Bila dengar sahaja kena bayar cukai .Ramai yang berpeluh dahi memikirkannya. Bila sebut pasal cukai. Cukai yang paling popular di kalangan kita adalah cukai pendapatan. Mari lihat perkongsian daripada Tuan Ir. Abdul Rahman Bahasa mengenai cukai pendapatan ini.
Apakah Cukai pendapatan?
Cukai Pendapatan ialah cukai dikenakan pada pendapatan individu atau perniagaan.
Individu yang mempunyai pendapatan penggajian tahunan melebihi RM25,501 (selepas potongan KWSP) perlu mendaftar fail cukai pendapatan.
Mulai Tahun 2010 individu yang mempunyai pendapatan penggajian tahunan melebihi RM26,501 (selepas potongan KWSP) perlu mendaftar fail cukai pendapatan.
Mulai Tahun 2013 individu yang mempunyai pendapatan penggajian tahunan melebihi RM30,667 (selepas potongan KWSP) perlu mendaftar fail cukai pendapatan.
Walau bagaimanapun, mulai Tahun 2015 individu yang mempunyai pendapatan penggajian tahunan melebihi RM34,000 (selepas potongan KWSP) perlu mendaftar fail cukai pendapatan.
Sekiranya pekerja layak dikenakan potongan PCB, pekerja dinasihatkan mendaftar fail cukai pendapatan terlebih dahulu sebelum potongan PCB dibuat.
Tapi hari ini saya nak cerita pasal cukai pendapatan berkaitan dengan gaji sahaja.
Biasanya, jika gaji anda cukup untuk dipotong cukai. Maka tiap-tiap bulan mesti ada perkataan “Potongan PCB” dalam Payslip anda.
Jadi, ini bermakna penggajian RM 34,000 setahun bersamaan dengan RM 2,833.34 x 12 bulan.
Jadi, adakah individu yang bergaji bulanan RM2,833.34 akan dikenakan cukai? Jawapannya semestilah TIDAK. Sebab apa?
Sebab RM 2,833.34 adalah gaji bersih setelah ditolak EPF. Jadi, berapa gaji basic yang diperlukan untuk dapat gaji bersih RM 2,833.34 ini?
Basically, Gaji basic RM 3,184 adalah gaji basic minimum yang akan dikenakan potongan PCB. Tak percaya? Jom kita kira:
Gaji pokok = RM 3,184.00
Tolakan EPF (11%) = (RM 350.19)
Gaji Bersih = RM 2,833.81
RM 2,833.81 x 12 bulan = RM 34,005.72
Jadi, kalau gaji basic anda RM3,184 sebulan, BUJANG and TAK KAHWIN lagi. Maka anda akan dikenakan potongan PCB.
Berapa banyak kena potong? RM 1.00 je sebulan.
Bawah dari RM3,184. Tidak akan dikenakan potongan PCB tau.
Macam mana pula dengan:
Pekerja yang dah berkahwin, tapi isteri / suami tak bekerja?
Pekerja yang dah berkahwin, tapi isteri / suami tak bekerja dan ada anak sorang?
Pekerja yang dah berkahwin, isteri / suami berkerja?
Pekerja yang dah berkahwin, isteri / suami berkerja dan ada anak sorang?
Gaji minimum yang akan start potong PCB untuk:
Pekerja yang sudah berkahwin, tetapi isteri / suami tidak bekerja: RM 4,001 (Potongan PCB bulanan: RM 50.40).
Pekerja yang sudah berkahwin, tetapi isteri / suami tidak bekerja dan ada anak seorang: RM4,166 (Potongan PCB bulanan: RM 50.25)
Pekerja yang sudah berkahwin, isteri / suami berkerja: RM3,141 (Potongan PCB bulanan: RM1.00)
Pekerja yang sudah berkahwin, isteri / suami berkerja dan ada anak seorang: RM3,311 (Potongan PCB bulanan: RM1.10)
Tapi jangan lupa ya, banyak jugak tax rebate bila anda:
• Sambung belajar: max. RM 7,000 setahun
• Buat Medical Checkup: max. RM 500 setahun
• Perlaburan dalam SSPN: max. RM 8,000 setahun
• Life Insurance: max. RM 7,000 setahun (kalau kerja kerajaan dan berpencen)
• Life Insurance: max. RM 3,000 setahun (kalau yg kerja swasta)
• Medical or Education Insurance: max. RM 3,000 setahun
Beli Handphone Samsung / beli computer Huawei, beli bola sepak Adidas, walaupun ansa bayar unifi tiap2 bulan itu pun boleh ada tax rebate. Tetapi max. RM 2,500 sahaja lah setahun untuk semua itu.
Contohya, kalau anda beli:
Handphone: RM 1,000
Laptop: RM 1,600
Unifi: RM89 x 12 bulan = RM 1,068
Total: RM 3,668
Anda boleh claim maximum RM 2,500 je. BUKAN total RM 3,668 tau!
Terakhir sekali, BAYARLAH ZAKAT PENDAPATAN. Zakat fitrah yang anda bayar RM7 untuk diri sendiri dan untuk ahli keluarga yang lain pun boleh claim as tax rebate.
Jadi rancanglah perbelanjaan anda untuk tahun ini, supaya anda akan dapat maximumkan tax rebate untuk e-filing tahun hadapan. Dalam masa yang sama jugak mendapat keberkatan Allah swt bila anda MEMBAYAR ZAKAT.
Semoga bermanfaat!
Sumber : Ir. Abdul Rahman Bahasa