Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Cara Renew SSM Online Dengan 5 Langkah Mudah

cara renew ssm online

Penting untuk mengetahui cara renew ssm online yang betul bagi memastikan kita dapat menggunakan SSM perniagaan kita dari semasa ke semasa. Kegagalan untuk renew SSM online akan menyebabkan kita terhalang dalam membuat apa-apa urusan melibatkan perniagaan.

Perlu untuk anda, pemilik sijil SSM untuk berbuat demikian ini adalah kerana mengikut undang-undang seorang yang gagal mendaftar dan menggunakan sijil SSM tamat tempoh boleh dikenakan denda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjara tidak melebihi dua tahu atau keduanya sekali.

Kegunaan Renew SSM Online Untuk Memudahkan Urusan Pengguna

Apakah itu SSM?

apakah itu ssm cara renew ssm online

Suruhanjaya Syarikat Malaysia atau dikenali sebagai ‘SSM’ ialah sebuah badan berkanun yang telah diwujudkan hasil penggabungan Pejabat Pendaftar Syarikat(ROC) dan Pejabat Pendaftar Perniagaan(ROB).

SSM bertanggungjawab dalam menguruskan hal ehwal pendaftaran perniagaan serta perundangan korporat melalui aktiviti penguatkuasaan dan juga pemantauan yang menyeluruh bagi memastikan perkembangan positif di dalam sektor korporat dan perniagaan negara Malaysia.

Pihak SSM telah menetapkan bahawa peniaga adalah wajib untuk mendaftarkan sijil SSM yang mana ianya tidak tertakluk kepada perniagaan fizikal sahaja malah perniagaan online perlu mempunyai SSM.

Kepentingan Daftar Sijil SSM

Mungkin para peniaga tertanya-tanya apakah kepentingan dan kelebihan daftar dan renew SSM online yang telah ditetapkan oleh pihak SSM? Sebenarnya terdapat beberapa kelebihan dan kepentingan kepada pemilik sijil SSM tersendiri yang mana kewajipan ini adalah untuk memastikan perniagaan yang dilakukan di Malaysia mengikuti peraturan dan perundangan yang mana ia akan mewujudkan kesan positif kepada ekonomi.

Berikut adalah 4 kepentingan dan kelebihan daftar SSM:

  • Daftar SSM Untuk perniagaan diiktiraf. Sekiranya anda berjaya mendaftar SSM maka perniagaan anda adalah diiktiraf sebagai perniagaan yang sah di sisi undang-undang mengikut akta pendaftaran perniagaan 1956.
  • Memastikan perniagaan dilakukan adalah selamat. Dengan mengikuti sistem perundangan SSM akan membantu anda untuk mempunyai perniagaan yang lebih dipercayai dan selamat apabila melibatkan penjualan alat atau secara fizikal.
  • Layak membuka akaun bank semasa. Dengan adanya sijil SSM ada adalah layak untuk membuka akaun semasa di mana-mana akaun bank berdaftar dalam Malaysia.
  • Layak menerima skim bantuan perniagaan dan juga pinjaman. Banyak kelebihan yang anda bakal dapat sekiranya anda mempunyai SSM yang berdaftar secara sah ini adalah kerana kerajaan akan membantu perniagaan anda dengan memberi beberapa insentif seperti perlindungan insuran, kemudahan kredit, kursus dan latihan, faedah baik pulih premis perniagaan dan juga lain-lain yang mendatangkan manfaat.

Panduan dan Maklumat Renew SSM Online Terkini

Cara Renew SSM Online Dengan Beberapa Langkah

cara renew ssm online

Apabila anda dapati sijil SSM anda telah tamat tempoh dan anda perlu renew SSM online terdapat beberapa cara yang mudah dan segera anda boleh lakukan dan dalam masa yang sama ia juga dapat menjimatkan masa anda.

Pihak SSM sentiasa mencari kemudahan memberi inisiatif kepada pengguna mereka. Terdapat cara renew SSM online yang anda boleh lakukan dengan beberapa langkah sahaja dan hanya mengambil beberapa minit.

Berikut adalah cara renew SSM online yang mudah:

  1. Sila layari laman web rasmi EZBIZ di bawah SSM. Pastikan anda memastikan laman tersebut adalah sah dan rasmi kerana terdapatnya laporan mengenai laman web palsu dan tidak rasmi. Klik sahaja pautan yang kami.
  2. Paparan login akan muncul dan anda boleh menggunakan ID dan kata laluan untuk memasuki akaun SSM anda.
  3. Anda boleh klik pada bahagian “My Business Service” dan juga pilih “Renewal By Owners”.
  4. Kemudian klik pada ikon action bagi meneruskan proses pembaharuan lesen SSM anda.
  5. Anda diminta untuk menyemak maklumat perniagaan dan lengkapkan borang pembaharuan pendaftaran perniagaan online itu “Borang A1”.
  6. Sila pilih tempoh pembaharuan perniagaan yang anda inginkan di antara 1 tahun sehingga 5 tahun.
  7. Kemudian anda diminta untuk membuat pembayaran mengikut transaksi yang tersedia seperti kad debit kad kad kredit perbankan Islam atau boleh juga pembayaran di kaunter.
  8. Kebiasaannya perakuan pendaftaran perniagaan anda boleh perolehi dalam masa 15 minit selepas anda menyelesaikan transaksi pembayaran.

Selepas selesai mengikuti langkah-langkah tersebut, anda berjaya memperbaharui lesen perniagaan SSM anda. Dengan itu anda boleh meneruskan perniagaan anda yang sah di sisi undang-undang.

Kesan Jika Tidak Memperbaharui Lesen SSM

Bagi peniaga yang gagal memperbaharui lesen SSM akan mempunyai kesan buruk yang bakal dihadapi. Renew lesen SSM online adalah penting kerana ianya adalah merupakan cara utama untuk membuat perniagaan yang sah dan diiktiraf di dalam negara Malaysia.

Berikut adalah kesan jika tidak memperbaharui lesen SSM:

  • Perniagaan akan menjadi tidak sah secara automatik jika pemilik perniagaan gagal dalam memperbaharui lesen SSM selepas 12 bulan dari tarikh tamat tempoh.
  • Peniaga akan dikenakan kompaun jika lewat untuk memperbaharui lesen SSM dan bayaran kompaun yang akan digunakan adalah seperti berikut:
    • Lewat 1 bulan – RM20
    • Bulan seterusnya – Tambah RM10
    • Lewat 12 bulan (setahun) – RM130
  • Bakal dikenakan tindakan undang-undang kesalahan di bawah peruntukan akta pendaftaran perniagaan 1956 yang mana pesalah akan dikenakan denda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali.

Dengan penyenaraian kesan kesan gagal renew SSM online para pengguna perlu cakna dan berusaha mengelakkan diri daripada dikenakan tindakan undang-undang.

2 KOMEN

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Cikgu Ahmad
Cikgu Ahmad
"It always seems impossible until it's done."

Anda Mungkin Meminati