Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

MYSALAM | INISIATIF SKIM TAKAFUL KESIHATAN PERCUMA OLEH KERAJAAN

myslm

Demi memastikan rakyat yang berpendapatan rendah dan golongan kelainan upaya tidak ketinggalan dan terasa bebanan dari segi mendapatkan rawatan, kerajaan mewujudkan inisiatif MYSALAM, iaitu skim takaful perlindungan kesihatan secara percuma.

SIAPAKAH YANG LAYAK MENDAPATKAN MYSALAM?

(Penerima bantuan BSH : )

  • Individu berumur 18 hingga 65 tahun dan pasangan
  • Individu bujang berumur 40 hingga 65 tahun yang berpendapatan kurang daripada Rm24000 setahun
  • Individu OKU berumur 18 hingga 65 tahun dan berpendapatan kurang Rm24000 setahun

MANFAAT PENERIMA BANTUAN BSH :

  • Penyakit kritikal Rm8000 + hospitalisasi Rm50 untuk maksimum 14 hari

Anda akan dimaklumkan melalui SMS bermula 1 Mac 2019 bagi yang layak mendapat perlindungan MYSALAM. Untuk golongan B40, perlindungan MYSALAM telah berkuatkuasa pada 1 Januari 2019 dan perluasan perlindungan MYSALAM berkuatkuasa pada 1 Januari 2020.

BAGAIMANA UNTUK MEMBUAT TUNTUTAN?

*rujuk imej di bawah | tertakluk kepada terma dan syarat*

tuntutan mysalam

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA KLIK LINK DI BAWAH :

https://www.mysalam.com.my/b40/info/?url=FAQ-BM

Anda Mungkin Meminati