i-SINAR KWSP : TIADA DOKUMEN SOKONGAN? JANGAN RISAU, ANDA MASIH LAYAK MEMOHON

isinar tiada dokumen

Sekiranya anda dari kategori dua dan tidak mempunyai dokumen sokongan, adakah anda masih layak untuk memohon i-Sinar KWSP?

Berikut adalah soalan-soalan lazim berkenaan dokumen sokongan i-Sinar KWSP :

  1. Ahli KWSP, tetapi sudah lama tidak mencarum. Adakah layak untuk mengeluarkan maksimum Rm10,000?

=Layak, perlu hadir ke cawangan KSWP untuk berbincang secara semuka dengan pegawai KWSP.

  1. Ahli KWSP, gaji dipotong 30%, tetapi tidak mempunyai dokumen sokongan, adakah masih layak mengeluarkan maksimum Rm10,000?

=Layak, perlu hadir ke cawangan KSWP untuk berbincang secara semuka dengan pegawai KWSP.

  1. Bekerja sendiri, telah lama berhenti mencarum, tiada dokumen sokongan, adakah masih layak mengeluarkan maksimum Rm10,000?

=Layak, perlu hadir ke cawangan KSWP untuk berbincang secara semuka dengan pegawai KWSP.

Sekiranya anda mempunyai dokumen sokongan, dokumen apa yang perlu di bawa?

  • Slip gaji sebelum dan selepas pengurangan pendapatan
  • Notis pemberhentian/pemotongan elaun dan/tuntutan kerja lebih masa
  • Penyata bank