Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Permohonan Bantuan Telefon Pintar Percuma B40

Permohonan Bantuan Telefon Pintar Percuma B40
Permohonan Bantuan Telefon Pintar Percuma B40

Permohonan Bantuan Telefon Pintar Percuma B40 ini bersumberkan daripada YTL Foundation.

Terkini daripada Yayasan YTL foundation telah menyatakan di bawah Inisiatif Belajar Dari Rumah atau Learn From Home Inisiative anjurannya, pihak mereka akan memberikan telefon percuma kepada golongan B40.

Permohonan Bantuan Telefon Pintar Percuma B40

image 90
Permohonan Bantuan Telefon Pintar Percuma B40

Ini adalah tambahan kepada kad SIM YES 4G yang juga dilengkapkan dengan bantuan data internet percuma 120GB selain pemberian sumber pelajaran kepada para pelajar sekolah kerajaan.

Telefon pintar percuma B40 ditawarkan oleh Yayasan YTL dengan kerjasama YTL Communications kepada para pelajar sekolah kerajaan dari keluarga B40 yang tidak memiliki peranti mudah alih atau telefon pintar.

Borang percalonan di bawah hendaklah diisi bagi para guru yang mewakili pelajar. Sebelum mendaftar, sila bersedia dengan maklumat berikut :

  1. Nama serta nombor kad pengenalan pelajar
  2. Nombor kad pengenalan anda (guru)
  3. Nama dan nombor kad pengenalan ibubapa

SILA KLIK DI SINI UNTUK MEMBUAT PERMOHONAN

SOALAN LAZIM BERKAITAN BANTUAN INI

Untuk menerima bantuan telefon pintar berserta data ini, hanya guru sahaja yang boleh mencalonkan para pelajar yang berhak dan layak.

Kerjasama Guru Sekolah Anda Diperlukan

image 91
Permohonan Bantuan Telefon Pintar Percuma B40

Para guru sekolah kerajaan dipohon oleh Yayasan YTL untuk memberi kerjasama dengan tampil membantu memberikan nama pelajar yang layak bagi memastikan pemberian telefon pintar kepada keluarga yang memerlukan, ini kerana guru-guru adalah barisan yang terbaik untuk mengenal pasti keluarga ini.

Kriteria Permohonan Smarphone Percuma

  1. Guru yang terlibat mencalonkan pelajar masih berkhidmat di sekolah rendah ataupun menengah kerajaan.
  2. Calon pelajar adalah daripada golongan keluarga B40
  3. Calon pelajar itu mestilah merupakan pelajar sekolah di mana guru tersebut berehat.
  4. Ibu bapa pelajar dan guru berkenaan akan menerima notifikasi menerusi SMS dan emel bagi pencalonan yang berjaya.

Proses Pendaftaran

Ibubapa pelajar akan dimaklumkan sekiranya pencalonan tersebut berjaya. Kemudian, bagi mendapatkan telefon pintar percuma dengan data 120GB (10GB sebulan selama 12 bulan), pendaftaran hendaklah dikemukakan oleh ibu bapa.

Proses pendaftaran hendaklah diikuti oleh ibu bapa serta maklumat terperinci dikemukakan dan memuat naik dokumen di bawah :

  1. Satu salinan MyKad ibubapa
  2. Satu salinan MyKad/MyKid pelajar
  3. Sebagai bukti status B40 atau dokumen sah yang boleh membuktikan status B40, mesti juga memuat naik bukti anda penerima Bantuan Prihatin Nasional (BPN) yang dikeluarkan oleh Kerajaan Malaysia.

Untuk mengelakkan sebarang unsur penipuan dan mengesahkan kelayakan penerima, maklumat di atas diperlukan.

Notifikasi e-mel berkenaan penghantaran telefin akan diterima oleh ibubapa sebaik sahaja maklumat yang diberikan oleh ibubapa semasa proses pendaftaran dapat disahkan.

Maklumat yang diisi hendaklah tepat dan lengkap agar proses pendaftaran dan permohonan bantuan ini berjalan lancar dan berjaya.

SOALAN LAZIM

1. Bagaimana saya hubungi pihak YTL Foundation?

YTL Foundation (421570-A)
Level, Menara YTL
205, Jalan Bukit Bintang
55100 Kuala Lumpur, Malaysia
Emel: [email protected]
Hotline: 03-20380888

2. Adakah telefon yang diberikan ini boleh membuat panggilan?

Ya. BOLEH. Selain anda menikmati kemudahan keseluruhan internet percuma berjumlah 120GB untuk selama 12 bulan iaitu 10Gb setiap bulan.

Selain itu, anda boleh call secara percuma selama 60 minit ke talian YES atau talian lain yang sah selama 12 bulan atau setahun

Anda juga boleh hantar SMS secara percuma TANPA HAD untuk talian YES

3. Adakah telefon pintar percuma ini perlu dipulangkan semula selepas ini?

Tidak, jika samartphone ini telah diberikan kepada anda, ia akan menjadi hak milik anda sepenuhnya

4. Saya masih belum daftarkan anak saya untuk mohon bantuan ini? Masih boleh mohon lagi?

Ya. Masih boleh lagi. Dipersilakan. Sudah ramai yang telah berjaya dapat

Penutup

Semoga perkongsian ini iaitu Permohonan Bantuan Telefon Pintar Percuma B40 sedikit sebanyak memberikan informasi terkini kepada anda semua. Teruskan menyokong kami di t.me/sistemguruonline untuk mendapatkan informasi dan bahan-bahan pendidikan yang terbaik, terkini dan bermanfaat dari semasa ke semasa.

Sir Mohd Afizi
Sir Mohd Afizihttps://www.sistemguruonline.my/
Fulltime Writer at Sistem Guru Online. "There are two days in the year that we can't do anything, yesterday and tomorrow!"

Anda Mungkin Meminati