Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

SKIM PEMBIAYAAN TEKNIKAL PUTEK TAHUN 2021

SKIM PEMBIAYAAN TEKNIKAL PUTEK
SKIM PEMBIAYAAN TEKNIKAL PUTEK

SKIM PEMBIAYAAN TEKNIKAL PUTEK adalah skim yang diwujudkan untuk membantu usahawan yang baru dalam bidang teknikal. Aktiviti keusahawanan ini adalah berdasarkan kepada kemahiran yang dimiliki oleh usahawan tersebut.

Mereka akan dibantu dalam usaha membina asas atau tapak perniagaan dalam tempoh masa tertentu sehinggalah mereka mampu berdikari dan menguruskan perniagaan mereka sendiri.

Skim ini mensasarkan golongan lepasan IPMa dan mereka yang berjaya menamatkan pengajian dalam bidang teknikal dari mana-mana institusi swasta mahupun kerajaan.

Skom pembiayaan skim ini adalah dengan memberikan bantuan peralatan seperti mesin dan sebagainya serta modal pusingan dengan had pembiayaan minimum RM3,000 hingga maksimum Rm500,000 selama tempoh pembayaran maksima 5 tahun tertakluk kepada jumlah pembiayaan.

Skim ini turut mengamalkan konsep Qardhul Hasan iaitu 0% kadar keuntungan dan ia juga tidak memerlukan cagaran atau penjamin.

SEMAKAN KELAYAKAN ANDA BAGI SKIM PEMBIAYAAN TEKNIKAL PUTEK

  1. Warganegara Malaysia
  2. Bertaraf bumiputera
  3. Berumur 18 hingga 60 tahun
  4. Lepasan IPMa atau Ijazah/Diploma/SKM daripada insititusi teknikal kerajaan/swasta
  5. Mempunyai pengalaman dan pengetahuan dalam bidang yang dijalankan
  6. Mempunyai premis atau tapak niaga/bengkel
  7. Memiliki lessen,permit dan surat kebenaran yang sah
  8. Wajib melibatkan diri sepenuh masa dengan perniagaan
  9. Perniagaan telah beroperasi lebih dari 6 bulan dan tidak melebihi 5 tahun
  10. Patuh syariah
  11. Bebas dari senarai hitam MARA

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut atau tatacara memohon boleh kunjungi atau menghubungi pejabat MARA berhampiran anda.

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Sir Mohd Afizi
Sir Mohd Afizihttps://www.sistemguruonline.my/
Fulltime Writer at Sistem Guru Online. "There are two days in the year that we can't do anything, yesterday and tomorrow!"

Anda Mungkin Meminati