Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

SSDM Online Login untuk Sekolah KPM

"<yoastmark

SSDM ONLINE ini ialah satu cabang lagi kepada Modul Pengurusan Murid dan berkait rapat dengan sistem APDM sekolah. SSDM membawa maksud “Sistem Sahsiah Diri Murid” dan sangat penting dalam pengurusan disiplin murid. Sistem ini adalah berasaskan web yang bertujuan untuk merekod maklumat salahlaku disiplin murid di seluruh Malaysia dengan cara mudah dan berkesan.

Bukan itu sahaja, SSDM juga dapat membantu dalam menyediakan maklumat dengan efektif dan terkini. Maka dengan cara sebegini, pengurusan di semua peringkat akan dapat membuat perancangan awal bagi mengatasi dan mengawal masalah disiplin murid dengan lebih teratur, baik dan berkesan.

SSDM terdiri daripada 4 tahap pengguna iaitu:

  1. Sekolah
  2. Pejabat Pendidikan Daerah (PPD)
  3. Jabatan Pelajaran Negeri (JPN)
  4. Bahagian Pengurusan Harian Sekolah (BPSH)

Modul ini turut dapat melaksanakan beberapa tugas seperti:

  • Merekod kes-kes salahlaku murid
  • Menyimpan perincian maklumat murid dan sekolah
  • Menjana dan memaparkan laporan statistik salahlaku
  • Menjana surat amaran ponteng mengikut tahap

Kini, Sistem SSDM Online v2.0 ini merupakan penambahbaikan sistem SSDM Online yang sedia ada. Sistem ini mementingkan Amalan Baik sebagai usaha menggalakkan amalan nilai-nilai murni dalam kalangan murid-murid yang bakal mencorakkan negara pada masa hadapan. Dengan memasukkan elemen mata (markah) dalam sistem ini, status sahsiah seseorang murid boleh dinilai dan dibantu ke arah kecemerlangan budi pekerti.

SSDM Online Login ke Sistem Sahsiah Diri Murid

ssdm-online-login
Tangkap Layar SSDM Online Login ke Sistem Sahsiah Diri Murid

Klik Login ke Sistem Sahsiah Diri Murid

Kemas Kini: 12/4/2021

Tujuan Sistem Sahsiah Diri Murid SSDM Online

Setiap sistem yang diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia KPM pastinya mempunyai tujuan tersendiri. Begitu juga dengan SSM Online. Antara tujuan sistem ini adalah untuk:

  1. Menambahbaik SSDM sedia ada.
  2. Membantu pihak sekolah dalam proses penentuan hukuman supaya selaras dengan Surat Pekeliling Ikhtisas serta peraturan-peraturan sedia ada.
  3. Membantu pihak sekolah dalam memantapkan pengurusan disiplin selaras dengan perkembangan dunia teknologi maklumat dan komunikasi.
  4. Memastikan murid-murid yang melakukan kesalahan disiplin dibantu sepenuhnya oleh Guru Bimbingan dan Kaunseling.
  5. Menjalin rangkaian kerja yang jelas antara guru-guru, Ketua Guru Disiplin/ GPK HEM, Pengetua, Guru Bimbingan dan Kaunseling, murid-murid dan penjaga.
  6. Sebagai pangkalan data disiplin murid dengan penyediaan pelbagai bentuk laporan.

Proses Kerja SSDM V2.0

  • Perekodan Kes Salah Laku
  1. Guru melaporkan kes salah laku ke dalam sistem.
  2. Ketua Guru Disiplin/GPK HEM menjalankan siasatan dan jika sah, akan mencadangkan hukuman.
  3. Pengetua boleh sama ada menukar hukuman dan mengesahkan hukuman.
  4. Ketua Guru Disiplin/GPK HEM mengambil tindakan terhadap hukuman yang disahkan oleh Pengetua.
  5. Pembantu Pejabat menguruskan fail dan pengeposan surat.
  6. Guru bimbingan dan Kaunseling akan menjalankan sesi bimbingan dan kaunseling terhadap murid-murid tersebut.
  • Perekodan Amalan Baik
  1. Guru melaporkan amalan baik murid ke dalam sistem.
  2. Sistem akan memproses mata (markah) dan mengeluarkan status sahsiah murid.

Carta Alir Pengurusan SSDM Online V2.0

Secara umumnya, SSDM Online V2.0 ini mempunyai beberapa flow atau langkah aliran kerja yang perlu diikuti mengikut situasi atau kesalahan yang berlaku. Untuk penerangan awal mari Sistem Guru Online kongsikan gambaran asasnya.

carta-alir-sistem-ssdm-online
Carta Alir Sistem SSDM Online V2.0

Carta alir ini juga sebenarnya dipengaruhi oleh jenis kes yang dilaporkan seperti:

  • Kes Hukuman Amaran Lisan
  • Kes Tiada Asas
  • Kes Hukuman Amaran Bertulis
  • Kes Hukuman Gantung Sekolah
  • Kes Hukuman Buang Sekolah
  • Kes Hukuman Denda
  • Kes Hukuman Kelasn Tahanan
  • Kes Hukuman Rotan
  • Melapor Amalan Baik

Bagi guru yang ingin mendapatkan carta alir yang lebih tepat, jelas dan menyeluruh boleh rujuk disini.

Ciri-ciri SSDM Online V2.0

1. Pangkalan Data Disiplin

SSDM Online akan menjadi pangkalan data tunggal pengurusan disiplin murid, daripada peringkat sekolah hingga peringkat nasional. Data-data dalam sistem ini akan dijadikan rujukan oleh semua pihak yang berkepentingan dengan pendidikan.

2. Sistem Pemantauan Dan Pengawalan

Data-data dalam sistem ini boleh dijadikan asas dalam memantau tahap disiplin dan sahsiah murid. Seterusnya semua pihak boleh berganding bahu dalam usaha membantu murid-murid terutama yang bermasalah disiplin ke arah kecemerlangan sahsiah diri dan akademik.

3. Mengutamakan Amalan Baik

Sistem ini mengutamakan amalan baik sebagai proses pembentukan sahsiah. Murid-murid akan digalakkan melakukan amalan baik untuk mengingkatkan status sahsiah diri. Dengan pemupukan amalan baik ini, diharap dapat mengawal kecenderungan murid-murid melakukan kesalahan disiplin dari semasa ke semasa.

4. Pengukuran Sahsiah

Dalam mengklasifikasikan sahsiah murid-murid, sistem mata (markah) diperkenalkan. Klasifikasi berasaskan sistem mata ini boleh digunakan dalam membantu murid-murid meningkatkan status sahsiah ke arah yang lebih baik. Manakala murid-murid yang baik akan digalakkan untuk mencapai status sahsiah amat baik dan terpuji. 5 Status Sahsiah tersebut ialah:

  1. Terpuji
  2. Amat Baik
  3. Baik
  4. Perlukan Perhatian
  5. Perlukan Perhatian Serius

5. Kawalan Sistem

Sistem ini akan mengawal tindakan/hukuman supaya selaras dengan surat pekeliling ikhtisas serta peraturan-peraturan bagi mengelakkan ketidakpuasan hati masyarakat. Selain itu, sistem juga akan mengeluarkan surat-surat amaran dan makluman tindakan dalam bentuk yang seragam dan standard, dan dicetak secara automasi.

6. Kes Khas

Tambahan perkara dalam senarai salah laku telah dibuat yang merujuk kepada kes khas, iaitu kes-kes yang hanya untuk dilaporkan dan bukan untuk diambil tindakan/hukuman oleh pihak sekolah. Senarai kes khas ini dibuat dengan mengambil kira Surat Pekeliling ikhtisas serta keperluan data-data kementerian untuk dilaporkan kepada parlimen.

7. Mesra Pengguna

Sistem ini dibina dengan mengambil kira aspek ‘mesra pengguna’. Kemudahan-kemudahan dan capaian sistem yang ‘mesra pengguna’ ini diharap dapat meyakinkan guru-guru untuk menggunakan sistem ini tahap yang maksimum, sekali gus menghidangkan data-data nasional yang lebih tepat.

8. Mudah Diakses

Sistem ini mudah diakses oleh semua pihak terutama guru di sekolah, PPD, JPN, KPM, murid-murid, dan penjaga. Selain penggunaan laptop dan komputer, sistem ini dirancang penggunaannya hingga capaian android dan telefon pintar.

9. Melibatkan Semua Pihak yang Berkepentingan

Sistem ini membina rangkaian kerja yang jelas dalam kalangan semua pihak yang berkepentingan dengan pendidikan, sama ada murid-murid, penjaga, guru-guru, pegawai-pegawai PPD, JPN dan KPM.

Peringkat Akses

Berikut merupakan peringkat akses yang boleh dilakukan oleh pihak-pihak yang berkepentingan dalam pendidikan. Antaranya ialah:

1. KPM

  • Pelaporan peringkat nasional
  • Pelaporan JPN
  • Pelaporan PPD
  • Pelaporan sekolah
  • Pelaporan individu murid

2. JPN

  • Pelaporan JPN
  • Pelaporan PPD
  • Pelaporan sekolah
  • Pelaporan individu murid

3. PPD

  • Pelaporan PPD
  • Pelaporan sekolah
  • Pelaporan individu murid

4. Sekolah

5. Guru-Guru

  • Melaporkan kes salah laku
  • Melaporkan amalan baik

6. Ketua Guru Disiplin/GPK HEM

  • Siasatan dan cadang hukuman
  • Pelaporan sekolah
  • Pelaporan individu murid

7. Guru Bimbingan dan Kaunseling

  • Melaksanakan proses bimbingan dan kaunseling
  • Pelaporan sesi kaunseling
  • Pelaporan sekolah
  • Pelaporan individu murid

8. Pengetua

  • Pengesahan hukuman
  • Pelaporan sekolah
  • Pelaporan individu murid

Kesimpulannya, SSDM Online Login untuk Sekolah KPM atau dikenali sebagai Modul Pengurusan Murid ini adalah sangat baik kerana ia amat sistematik untuk mengetahui tahap sahsiah pelajar-pelajar. Melalui sistem ini juga, pelbagai pihak dalam bidang pendidikan secara langsung dan tidak langsung akan dapat memainkan peranan dalam mengekang masalah salahlaku pelajar dan seterusnya dapat memupuk mereka agar menjadi pelajar yang baik dari segi budi pekertinya.

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Sir Mohd Afizi
Sir Mohd Afizihttps://www.sistemguruonline.my/
Fulltime Writer at Sistem Guru Online. "There are two days in the year that we can't do anything, yesterday and tomorrow!"

Anda Mungkin Meminati

Sistem yang dibangunkan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia KPM ini dilihat sangat bagus dari segi tujuan utama ianya dibina. Kami di SGO berharap sistem pengurusan online semua sistem KPM boleh ditingkatkan dari segi capaian, dan permudahkan segala sistem yang ada untuk diuruskan dalam 1 website.SSDM Online Login untuk Sekolah KPM