Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) telah membuka iklan kerja JPJ bagi pengambilan besar-besaran untuk kemasukan November. Iklan kekosongan jawatan di JPJ dibuka kepada semua rakyat Malaysia berkelayakan.
Peluang kerjaya ini merupakan satu peluang keemasan yang wajib dimohon oleh semua rakyat Malaysia. Kita ketahui jabatan pengangkutan jalan adalah jabatan yang mengurus dan bertanggungjawab pada hal pengurusan pengangkutan di Malaysia.
Ikuti saluran group info terkini mengenai jawatan swasta dan kerajaan:
Info Lengkap Mengenai 45 Ambilan Bagi Kerja JPJ
Isi Kandungan
Maklumat Ringkas Jawatan
Jawatan yang ditawarkan di Jabatan Pengangkutan Jalan ini merupakan iklan terbaru bagi ambilan staff bahagian pemeriksa kereta motor. Kekosongan ini seramai 45 orang dan simpanan sebanyak 100 orang.
Jawatan | Gred | Jumlah Ambilan |
---|---|---|
Pemeriksa Kereta Motor | AB19 | Kekosongan : 45 Orang Simpanan : 100 Orang |
Tempoh & Masa Permohonan Ditutup
Untuk maklum para calon dan pemohon, bag tarikh permohonan jawatan ini anda sekarang sudah boleh memohon. Dan juga, tarikh permohonan akan ditutup pada 14 Novermber 2023.
Permohonan kali ini boleh dibuat secara atas talian, melalui platform yang telah disediakan pihak majikan pada para calon semua. Tempoh permohonan ini juga merujuk pada iklan yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan.
Apakah Syarat-syarat Lantikan Pemohon
- Pemohon mesti berumur 18 tahun keatas.
- Para calon mestilah warganegara Malaysia.
- Kelayakan akademik paling minimal adalah SPM, SKM(Sijil Kemahiran Malaysia) dan setaraf dengannya dalam bidang berkaitan. Kelayakan ini lantikan bagi jawatan gred AB19
- Jika anda mempunyai diploma kejuruteraan dan sijil jurutera atau automotif yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan maka akan dikira gred AB29.
Semak Jadual Gaji Untuk Jawatan yang Baharu Dibuka
Untuk jawatan kali ini, terdapat beberapa skim perkhidmatan untuk anda semak mengenainya lebih lanjut. Kami mudahkan anda untuk mendapatkan input berkenaan tawaran setiap jawatan yang dibuka.
Bagi jawatan Pemeriksa Kereta Motor AB19 – Jadual Gaji Tahun 2023 Bagi Gred A, AL, AT dan AB dibawah Perkhidmatan Pengangkutan Kumpulan Pengurusan & Profesional
Keperluan Tambahan Untuk Para Calon
Untuk maklumat para calon setiap syarat dan keperluan yang disedikan adalah berdasarkan ketetapan yang dibuat oleh pihak Ketua Perkhidmatan. Berikut keperluan tambahan yang ditetapkan:
- Lelaki sahaja.
- Berumur 18-45 tahun.
- Mempunyai syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti yang berikut:
(i) Tinggi sekurang-kurangnya 1.57m tanpa bersepatu
(ii) Berat badan sekurang-kurangnya 48kg.
(iii) Mempunyai ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26.
(iv) Mempunyai sekurang-kurangnya 79sm ukuran dada yang biasa dan 84sm semasa menarik nafas.
(v) Lulus dalam ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V6/9 tanpa menggunakan cermin mata.
(vi) Pengecaman warna dan pendengaran tidak cacat
(vii) Diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan yang berdaftar.
Keperluan Bidang Bagi Jawatan AB19
Calon yang berminat untuk memohon jawatan ini mestilah mengetahui keperluan bidang bagi jawatan AB19. Keperluan ini adalah terma yang disediakan pihak pengurusan ketua perkhidmatan untuk info kepada para calon.
Bidang kursus SVM:
- Teknologi Automotif
Bidang SKM Tahap 2:
- Mekanik Kenderaan Motor
- Mekanik Kelengkapan Tolak Tanah
- Pemasang Sistem Gas Asli Kenderaan
- Servis dan Penyelenggaraan Kenderaan Perdagangan
- Mekanik Kenderaan Perdagangan
- Juruteknik Kenderaan Motor
- Perkhidmatan Pembaikan – Kenderaan Ringan
- Kenderaan Perdagangan – Servis Pembaikan
Bidang SKM Tahap 3:
- Juruteknik Kenderaan Motor
- Juruteknik Kelengkapan Tolak Tanah
- Juruteknik Kenderaan Perdagangan
- Mekanik Kenderaan Motor
- Juruteknik Kanan Kenderaan
- Pemasangan dan Penyelenggaraan Sistem Gas Asli Kenderaan
- Servis dan Penyelenggaraan Kenderaan Perdagangan
- Penyelenggaraan Jentera Tolak Tanah
- Automotif – Servis Selepas Jualan
- Kenderaan Perdagangan – Servis Diagnostik
- Pemasangan Kenderaan Gas Asli Termampat
Kelayakan Bahasa Melayu
Memiliki sekurang-kurangnya kepujian gred c pada subjek bahasa melayu untuk Sijil Pelajaran Malaysia atau Sijik Kemahiran Malysia atau yang diiakui setaraf dengan pensijilan di Malaysia.
Keterangan Cara Mohon Kerja JPJ
Sebelum anda membuat permohonan anda diminta untuk semak kembali iklan permohonan kerja jpj dan jelas syarat-syarat lantikan itu sesuai dengan bidang dan minat anda. Berikut kami kongsikan iklan rasmi dibawah:
- Pemohon yang yang berminat dan memenuhi syarat yang ditetapkan perlulah mengemukakan beberapa dokumen dan kemskini segala permohonan anda secara onlien melalui Portal Rasmi Sistem Pendaftaran Suruhanjaya Awam SPA9 di pautan berikut: Sistem Permohonan Pekerja Suruhanjaya Perkhimatan Awam ( SPA9)
- Pemohon juga disarankan jika anda sudah berjaya membuat permohonan pertama bagi jawtan diatas maka tidak perlu untuk anda membuat permohonan sekali lagi walaupun tarikh permohonan dalam tempoh sah dari tarikh tutup.
- Pemohon juga perlu kemas kini tempat anda mahu temu duga sebelum pada tarikh akhir mohon.
- Jika para pemohon berjaya mendapat panngilan atau emel bertulis anda layak temuduga maka anda diingatkan untuk membuat persediaan awal bagi proses temu duga berjalan dengan lancar.
- Permohonan selepas tarikh tutup iklan tidak akan dilayan dan akan ditolak.
Semoga perkongsian kerja jpj ini dapat memberi manfaat kepada anda semua dan khususnya untuk individu yang sedang mencari pekerjaan dalam sektor kerajaan atau dipanggil sektor perkhidmatan awam. Para pembaca digalakan untuk anda kongsikan artikel ini kepada ahli keluarga, sahabat rapat dan sesiapa sahaja yang memerluka. Selamat mencuab dan kami doakan anda dipermudahkan urusan dalam permohonan kali ini.