Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

5 Langkah Effective Pengecualian Bayaran PTPTN untuk Semua Graduan Bermula Tahun 2022

Pengecualian Bayaran Balik PTPTN Untuk Semua Graduan Bermula Tahun 2022

Oh PTPTN! [5 Langkah] Pengecualian Bayaran Balik Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional Untuk Semua Graduan Bermula Tahun 2022. Baharu sahaja pengumuman bekas Perdana Menteri, Dato Sri Ismail Sabri Yaakob pada 27 Julai 2022 lalu sempena Majlis Sambutan Jubli Perak “25 Tahun Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional”.

Pengumuman oleh bekas PM,mengenai insentif terbaru pengecualian bayaran balik elah diperluas semula kepada semua peminjam yang mendapat Ijazah Sarjana Muda Kelas Pertama tanpa mengira status ekonomi, bangsa dan agama. Ini bermakna kerajaan prihatin kepada semua pelajar-pelajar cemerlang tanpa melihat akan aspek kewangan,bangsa dan agama.

Melalui pengumuman tersebut, ia merupakan satu galakkan daripada kerajaan untuk memumuk pelajar-pelajar IPT untuk belajar dan berusaha bersungguh-sungguh bagi mendapatkan hasil keputusan lulus yang cemerlang.

[5 Langkah] Pengecualian Bayaran Balik PTPTN Untuk Semua Graduan Bermula Tahun 2022

Bagaimanakah Pengecualian Bayaran Balik Untuk Semua Graduan?

Menurut pengumuman lalu,ia merupakan usaha baik kerajaan dan tanda penghargaan kepada pelajar-pelajar cemerlang dalam pelajaran. Pengecualian diberikan adalah berdasarkan hasil keputusan lulus yang cemerlang iaitu mencapai kelulusan ijazah sarjana muda kelas pertama. Bagi mereka yang mendapat kelulusan kelas pertama, anda dapat mengemukakan permohonan pengecualian bayaran balik Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional.

Bilakah Tempoh Permohonan Pencualian Boleh Dibuat?

408666092 1544107263075599 1208699159270344096 n 1

Pengumuman telah diumum pada 27 Julai 2022. Jadi pemohon boleh mengemukakan segera sehingga hujung tahun ini iaitu pada 31 Disember 2022.

Adalah diberitahu bagi para peminjam yang layak membuat permohonan pengecualian dikehendaki menyediakan dokumen sokongan bagi untuk memudahkan urusan dengan memuat naik semasa proses permohonan dibuat.

Apakah Syarat Untuk Membuat Pengecualian Bayaran Balik Pinjaman PTPTN?

Bagi para pemoohon ijazah kelas pertama, anda  boleh membuat permohonan pengecualian bayaran balik PTPTN dengan merujuk syarat-syarat seperti berikut:

  1. Peminjam mengikuti pengajian Ijazah Sarjana Muda secara sepenuh masa;
  2. Peminjam memperoleh Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian Kelas Pertama oleh IPT;
  3. Peminjam berjaya Menamatkan pengajian dalam tempoh yang telah ditetapkan mengikut dokumen tawaran pinjaman PTPTN;
  4. Peminjam Pinjaman pendidikan PTPTN tidak bertindih dengan sebarang penajaan lain;
  5. Kursus/ program yang diikuti oleh peminjam di Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) hendaklah mendapat Sijil Perakuan Akreditasi Penuh daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dalam tempoh pinjaman dikeluarkan; dan
  6. Peminjam mestilah mengemukakan permohonan pengecualian bayaran balik di dalam tempoh 12 bulan daripada tarikh konvokesyen.

Permohonan Pengecualian Bayaran Balik PTPTN Bagi Ijazah Sarjana Muda Kelas Pertama Tahun 2022

Pengecualian bayaran balik bagi peminjam yang mendapat Ijazah Sarjana Muda kelas pertama atau setaraf ditawarkan kepada semua peminjam PTPTN sebagai menghargai dan meraikan peminjam atas kejayaan  kesungguhan dalam pembelajaran di peringkat IPT.

Makluman kepada mereka yang berjaya mendapat kelas pertama, permohonan pengecualian boleh dilakukan secara online melalui pautan dibawah:

Portal Rasmi PTPTN.

Makluman kepada peminjam,bagi mendapat kepastian pangkat ijazah anda boleh tanya kepada unit pengijazahan akademik IPT masing-masing kerana setiap universiti/Kolej mempunyai dan berbeza-beza grednya bagi pengkelasan ijazah kelas pertama.

Cara Membuat Permohonan Pengecualian Bayaran Balik PTPTN

Peminjam yang layak mengikut syarat-syarat yang ditetapakn diatas , boleh memohon secara online di :

Portal PTPTN – Pengecualian Ijazah Kelas Pertama

Permohonan juga hendaklah dibuat segeran dan selewat-lewatnya dalam tempoh 12 bulan daripada tarikh konvokesyen. Bagi permohonan selepas daripada tempoh tersebut, adalah permohonan itu tidak diterima dan permohonan boleh dibuat secara dalam talian sahaja buat masa sekarang.

Berikut dikongsikan cara-cara untuk membuat permohonan pengecualian bayaran balik PTPTN:

1. Sila layari laman web rasmi PTPTN di pautan www.ptptn.gov.my dan klik pada Bayaran Balik.

2.Klik pada Pengecualian Ijazah Kelas Pertama.

3. Masukkan nombor kad pengenalan dan nombor pinjaman.

(Anda boleh hubungi kami untuk mendapatkan nombor pinjaman di saluran yang disediakan).

4.Kemaskini maklumat pengajian, pekerjaan, status perkahwinan, maklumat ibu bapa dan lain-lain maklumat.

5.Akhir sekali, muatnaik dokumen sokongan anda.

Kepada para peminjam yang layak mengemukakan permohonan pengecualian, anda boleh membuat permohonan dengan kadar segera dan pastikan juga permohonan anda adalah menepati syarat yang ditetapkan oleh PTPTN.

Nota : Dokumen yang anda perlu muat naik mestilah yang mempunyai cop pengesahan yang disahkan oleh pegawai kumpulan Pengurusan & Profesional (Bahagian Akademik atau Bahagian Pengurusan Rekod yang mengeluarkan Ijazah di IPT).

Ahmad Mizan Ameen
Ahmad Mizan Ameen
"It always seems impossible until it's done."

Anda Mungkin Meminati