KEMPEN E DAGANG KEPADA PERUSAHAAN MIKRO DAN PKS
Bagi menggalakkan perniagaan PKS dan PKS Mikro membuat peralihan kepada platform e-dagang, kerajaan telah mewujudkan kempen ini. Ini secara langsung dapat membantu memperluaskan akses pasaran untuk produk-produk mereka.
Perniagaan PKS dan PKS Mikro akan beralih kepada digitalisasi perniagaan melalui program yang dibiayai bersama antara kerajaan dan platform e-dagang.
Platform yang terlibat akan menyediakan pelbagai kemudahan berikut kepada perusahaan yang layak :
- Latihan onboarding
- Subsidi jualan
- Khidmat sokongan jualan
Sebanyak Rm70 juta diperuntukkan untuk menjalankan kempen.
Pembekal makanan segar juga digalakkan untuk menyertai kempen ini supaya dapat meluaskan akses pasaran mereka.
“SHOP MALAYSIA ONLINE” BAGI PENGGUNAAN DALAM TALIAN
Program ini telah memanfaatkan PKS dan PKS Mikro yang sedia ada dalam talian dengan peruntukan sebanyak RM70 juta. Tujuan program ini adalah untuk menggalakkan perbelanjaan rakyat secara dalam talian menerusi penggunaan e-baucar.
Kerjasama kerajaan dengan penyedia platform e-dagang untuk membiayai bersama diskaun e-baucar untuk menggalakkan pembelian dalam talian untuk produk-produk peruncit tempatan.