
Join WhatsApp Group Info SGO
KERJA FLEKSIBEL? Kesan dari pandemic, rakyat bukan sahaja terjejas dari segi ekonomi, bahkan juga terpaksa hidup dengan norma baharu. Objektif insentif ini adalah untuk menggalakkan pengaturan kerja dari rumah dengan menyediakan bantuan kepada majikan dan pekerja.
INSENTIF PENGATURAN KERJA FLEKSIBEL

Sebagai langkah untuk menggalakkan amalan pekerjaan selaras dengan norma baharu, kerajaan akan memberi insentif percukaian seperti berikut :
- Potongan cukai tambahan akan diberikan ke atas perbelanjaan yang layak kepada majikan yang melaksanakan/membuat penambahbaikan pengaturan kerja fleksibel sedia ada bermula 1 Julai 2020
- Pekerja yang menerima manfaat dalam bentuk telefon bimbit, tablet dan computer riba daripada majikan akan menerima pengecualian cukai pendapatan sehingga Rm5000
- Bagi pembelian telefon bimbit, computer dan tablet mulai 1 Jun 2020 akan mendapatkan pelepasan khas cukai pendapatan sehingga Rm2500

PERKESO akan melindungi pekerja yang ditimpa kemalangan semasa menjalankan pekerjaan di rumah bawah Skim Bencana Kerja.