Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Jawatan Kosong Guru dan Penyelia di Sekolah dalam Hospital

Jawatan Kosong Guru dan Penyelia di Sekolah dalam Hospital
Guru dan Penyelia di Sekolah

Jawatan Kosong Guru dan Penyelia di Sekolah dalam Hospital ini merupakan hebahan terkini daripada Kementerian Pendidikan Malaysia.

Sukacita dimaklumkan bahawa terdapat kekosongan jawatan sebagai Penyelia dan Guru di Sekolah Dalam Hospital (SDH).

Sehubungan dengan itu, Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) di Bahagian/Jabatan masing-masing dipelawa untuk mengisi kekosongan jawatan tersebut.

Pegawai yang berkelayakan dan memenuhi kriteria yang ditetapkan boleh mengemukakan permohonan dan dokumen berkaitan ke Sekolah dalam Hospital (SDH )di bawah seliaan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) masing-masing.

Hanya calon yang memenuhi kriteria tapisan akan dipanggil untuk menghadiri temu duga.

Kekosongan

lampiran a

lampiran a5

Syarat-syarat Umum

  1. Pegawai Perkhidmatan Pendidikan yang dilantik oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP)
  2. Markah wajaran Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPTI PBPPP)
    sekurang-kurangnya 85 % dan ke atas bagi tahun 2019, 2020 dan 2021
  3. Bebas daripada tindakan tatatetertib
  4. Telah mengisytiharkan harta dalam tempoh 5 tahun
  5. Bebas daripada senarai peminjam tegar pinjaman pendidikan institusi/ tabung pendidikan.

Syarat-syarat Khusus

  1. Jawatan Penyelia dibuka untuk Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41/42/DG44/DG48 Khas Untuk Jawatan (KUJ) yang sedang berkhidmat di Bahagian/JPN/PPD/Sekolah dan mempunyai kelulusan sekurang-kurangnya ljazah Sarjana Muda dalam bidang berkaitan
  2. Jawatan Guru dibuka untuk Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41/42/DG44 Khas Untuk Jawatan (KUJ) yang sedang berkhidmat di Bahagian/JPN/PPD/Sekolah dan mempunyai kelulusan sekurang kurangnya ljazah Sarjana Muda dalam bidang berkaitan
  3. Sihat fizikal dan tidak mempunyai sakit kronik.

Bersama-sama ini disertakan:

  1. Iklan Kekosongan Jawatan (Lampiran A)
  2. Borang Permohonan (Lampiran B).

Dapatkan “Dokumen Berkaitan Kekosongan Jawatan Guru dan Penyelia di Sekolah dalam Hospital” di sini

Di sini admin nak kongsikan bahan tersebut. Sila download menggunakan link yang telah disediakan.

Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’

Download : 

  1. Surat Iklan
  2. Lampiran A
  3. Lampiran B – Borang Permohonan 2

Cara Membuat Permohonan

  1. Tindakan Pemohon
    1. Melengkapkan maklumat yang diperlukan seperti di Lampiran B (Borang Permohonan), dan
    2. Mencetak maklumat permohonan secara depan belakang,
    3. mengepilkan maklumat berdasarkan senarai semak dan mengemukakan permohonan kepada Ketua Jabatan bagi tujuan sokongan.
  2. Tindakan Ketua Jabatan
    1. Melengkapkan ruangan sokongan Ketua Jabatan beserta ulasan
      (mandatori)
    2. Mengemukakan permohonan yang disokong sahaja kepada
      Jabatan Pendidikan Negeri masing-masing

Borang permohonan yang lengkap hendaklah dikemukakan sebelum atau pada 29 Julai 2022 kepada Pengarah JPN masing-masing seperti di Lampiran B.

Penutup

Sekian, semoga perkongsian pada kali ini Jawatan Kosong Guru dan Penyelia di Sekolah dalam Hospital dapat memberikan makluman berkaitan peluang pekerjaan dan kerjaya dalam dunia pendidikan. Teruskan bersama kami di t.me/sistemguruonline bagi mendapatkan informasi dan bahan-bahan pendidikan yang terkini dan terbaik dari semasa ke semasa. Terima kasih.

Sir Mohd Afizi
Sir Mohd Afizihttps://www.sistemguruonline.my/
Fulltime Writer at Sistem Guru Online. "There are two days in the year that we can't do anything, yesterday and tomorrow!"

Anda Mungkin Meminati