Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

MOBILEPRENEUR : FOODTRUCK (PROGRAM PEMBIAYAAN PERNIAGAAN) TAHUN 2021 YANG PERFECT

MOBILEPRENEUR
MOBILEPRENEUR

Ramai golongan belia kini suka menceburi pelbagai bidang perniagaan terutama sekali penyediaan makanan kerana perniagaan berkonsepkan makanan adalah lebih mudah untuk diuruskan dan ada ketika tidak memerlukan modal yang sangat besar.

Seiring dengan peningkatan kos sara hidup, kita juga dapat melihat pertumbuhan perniagaan makanan kecil-kecilan di kalangan belia. Ada yang mempunyai premis tetap, ada yang berniaga di tepi jalan dan ada juga yang membuat COD atau cash on delivery iaitu penghantaran makanan terus ke rumah pelanggan.

Sejajar dengan perkembangan perniagaan golongan belia, Skim Mobilepreneur di bawah kelolaan MARA diwujudkan. Berkonsepkan perniagaan penyediaan makanan versi Foodtruck, ini bertujuan menggalakkan lagi penyertaan golongan belia untuk menjadi usahawan bergerak atau lebih dikenali sebagai Mobilepreneur khususnya dalam perusahaan makanan.

SYARAT KELAYAKAN MOBILEPRENEUR

  1. Warganegara Malaysia
  2. Bertaraf bumiputera
  3. Berumur 18 hingga 60 tahun
  4. Berpengalaman dan berpengetahuan dalam perniagaan yang dijalankan
  5. Perniagaan telah beroperasi lebih 6 bulan
  6. Mempunyai lessen,permit dan surat kebenaran dari pihak berwajib
  7. Wajib melibatkan diri sepenuh masa dengan perniagaan
  8. Mendapat ujian psikometrik sekurang-kurangnya 55% ke atas
  9. Bebas dari senarai hitam MARA
  10. Menjalankan perniagaan yang patuh syariah
mara
MOBILEPRENEUR

Bagi mendapatkan bantuan pembiayaan dari skim ini, anda diperlukan untuk menyediakan cagaran atau penjamin seperti berikut :

  1. Gabungan cagaran tanah dan penjamin
  2. Seorang penjamin atau lebih yang berpendapatan tetap tidak kurang 3% daripada jumlah pembiayaan
  3. Nilai Paksa Jual Tanah Forced Sale Value sekurang-kurangnya 10% daripada jumlah permohonan

Had pembiayaan yang ditetapkan adalah Rm250,000.00 bagi syarikat milikan tunggal/perkongsian dan Rm500,000.00 bagi syarikat sendirian berhad dengan kadar keuntungan sebanyak 4% setahun. Tempoh bayaran balik yang diberikan adalah 4 hingga 10 tahun bersamaam 48 hingga 120 bulan tertakluk kepada jumlah pembiayaan yang dimohon.

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut atau tatacara memohon boleh kunjungi atau menghubungi pejabat MARA berhampiran anda.

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Sir Mohd Afizi
Sir Mohd Afizihttp://www.sistemguruonline.my/
Fulltime Writer at Sistem Guru Online. "There are two days in the year that we can't do anything, yesterday and tomorrow!"

Anda Mungkin Meminati