Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Positive | Seorang pemuda simpan wang RM28,000 hanya ambil masa 3 tahun

simpan wang
simpan wang

Inspirasi | Seorang pemuda simpan wang RM28,000 hanya ambil masa 3 tahun.Tular baru-baru ini tentang seorang pemuda yang menyimpan wang berjumlah RM28,510 dengan hanya dalam masa 3 tahun.

Kisah ini betul-betul menginspirasikan kita untuk kita terus bersemangat menyimpan wang juga. Berkat kesabaran yang tinggi seorang pemandu lori tersebut akhirnya membuahkan hasil yang amat memuaskan.

IMG 20221028 022504 969
simpan wang

MD Fazil Hamdillah Panjang atau nama Facebooknya Jahat Jahat telah mengejutkan warga maya apabila beliau memecahkan tabung miliknya yang diperbuat daripada bekas untuk mengisi air yang berisi wang tunai bernila RM28,510.

IMG 20221028 023508 996
simpan wang

Menurut Harian Metro ketika ditemuramah, tabung tersebut dipecahkan kerana beliau ingin menggunakan wang tersebut untuk menampung kos rawatan kerana beliau jatuh sakit baru-baru ini. Jika tidak kerana rawatan, mumgkin brliau tidak akan memecahkan lagi tabung beliau.

IMG 20221028 022459 662
simpan wang
IMG 20221028 022502 831
simpan wang
IMG 20221028 022506 932

Sepatutnya kisah ini memberikan kita tauladan bahawa sebenarnya kita mampu untuk menyimpan wang. Anda tak perlu pun jadi macam MD Fazil iaitu hanya ambil masa 3 tahun untuk cecah RM28,000 kerana bukan semua orang mampu berbuat begitu lantaran kekangan kewangan dan terikat dengan pelbagai komitmen.

Namun, anda patut ambil contoh akan semangat dan kesabaran beliau untuk menyimpan. Bak kata pepatah, “sikit-sikit, lama-lama jadi bukit”.

Jom Simpan Wang Ikut Cara Anda

Semangat menabung patut diterapkan ke dalam diri masyarakat terutama ketika masih kecil lagi kerana “melentur buluh biarlah dari rebungnya”.

Menabung juga boleh dipecahkan kepada beberapa jenis simpanan, antaranya adalah tabung kecemasan, tabung simpanan hari tua, tabung untuk pelaburan dan lain-lain.
Tapi malang sekali kerana, 75% rakyat Malaysia tiada simpanan RM1000 menurut Bank Negara Malaysia. Hal ini amat menyedihkan sekali kerana ini menunjukkan bahawa majoriti rakyat Malaysia kurang suka atau mungkin tidak pandai menabung.

Bila sebut tentang menabung mungkin ada yang beralasan tak cukup duit, banyak komitmen, dan lain-lain. Sedangkan apabila kita faham konsep “menyimpan” sepatutnya kita tahu bahawa menyimpan tidak semestinya kena simpan banyak-banyak setiap bulan.

Kalau tak mampu nak simpan RM300 setiap bulan boleh simpan RM200, kalau tak mampu simpan RM200 boleh simpan RM100. Kalau RM100 pun tak mampu anda boleh simpan RM50,RM30,RM20 bahkan RM5 sebulan sekalipun, asalkan ada juga simpanan. Ianya bergantung kepada poket anda, jangan samakan dengan poket orang, kerana kemampuan setiap daripada kita adalah berbeza-beza!.
Kita tidak tahu bila kita susah, sepatutnya masa senang ini lah kita perlu menyimpan. Sebab itu simpanan amat penting kalau-kalau terjadi apa-apa (moga dijauhkan).

Simpanan juga dapat membantu kita pada hari tua, lagi-lagi kalau anda bukan pekerja kerajaan yang tiada pencen pada hari bersara.

Kesimpulannya, tindakan MD Fazil Hamdillah Panjang seorang pemuda simpan wang RM28,000 hanya ambil masa 3 tahun adalah sikap yang terpuji dan patut diambil iktibar. Beliau terpaksa memecahkan tabung untuk membayar rawatan, jika tidak mungkin banyak lagi yang dapat dikumpul jika dibiarkan bertahun lagi.Namun apakan daya kerana perancangan Allah lebih baik.

Walaubagaimanapun, sikap beliau memang sangat-sangat memberi inspirasi kepada orang ramai yang mungkin menggalakkan orang lain untuk lebih bersemangat untuk menabung. Moga sikap seperti beliau tertanam didalam diri kita dan semoga lebih ramai lagi orang seperti beliau dapat dilahirkan.

Sir Mohd Afizi
Sir Mohd Afizihttps://www.sistemguruonline.my/
Fulltime Writer at Sistem Guru Online. "There are two days in the year that we can't do anything, yesterday and tomorrow!"

Anda Mungkin Meminati