Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Bantuan eMadani : Tebus Kredit e-Wallet RM100 Bermula 4 Disember 2023

Bantuan eMadani Tebus Kredit e-Wallet RM100 Bermula 4 Disember 2023

Kerajaan telah umum bantuan eMADANI untuk rakyat Malaysia iaitu bantuan berbentuk ewallet dibuka mulai Isnin 4 Disember 2003 sehingga 20 Februari 2024. Projek ini telah diumumkan oleh Perdana menteri datuk seri Anwar Ibrahim semasa menyampaikan ucapan belanjawan 2020 4 melalui pembentangan rang undang-undang perbekalan 2012 pada dewan negara bertarikh 29 November 2023.

Perkara ini membawa berita gembira kepada rakyat Malaysia kerana Kerajaan amat prihatin dan membantu meringankan beban mereka yang memerlukan.

Sumbangan Bantuan eWallet RM100 Kepada Rakyat Malaysia

Apakah Itu eMadani?

apakah itu emadani

Untuk makluman kepada semua rakyat Malaysia eMADANI adalah merupakan salah satu inisiatif kerajaan Malaysia yang telah dirangka secara khas dalam kerangka ekonomi “Madani : Memperkasa Rakyat”.

Melalui inisiatif ini, ia bertujuan bagi meningkatkan penggunaan transaksi tanpa tunai oleh rakyat Malaysia dalam masa yang sama ianya akan memberi pertolongan bantuan kewangan kepada rakyat. Dijangkakan program ini akan memanfaatkan lebih 10 juta rakyat Malaysia hasil tawaran kredit eMADANI yang berjumlah RM100 yang mana para pengguna boleh guna sebagai pembelian fizikal berdasarkan penyedia perkhidmatan e-wallet yang terpilih.

Syarat Layak Tuntut Bantuan ewallet

Bantuan eMadani

Bagi mendapatkan inisiatif ini terdapat kelayakan yang telah ditetapkan oleh kerajaan Malaysia. Berikut adalah beberapa syarat kelayakan yang anda perlu diketahui bagi bantuan eMADANI RM100 ini;

  1. Adalah penerima merupakan seorang warganegara Malaysia yang berumur 21 tahun dan ke atas pada 1 junuari 2023.
  2. Merupakan penerima sumbangan Tun Rahman SCR berdasarkan rekod tarikh 7 November 2023.
  3. Penerima adalah mereka yang mempunyai pendapatan RM100,000 dan ke bawah setahun berdasarkan rekod lembaga hasil Dalam Negeri sehingga tarikh 15 Julai 2023.

Tempoh Tuntut Bantuan eMadani RM100

Untuk makluman rakyat Malaysia adalah tarikh pendaftaran penebusan adalah bermula pada 4 Disember 2023 sehingga 20 Februari 2024.

Tempoh untuk tuntutan dan juga membuat perubahan adalah sama di antara 4 Disember 2023 sehingga 20 Februari 2024.

Panduan Mohon Bantuan eMadani RM100 Untuk Rakyat Malaysia

Bagi pendaftaran dan tuntutan kredit ewallet RM100 eMADANI adalah boleh ditebus pada tarikh 4 Disember 2023 sehingga 20 Februari 2024. Inisiatif ewallet RM100 ini hanya boleh dilakukan melalui penyedia perkhidmatan ewallet yang terpilih sahaja.

Berikut adalah senarai jualan yang boleh ditebus oleh rakyat Malaysia untuk bantuan kredit ewallet RM100 eMADANI:

  • Setel
  • Shopeepay
  • Mae
  • Touch n Go
Bantuan eMadani Tebus Kredit e-Wallet RM100 Bermula 4 Disember 2023
Bantuan eMadani : Tebus Kredit e-Wallet RM100 Bermula 4 Disember 2023 9

Jumlah credit wallet RM100 ini boleh dimanfaatkan daripada penyedia ewallet seperti di atas sahaja dan hendaklah dibelanjakan dalam tempoh yang sah. Pengguna boleh membelanjakan secara fizikal sahaja sehingga tarikh 20 Februari 2024.

Pengguna hanya perlu memenuhi langkah verifikasi identiti secara elektronik ‘Know-Your-Customer'(eKYC) dengan penyedia eWallet yang anda pilih sebelum membuat permohonan dan penebusan kredit eMADANI.

Cara Claim Ewallet RM100

cepat claim segera hari ini pemberian RM100 ewallet kepada rakyat Malaysia yang boleh ada tebus melalui ewallet seperti touch n go, shopee pay, Setel dan Mae.

Berikut adalah cara tebus untuk aplikasi e wallet touch and go:

  • Masuk ke aplikasi Touc n Go dan klik pada bahagian atas gambar akaun profil anda.
Cara tebus ewallet madani rm100 touch n go
Cara tebus ewallet madani rm100 touch n go
  • Kemudian, tekan pada butang notifikasi dan paparan notis maklumat emadani akan terpapar, kemudian klik sahaja.
Cara tebus ewallet madani rm100 touch n go
  • Paparan emadani akan dipaparkan, anda perlu tekan “claim now” dan memasukkan beberapa butiran yang diminta.
Cara tebus ewallet madani rm100 touch n go
  • Permohonan anda selesai dan anda perlu menunggu maklum balas permohonan anda kebiasaannya mengambil masa 15 minit paling lambat dan paling lama selama 2 hari.
Cara tebus ewallet madani rm100 touch n go

Bagaimanakah Cara Verifikasi eWallet?

Untuk proses verifikasi bagi pengguna baharu eWallet adalah perlu dilakukan dengan penyedia eWallet yang berkait. Terdapat beberapa langkah mudah yang boleh dilakukan sebagai pengguna baharu seperti berikut:

  • Muat turun dahulu aplikasi eWallet seperti diatas yang terlibat dengan bantuan eMADANI daripada google play, Apple App Store atau Huawei Appgallery.
  • Untuk pengguna baharu atau lama, perlu untuk ikuti arahan yang diberikan oleh aplikasi eWallet anda.
  • Penyedia eWallet akan melakukan verifikasi identiti kepada anda secara elektronik ‘Know-Your-Customer’ (eKYC) yang memainkan peranan untuk sahkan keperibadian diri anda.
  • Di aplikasi eWallet anda mempunyai pilihan dan anda perlu memasukkan maklumat yang diminta di halaman tuntutan dan claim eMADANI serta klik ‘Hantar”.
  • Seterusnya, anda akan diberitahu sekiranya tuntuan dan claim eMADANI melepasi syarat dan berjaya.

Dimaklumkan juga, penerima yang layak hanya boleh membuat tuntutan kredit eMADANI hanya daripada satu penyedia eWallet sahaja daripada 4 diatas. Oleh itu, anda perlu merujuk aplikasi eWallet anda berkenaan cara penebusan kredit RM100.

Adakah Boleh untuk Membuat Transaksi Online Seperti e-dagang Shopee?

Untuk makluman kepada semua, pemberian kredit eTunai RM100 eMADANI ini hanya boleh dilakukan dalam urusan transaksi secara fizikal sahaja bagi 1.8 juta peruncit/pemilik perniagaan melalui eWallet pilihan pengguna.

Kepentingan Penggunaan eWallet Melalui Inisiatif eMADANI

Kerajaan membuat perancangan untuk menyalurkan bantuan kewangan untuk rakyat Malaysia dalam masa yang sama mempunyai perancangan untuk meningkatkan ekonomi negara. Hasil daripada penggunaan eWallet ini untuk membuat pembelian secara fizikal.

Melalui pemberian kredit RM100 eWallet ini akan dapat memberi beberapa kesan baik seperti:

  1. Memberi sokongan kepada peniaga-peniaga tempatan
  2. Memacu ekonomi negara ke arah yang lebih baik
  3. Memupuk rakyat Malaysia menggunakan transaksi tanpa tunai
  4. Memajukan perkembangan digital dikalangan rakyat.

Sebarang pertanyaan lanjut berkenaan eMADANI, berikut merupakan butiran yang boleh dihubungi:

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Cikgu Ahmad
Cikgu Ahmad
"It always seems impossible until it's done."

Anda Mungkin Meminati