Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

SPiM SKIM PEMBIAYAAN MUDAH JAYA (MARA) TAHUN 2021

SPiM SKIM PEMBIAYAAN MUDAH JAYA
SPiM SKIM PEMBIAYAAN MUDAH JAYA

SPiM SKIM PEMBIAYAAN MUDAH JAYA diwujudkan sebagai kemudahan pembiayaan kepada Usahawan Bumiputera dengan tujuan untuk meningkatkan perniagaan. Bagi usahawan yang merancang untuk mengembangkan lagi perniagaan, anda boleh menyemak kelayakan anda seperti di bawah :

SEMAKAN KELAYAKAN SPiM SKIM PEMBIAYAAN MUDAH JAYA

  1. Pertama kali memohon pembiayaan MARA
  2. Warganegara Malaysia
  3. Bertaraf bumiputera
  4. Berumur 18 hingga 60 tahun
  5. Mempunyai pengetahuan dan pengalaman dalam perniagaan yang dijalankan
  6. Memiliki permit,lessen dan surat kebenaran dari pihak yang berkuasa untuk operasi perniagaan
  7. Mempunyai 10% modal sendiri daripada kos keseluruhan projek
  8. Wajib melibatkan diri sepenuh masa dengan perniagaan yang dijalankan
  9. Perniagaan telah beroperasi lebih dari 6 bulan
  10. Lulus ujian Psikometrik dengan markah 55% ke atas
  11. Bebas dari senarai hitam MARA
  12. Menjalankan perniagaan yang patuh syariah.
cagaran tanah

Untuk memohon pembiayaan ini, anda perlu menyediakan cagaran tanah atau penjamin. Nilai Paksa Jualan Tanah Forced Sale Value mestilah sekurang-kurangnya 10% daripada pembiayaan. Mempunyai seorang penjamin atau lebih dengan pendapatan bulanan tidak kurang 3% daripada jumlah pembiayaan dan boleh menggabungkan cagaran tanah bersama penjamin.

Tempoh pembayaran semula pembiayaan adalah bermula 4 hingga ke 10 tahun bersamaan 48 hingga 120 bulan tertakluk kepada jumlah pembiayaan. Had pembiayaan yang dibenarkan adalah Rm250,000 untuk syarikat milikan tunggal atau perkongsian dan RM500,000 untuk syarikat sendirian berhad dengan kadar keuntungan sebanyak 4%.

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut atau tatacara memohon boleh kunjungi atau menghubungi pejabat MARA berhampiran anda.

call me

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Sir Mohd Afizi
Sir Mohd Afizihttps://www.sistemguruonline.my/
Fulltime Writer at Sistem Guru Online. "There are two days in the year that we can't do anything, yesterday and tomorrow!"

Anda Mungkin Meminati