Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Sumbangan RM480 Dari KWSP : Bela Nasib Rakyat Melalui Skim I-Suri l Permohonan Kini Dibuka

Sumbangan RM480
Sumbangan RM480

 Sumbangan RM480 Dari KWSP : Bela Nasib Rakyat Melalui Skim I-Suri l Permohonan Kini Dibuka. Saban hari negara kita kini dilanda berbagai ujian dan kekangan dari segi pelbagai faktor. Antara faktor yang terkesan adalah berkait dengan pengurusan kewangan.

Sebenarnya, terdapat banyak bantuan dari segi kewangan yang diperkenalkan oleh kerajaan Malaysia. Bantuan juga diperkenalkan menerusi Kementerian, Jabatan dan Agensi Kerajaan yang mempunyai peruntukan khas kepada rakyat Malaysia.

  • Makluman :Bantuan Keluarga Malaysia Bakal Disalurkan Bulan September Ini Bagi Fasa 3 – Kemaskini Maklumat BKM Anda Segera – Kemaskini Disini –

Bagi mengetahui maklumat lanjut berkenaan bantuan yang diperkenalkan oleh kerajaan Malaysia, anda boleh ikuti maklumat dengan merujuk dibawah.

 Sumbangan RM480 Dari KWSP : Bela Nasib Rakyat Melalui Skim I-Suri l Permohonan Kini Dibuka

Mohon Sumbangan RM480 Dari KWSP

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja(KWSP) mempunyai satu skim yang mana ia menyediakan bantuan dari segi kewangan sejumlah RM480 melalui isian skim.

Skim itu dikenali sebagai Skim I-Suri yang diperkenalkan oleh KWSP dalam usaha membela nasib wanita diluar sana.

Apakah Itu Skim I-Suri Yang Diperkenalkan Oleh KWSP?

Skim I-Suri merupakan satu program yang melibatkan pelbagai usaha sama antara Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat(KPWKM),(JPM) Dan Kementerian Kewangan Malaysia(MOF).

Skim I-Suri mula dilancarkan pada 8 Ogos 2018, ia mula digerakkan bermula 15 Ogos 2018 dibawah seliaan KWSP. Skim ini berfokuskan kepada golongan rakyat dalam usaha memupuk rakyat agar menabung bagi kegunaan penting seperti pada hari tua atau ketika kesusahan melanda. Golongan yang difokuskan adalah tergolong dari golongan wanita.

Bagaimanakah Skim I-Suri Membela Nasib Wanita Di Luar Sana?

Untuk pengetahuan semua, Skim I-Suri ini berfungsi sebagai ” Backup” kepada para wanita khusus kepada wanita yang sudah berumahtangga atau dikenali sebagai suri rumah.

Pentingnya Skim ini kepada golongan tersebut adalah ia boleh bertindak sebagai perlindungan dari segi kewangan.

Keisitimewaan Skim I-Suri Kepada Wanita/Suri Rumah

Skim I-Suri mempunyai keistimewaan dan faedahnya tersendiri. Berikut dinyatakan mengenai kelebihan I-Suri KWSP yang akan diberi kepada pencarum Skim:

  1. Bakal menerima bantuan kerajaan RM200 pada tahun pertama, dan bakal peroleh RM480 sekali setahun.
  2. Pencarum boleh meletakkan apa-apa amaun ke dalam akaun pada bila-bila masa dan mengikut kemampuan sendiri. Selain itu, khas kepada pencarum skim anda boleh mengeluarkan wang mengikut penetapan pihak KWSP.
  3. Pencarum skim bakal menerima dividen setiap tahun dari KWSP.
  4. Ada disediakan bantuan kematian yang berjumlah sehingga RM2,500.
  5. Jika apa-apa kemalangan  berlaku hingga hilang upaya, pencarum bakal menerima bantuan khas hilang upaya.

Permohonan bagi Skim I-suri kini dibuka secara atas talian (online), kepada bakal pencarum skim, anda boleh ikuti dibawah.

Permohonan Skim I-Suri Dari KWSP Bagi Tahun 2022

Siapakah Yang Boleh Mencarum Skim I-suri?

Untuk makluman, mereka yang layak mencarum adalah seorang Suami kepada pasangan dan boleh juga untuk isteri sendiri yang mencarum.

Apakah Syarat Yang Ditetapkan Bagi Mencarum Skim I-Suri?

Di bawah disenaraikan syarat-syarat bagi kelayakan untuk mencarum Skim I-Suri KWSP:

  • Mestilah warganegara Malaysia
  • Pencarum berumur bawah 60 tahun
  • Pencarum merupakan suri rumah yang telah berdaftar dalam pangkalan data e-kasih
  • Merupakan seorang isteri kepada pasangan
  • Pencarum hendaklah mencarum sekurang-kurangnya RM5 sebulan atau sejumlah RM60 setahun ke dalam akaun KWSP.

Nota : Suri rumah dibenarkan untuk memilih satu sahaja skim dalam satu masa.

Cara Permohonan Skim I-Suri Untuk Dapatkan Bantuan RM480 Setahuan

Pendaftaran Skim I-Suri hendaklah berdasarkan mereka yang sudah disenaraikan dalam senarah eKasih.

Makluman kepada semua, pendaftaran dan permohonan bagi Skim I-Suri boleh dibuat dimana-mana kaunter KWSP seluruh Malaysia yang berdekatan anda.

Kepada bakal pencarum, anda boleh membuat pendaftaran dahulu bagi Skim dengan menyediakan lampiran dokumen yang diminta seperti dibawah:

  1. Salinan Kad Pengenalan
  2. Isian Borang Skim I-Suri – KWSP 16G (M) (Pendaftaran kali pertama sahaja)
  3. Isian Borang Skim I-Suri – KWSP 6A (2) (Semasa pembayaran)

Bagi mereka yang mempunyai pertanyaan, anda boleh merujuk talian dan maklumat dibawah:

SKIM I-SURI KWSP

Telefon : 03 – 8922 6000

Faks :03 – 8922 6222

Skim I-Suri Cakna Dan Bela Nasib Wanita Yang Terjejas

Rakyat Malaysia yang belum mengetahui bantuan skim ini, anda boleh sebarkan kepada mereka yang belum tahu dan layak untuk membuat permohonan. Skim yang diperkenalkan bakal membantu jutaan suri rumah di dalam negara Malaysia. Sertai telegram bantuan kerajaan dibawah:

telegram us

Cikgu Ahmad
Cikgu Ahmad
"It always seems impossible until it's done."

Anda Mungkin Meminati