800 untuk mendapatkan perkhidmatan pengasuh mobil. (Boleh dituntut sehingga penghujung Ogos 2020 sahaja)
  • menaikkan had pelepasan cukai pendapatan individu untuk yuran yang dibayar kepada pusat asuhan dan taman didikan kanak-kanak. Dari Rm2,000 kepada Rm3,000 bagi tahun taskiran 2020 dan 2021
subsidi penjagaan anak

INSENTIF MENGGALAKKAN PUSAT ASUHAN MENGAMALKAN NORMA BAHARU :

  • geran secara one-off sehingga Rm5,000 kepada pengendali taska yang berdaftar di bawah KPWKM sehingga 31 Disember 2020 untuk memenuhi SOP
  • insentif untuk melatih pengasuh baharu bagi penjagaan kanak-kanak dan kursus pendidikan awal kanak-kanak di KPWKM

untuk maklumat lanjut anda boleh layari laman web.

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Sir Mohd Afizi
Sir Mohd Afizihttps://www.sistemguruonline.my/
Fulltime Writer at Sistem Guru Online. "There are two days in the year that we can't do anything, yesterday and tomorrow!"

Anda Mungkin Meminati