Apa itu PAKEJ RANGSANGAN EKONOMI PRIHATIN dan bagaimana kita ingin membuat permohonan bantuan PENJANA ini? Mari kita pelajari lebih lanjut mengenai PENJANA ini.
APA ITU PENJANA
Ketika memerangi Covid19, perniagaan baik yang kecil mahupun besar, perniagaan mikro atau PKS, turut sama terkesan terutama ketika tempoh PKP dilaksanakan. Kebanyakkan sector ditutup selama hampir 2 bulan, ada perniagaan yang tidak dapat beroperasi dengan baik telah memberi kesan yang mendalam terhadap pendapatan dan sumber kewangan banyak pihak.
Kerajaan telah mengambil inisiatif di bawah Pakej Ransangan Ekonomi Prihatin untuk menyokong perniagaan melalui beberapa langkah bagi tujuan membantu mengekalkan pekerjaan serta meringankan bebanan aliran tunai.
terdapat 14 perkara yang dinyatakan dalam Pakej Rangsangan Ekonomi untuk meningkatkan semula perniagaan yang terjejas.
14 perkara : Melonjakkan Perniagaan
- Kempen e-Dagang kepada perusahaan mikro dan pks
- “Shop Malaysia Online” bagi penggunaan dalam talian
- Penggunaan Teknikal dan Digital bagi PKS dan Syarikat di
- Peringkat Pertengahan (MTC)
- Pusat Sehenti MyAssist SME
- Pembiayaan PKS PAKEJ RANGSANGAN EKONOMI PRIHATIN
- Pembiayaan Sektor Pelancongan PAKEJ RANGSANGAN EKONOMI PRIHATIN
- Pembiayaan Mikrokredit PENJANA
- Pembiayaan Mudah Bumiputera
- Skim SME-Go bagi Membantu Aliran Tunai PKS
- Mempercepat Pembayaran untuk Rangkaian Bekalan GLC dan Syarikat Korporat
- Potongan Cukai untuk Perbelanjaan berkaitan COVID-19
- Sokongan untuk Meringankan Beban Kewangan Perniagaan
- Melonjakkan Perusahaan Sosial
- Memacu Penubuhan Perniagaan Baharu