Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Panduan Lulus Ujian PKSK & Teknik Jawab Temuduga Soalan PKSK untuk Kemasukan SBP, SMKA & MTD 2023/ 2024

Panduan Lulus Ujian PKSK Teknik Jawab Temuduga Soalan PKSK untuk Kemasukan SBP MRSM 2023 1
Panduan Lulus Ujian PKSK & Teknik Jawab Temuduga Soalan PKSK untuk Kemasukan SBP, SMKA & MTD 2023/ 2024 10

Hari ini sudah masuk penghujung bulan 9, ini bermaksud tinggal beberapa hari sahaja lagi ujian PKSK akan diadakan secara besar-besaran di seluruh Malaysia. Bukan sahaja ibubapa, bahkan kami sendiri merasai kehangatan PKSK jadi disini kami ingin membantu ibubapa dan para guru untuk memastikan murid kesayangan kita semua lulus di dalam ujian PKSK dan berjaya memasuki sekolah-sekolah khusus seperti SBP, SMKA & sebagainya.

Sebelum kita pergi jauh dan lebih terperinci mengenai pelbagai contoh soalan temuduga dan soalan ujian bertulis PKSK, apa kata kita kenali dahulu asas-asas PKSK ini.

PKSK Sebagai Pemilihan Kelayakan Murid ke Sekolah Khusus

Ujian Penilaian Khas Sekolah Rendah (PKSK) adalah ujian yang dijalankan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Ia bertujuan untuk menilai pencapaian pelajar sekolah rendah dalam mata pelajaran tertentu. Melalui PKSK, pihak KPM dapat menentukan murid dapat melanjutkan pelajaran ke sekolah khusus atau tidak.

  • Pemilihan murid tahun 6 ke tingkatan 1 di sekolah khusus.
  • Pemilihan murid tingkatan 3 ke tingkatan 4 di sekolah khusus.

Bagaimana pula sekolah khas? Apakah yang dimaksudkan dnegan sekolah khusus?

Maksud & Senarai Sekolah Khusus

Pasti ramai ibubapa yang ingin mengetahui apa yang dimaksudkan dengan sekolah khusus. Sekolah Khusus merangkumi pelbagai jenis institusi pendidikan, termasuk Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Maktab Rendah Sains Mara (MRSM), Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), Sekolah Menengah Teknik (SMT), Kolej Vokasional (KV), dan Maktab Tentera Diraja (MTD).

SENARAI SEKOLAH KHUSUS MENGIKUT KATEGORI
Sekolah Berasrama Penuh (SBP)
Maktab Rendah Sains MARA (MRSM)
Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA)
Sekolah Menengah Teknik (SMT)
Kolej Vokasional (KV)
Maktab Tentera Diraja (MTD)

Baik, untuk ujian PKSK ini, ianya khas untuk menentukan murid-murid tahun 6 layak atau tidak bagi menyambungkan pelajaran mereka ke tingkatan 1 di sekolah khusus seperti SBP, SMKA dan MTD.

Berbeza pula untuk ke MRSM, murid-murid diwajibkan untuk mendudukan ujian UKKM pula. Jadi jangan keliru!

UJIANKEMASUKAN
PKSKSBP, MTD & SMKA
UKKMMRSM
  • PKSK = Pentaksian Kemasukan ke Sekolah Khusus
  • UKKM = Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM

Garis Masa PKSK Tingkatan 1 Sesi 2024/ 2025

Untuk pengetahuan semua guru dan ibubapa, permohonan untuk menduduki PKSK bagi tahun ini untuk kemasukan 2024 sudah di tutup.

Berikut ialah timeline melibatkan PKSK yang telah diumumkan secara rasmi oleh KPM di dalam website rasmi Kementerian Pendidikan baru-baru ini.

TARIKHPERKARA
1 OGOS 2023Permohonan PKSK Tingkatan 1 dibuka
17 SEPTEMBER 2023Permohonan PKSK Tingkatan 1 ditutup
25 SEP – 27 OKTOBER 2023Semakan Pusat PKSK Tingkatan 1
16 – 27 OKTOBER 2023Pelaksanaan Pusat PKSK Tingkatan 1
1 MAC 2023Semakan Tawaran Tingkatan 1 Sesi 2024/25
18 MAC 2023Pendaftaran Tingkatan 1 Sesi 2024/25

Seperti yang dinyatakan didalam jadual diatas, tarikh permohonan menduduki PKSK sudah ditutup. Sekarang ibubapa dan murid semua boleh membuat semakan pusat menduduki ujian PKSK Tingkatan 1 melalui butang yang disediakan.

Data yang diperlukan untuk membuat semakan ialah :

  1. No. MyKid/MyKad Pemohon
  2. No. MyKad Penjaga Utama 

Kemudian selepas memasukkan data berikut pastikan anda menekan butang “Klik Untuk Semak”. Sebarang masalah yang dihadapi melibatkan semakan pusat PKSK, tujukan pertanyaan atau aduan anda terus ke emel berikut: 

[email protected]

Sekarang timbul pula isu, jika nama murid sudah berada di dalam senarai menduduki PKSK, apa pula yang perlu dibuat? Sudah pasti, pastikan anak-anak bersedia menghadapi ujian PKSK!

Bagaimana PKSK di Laksanakan dan Bagaimana Cara Menjawab Soalan PKSK?

Ya, masuk ke medan tempur mestilah bersedia dengan pelbagai strategi dan kelengkapan berperang. Begitu juga dengan anak-anak kita yang bakal menduduki ujian yang sangat penting buat mereka, kita sebagai ibubapa dan guru mestilah melengkapkan mereka dengan pelbagai latihan menjawab soalan contoh PKSK dan memastikan mereka faham struktur soalan yang bakal mereka jawab nanti.

Fahami Bentuk Soalan dan Struktur Ujian PKSK

Sekarang, ibubapa dan guru lebih suka mencari soalan-soalan contoh yang bakal ditanya di dalam PKSK. Ya, kami tidak nafikan ianya penting tetapi sepatutnya sebelum kita memberikan latihan kepada mereka kita dahulukan dulu dengan ilmu kefahaman tentang struktur ujian yang menyeluruh.

Jadual Pelaksanaan PKSK Mengikut Semakan Tarikh Masing-Masing

Baik, pertamanya ibubapa dan murid-murid semua perlu faham ujian ini dilaksanakan mengikut 3 sesi. Selepas menyemak nama anda perlu hadir sesi yang mana, pastikan ingat dan jangan membanding atau keliru dengan rakan-rakan lain. Mungkin rakan dari sekolah atau kelas anda berada di sesi yang berbeza.

Oleh sebab itu, sila kenalpasti dan tahu anda berada di sesi yang berapa.

  • Sesi 1
  • Sesi 2
  • Sesi 3

Jadual pelaksanaan untuk pendaftaran, artikulasi penulisan dan, pentaksiran PKSK adalah seperti berikut.

jadual pksk 3 sesi
Panduan Lulus Ujian PKSK & Teknik Jawab Temuduga Soalan PKSK untuk Kemasukan SBP, SMKA & MTD 2023/ 2024 11

Ingat, jangan keliru sesi anda dan rakan anda berbeza. Pastikan anda tahu dan ingat anda perlu berada di sesi yang mana.

Ujian PKSK Terbahagi Kepada 3 Bahagian

Baiklah seterusnya barulah kita fokus kepada ujian PKSK secara terperinci. Pertamanya anda perlu tahu bahawa ujian Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus melibatkan tiga bahagian iaitu bahagian A, B dan C.

  • Bahagian A: Kecerdasan Insaniah (20%)
  • Bahagian B: Kecerdasan Intelektual (70%)
  • Bahagian C: Artikulasi Penulisan (10%)
PENERANGAN UJIAN PKSK BAHAGIAN A
➤ Kecerdasan Insaniah
➤ Markah 20%
Pelajar akan dinilai berdasarkan soalan-soalan yang menguji aspek rohani, insaniah, dan emosi dalam diri mereka. Contoh soalan melibatkan Kecerdasan Insaniah (EQ, SQ, dan SSQ), dan pelajar perlu memilih jawapan yang PALING POSITIF bagi mendapatkan markah tinggi dalam PKSK.
➤ Untuk mengenal pasti karakter pelajar
➤ Soalan merangkumi EQ, SQ, dan SSQ
➤ Terdiri daripada 30 soalan objektif
Tiada jawapan betul atau salah
EQ – Emotional Intelligence: Kecerdasan Emosi: Ini merujuk kepada kecerdasan emosi, iaitu kemampuan individu untuk mengenali, menggunakan, memahami, dan menguruskan emosi dengan arah yang lebih positif.
SQ – Spiritual Quotient: Kecerdasan Rohani: Ini adalah penilaian terhadap kemampuan spiritual individu, termasuk kepercayaan agama, moral, dan akhlak.
SSQ – Social Skills Quotient: Kecerdasan Kemahiran Sosial: Ini adalah penilaian terhadap kemampuan individu untuk berurusan dengan kehidupan sehari-hari dan berinteraksi dengan orang lain.
Contoh Soalan Bahagian A
Soalan 1: Jika anda rindukan ibu bapa, apa yang patut anda lakukan?
Jawapan 1: Telefon, tulis surat, atau hantar mesej.
Soalan 2: Jika bola sepak mengenai tingkap, apa yang perlu anda lakukan?
Jawapan 2: Minta maaf dan mengaku kesilapan anda.
Soalan 3: Anda melihat seseorang bersin dengan kerap, tindakan apa yang patut anda ambil? Jawapan 3: Menjauh dan memakai topeng hidung dan mulut.

Selesai penerangan bahagian A. Ingat, jawapan di bahagian A tiada yang betul tiada yang salah. Ianya lebih kepada untuk mengenali peribadi murid dan menguji EQ, SQ dan SSQ murid itu sendiri. Hal ini kerana selain ingin memilih murid yang cemerlang dari segi akademik, pihak sekolah khusus memerlukan murid yang cemerland dalam peribadi dan sahsiah serta mempunyai tahap pengurusan diri dan emosi yang tinggi.

Relevan perkara ini kerana sekolah khusus memerlukan murid yang kuat emosi dan fizikal untuk mengurus diri sendiri di asrama yang jauh dari pelbagai kemudahan yang disediakan oleh ibubapa di rumah. Disini mereka perlu mengikut segala peraturan sekolah dan asrama serta bergaul baik dengan pelbagai ragam rakan-rakan.

PENERANGAN UJIAN PKSK BAHAGIAN B
➤ Kecerdasan Intelektual
➤ Markah 70%
➤ Murid diberikan tempoh 90 minit untuk menjawab sebahagian ini. Dalam sebahagian ini, penilaian akan mengambil kira pengetahuan umum, keupayaan menyelesaikan masalah, dan tahap kecerdasan intelektual pelajar. Ia adalah disyorkan agar murid merujuk semula buku teks dan buku rujukan bagi subjek Matematik, Sains, dan Bahasa Inggeris untuk tahun 4, tahun 5, dan tahun 6. Membuat lebih banyak soalan yang melibatkan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) juga digalakkan.
➤ Bagi mengukur tahap kognitif pelajar.
➤ Merangkumi penilaian IQ, pengetahuan am, dan keupayaan menyelesaikan masalah.
➤ Terdapat soalan-soalan Matematik dan Sains yang memerlukan jawapan kualitatif dan kuantitatif.
➤ Terdapat 10 soalan Bahasa Inggeris untuk menilai penguasaan dan pemahaman pelajar.
➤ Masa yang diberikan adalah selama 90 minit.
➤ Terdapat 70 soalan objektif dalam sebahagian ini.
IQ – Intellectual Quotient: Kecerdasan Intelek: Ini adalah penilaian terhadap kemampuan intelek, rasional, dan logik individu, termasuk kemampuan menyelesaikan masalah, terutamanya dalam matematik.
Contoh Soalan Bahagian B
Soalan 1: Labu Sayong berasal dari negeri mana?
Jawapan 1: Perak
Soalan 2: Namakan bapa modenisasi Malaysia.
Jawapan 2: Dr. Mahathir Mohamad
Soalan 3: Apa aktiviti yang terlibat dalam Le Tour De Langkawi?
Jawapan 3: Berbasikal
Soalan 4: Siapakah pengasas Apple?
Jawapan 4: Steve Jobs

Untuk bahagian B pula, disini murid akan diuji tahap IQ mereka dan soalan-soalan yang bakal ditanya boleh dikatakan berbentuk pengetahuan AM dan umum. Disini merupakan 1 kelebihan jika murid banyak membaca dan menelaah buku atau artikel-artikel umum sama ada di dalam dan luar negara.

Bahagian terakhir yang akan kami terangkan ialah bahagian C.

PENERANGAN UJIAN PKSK BAHAGIAN C
➤ Artikulasi Penulisan
➤ Markah 10%
➤ Bagi menguji pemikiran dan pandangan pelajar melalui penulisan karangan huraian.
➤ Pelajar dikehendaki memilih salah satu daripada 3 tajuk karangan Bahasa Melayu yang disediakan
➤ Untuk makluman, bagi soalan Artikulasi Penulisan PKSK, ia adalah ujian penulisan esei atau karangan dalam Bahasa Melayu. Calon digalakkan untuk berlatih menulis dalam Bahasa Melayu sebagai persediaan untuk menjawab ujian.
Contoh Soalan Bahagian C
➤ Apakah itu wabak COVID-19 dan bagaimana mengelakkan wabak tersebut?
➤ Ceritakan tentang pengalaman atau aktiviti anda semasa pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
➤ Tindakan atau langkah-langkah apa yang perlu anda ambil apabila melawat sesuatu tempat semasa tempoh Pemulihan PKP ini?
➤ Ceritakan tentang pengalaman pembelajaran dalam talian anda semasa tempoh PKP di mana sekolah ditutup.
➤ Adakah anda selesa dengan norma-norma baru COVID-19 dan bagaimana anda menyesuaikan diri dengan mereka?

Sekarang sudah jelas komponen-komponen soalan, bentuk soalan yang dibina serta bagaimana contoh-contoh soalan ujian yang akan ditanya. Jadi, soalan yang seterusnya ialah bagaimana kita mahu memastikan anak-anak murid kita menghadapi ujian PKSK ini dengan bersedia?

Tak apa, berikut kami sediakan dengan details pelbagai bahan yang boleh membantu anak-anak membuat persediaan menghadapi ujian besar mereka ini.

Contoh Soalan PKSK 2023 & Sumber Rujukan Terbaik Persediaan Hadapi Ujian

Baiklah, semua bahan ini memang berkualiti tinggi. Ramai ibubapa dan guru-guru telah dapatkan soalan-soalan dibawah ini kerana telah dibina dengan penuh teliti oleh penulis yang berpengalaman. Jadi, berikut pihak kami kongsikan.

RUJUKAN PILIHAN KAMI
sampleTP1726 01
LEDAKAN JELAJAH PKSK / UKKM – FOKUS SOALAN RAMALAN (14 DAN 15 OKTOBER 2023)
https://tpaper.my/2p9fjcu9
contoh soalan pksk
3 SET KERTAS KBAT PEMANTAPAN PKSK / UKKM MATEMATIK EDISI 2023-2024 DISEDIAKAN DAN DISUSUN OLEH CIKGU SHAHRIL
https://tpaper.my/2p8nm3nv
pecutan akhir pksk
PECUTAN AKHIR LATIH TUBI BAHAGIAN B BAHASA INGGERIS DISEDIAKAN OLEH SIR MARZA
https://tpaper.my/5aw7pxap
latihan persediaan pksk
2 SET PERSEDIAAN PENTAKSIRAN KEMASUKAN SEKOLAH KHUSUS EDISI 2023-2024 DISEDIAKAN OLEH PENULIS CIKGU YU HAO PING
https://tpaper.my/ykaassp6
persediaan pksk
MODUL LATIHAN PERSEDIAAN UJIAN – 200 SOALAN PENGETAHUN AM UNTUK KE TINGKATAN 1 DISEDIAKAN OLEH SL LEARNING
https://tpaper.my/3kerafa2
PECUTAN AKHIR LATIH TUBI PKSK SOALAN KBAT BAHASA INGGERIS VOL 2
PECUTAN AKHIR LATIH TUBI SOALAN KBAT BAHASA INGGERIS VOL 2
https://tpaper.my/2p8fxb83
140 SOALAN PERSEDIAAN AKHIR PKSK BAHAGIAN B - KECERDASAN INTELEK (BAHASA INGGERIS)
140 SOALAN PERSEDIAAN AKHIR BAHAGIAN B – KECERDASAN INTELEK (BAHASA INGGERIS)
https://tpaper.my/ypbekbuh

FAQs Ujian Penilaian Khas Sekolah Rendah

Adakah ujian PKSK & UKKM sama?

Tidak! Ujian PKSK adalah untuk ujian untuk melayakkan murid ke sekolah khusus seperti SBP, SMKA & MTD manakala UKKM pula ujian untuk murid yang berminat ke MRSM.

Adakah SBP lebih baik berbanding MRSM?

Soalan terlalu subjektif. Jika skop penilaian ialah melibatkan pencapaian murid secara keseluruhan melalui ranking keputusan SPM, maka keputusan sekolah SBP jauh lebih baik dari rata-rata keputusan SPM sekolah MRSM.

Adakah terdapat beberapa panggilan tawaran kemasukan ke sekolah khas?

Ya! Biasanya jika ada murid yang menolak (tidak daftarkan diri atau menarik diri) dari sekolah, kekosongan yang ada akan diisi untuk panggilan tawaran ke 2 dan seterusnya.

Adakah pelajar dibenarkan membawa telefon ke SBP?

Tidak! Semua pelajar tidak dibenarkan membawa telefon pintar ke sekolah dan asrama.

Jika pelajar sudah ditawarkan ke SBP, adakah pelajar turut ditawarkan ke MRSM?

Setakat info yang kami ada, pelajar hanya akan diberikan tawaran salah satu penempatan sahaja. Jika mereka sudah terpilih ke SBP, biasanya tiada lagi tawaran ke MRSM.

Jika pelajar berjaya melepasi ujian PKSK tetapi ditempatkan ke SBP atau sekolah yang jauh, adakah dibenarkan untuk menukar sekolah berdekatan?

Tidak! Pelajar tidak boleh sewenang-wenangnya menukar sekolah mengikut jarak rumah masing-masing. Biasanya penempatan yang dibuat adalah tetap. Melainkan jika ada kes keselamatan atau kesihatan mungkin perkara ini boleh dibincangkan lagi dengan pihak berwajib.

Jika gagal ujian tahun ini, adakah pelajar boleh memohon lagi untuk ujian kemasukan tingkatan 2 tahun berikutnya?

Tidak boleh! Untuk pengetahuan semua, ujian PKSK ini hanya dibuat untuk kemasukan ke tingkatan 1 dan tingkatan 4 sahaja. Ini bermakna, jika gagal atau tidak dipanggil untuk mana-mana penempatan sekolah khusus, pelajar hanya boleh membuat percubaan sekali lagi pada tingkatan 3 bagi kemasukan ke tingkatan 4 sahaja.

Semoga Berjaya Menghadapi Ujian PKSK

Buat semua murid yang bersemangat waja untuk memasuki sekolah-sekolah khusus seperti MRSM dan SBP, barisan admin mengucapkan semoga erjaya dan mulakan cita-cita anda dengan buat persediaan terbaik untuk hadapi proses ujian ini.Ramai yang bercita-cita, ramai yang mencuba tetapi yang pasti hanya yang hebat dan bersedia sahaja yang akan berjaya! Jadi, mulakan persediaan anda dengan belajar dan terus belajar. Ini semua akan menjadi permulaan indah perjalanan hidup kalian semua. Semoga berjaya dalam ujian PKSK 2023!

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Sir Mohd Afizi
Sir Mohd Afizihttps://www.sistemguruonline.my/
Fulltime Writer at Sistem Guru Online. "There are two days in the year that we can't do anything, yesterday and tomorrow!"

Anda Mungkin Meminati