Log In APDM KPM Aplikasi Pangkalan Data Murid Online

Log In APDM KPM Aplikasi Pangkalan Data Murid Online catat e kehadian
APDM KPM Aplikasi Pangkalan Data Murid Catat e Kehadiran

APDM KPM Aplikasi Pangkalan Data Murid ini ialah satu Modul Pengurusan Murid yang di akses oleh guru-guru atau orang yang diturunkan tugas oleh Pengetua atau Guru Besar untuk memasukkan e-kehadiran dan segala data berkaitan dengan murid. Aplikasi Pangkalan Data Murid sangat penting dalam mengendalikan data murid pada peringkat sekolah, pejabat pendidikan daerah PPD dan Jabatan Pendidikan Negeri JPN.

Login APDM Aplikasi Pangkalan Data Murid

Klik Login ke Aplikasi Pangkalan Data Murid

Perhatian kepada semua guru, isu keselamatan di Sistem Aplikasi Pangkalan DataMurid ( Isu Saya Bukan Robot ) telah diselesaikan. Para guru hanya perlu tick sekali pada kotak disediakan dan tidak lagi memerlukan guru untuk menjalani ujian penapisan seperti sebelum ini. Terima kasih.

IKON AKAN DIKEMAS KINI

#Kemas kini 5/11/2019

Sepertinya ramai pihak pentadbir terutamanya terlepas pandang isu ini dan malah mungkin ada yang bersikap tidak mahu lakukan perubahan. Walaupun pada dasarnya pihak KPM ini membantu dan memudahkan kerja guru, tetapi masih ada para pentadbir yang mewajibkan para guru untuk membuat 2 kerja iaitu mengisi buku rekod atau jadual kedatangan murid ke sekolah lalu mengisi semula data ke dalam aplikasi online. Ini kerja pengkeranian yang dikira membuang masa kerana guru membuat 2 kerja yang sama!. Jadi mohon para guru dan pentadbir lebih sensetif mengenai isu ini.

#Kemas kini 3/9/2019

1

Pengemaskinian Data Murid KWAMP (2019) terkini

2

Panduan Pengurusan Rekod Sistem Kehadiran Muridterkini

3

Pengumpulan Dan Perolehan Data Sekolah, Guru Dan Muridterkini

4

Surat Arahan Pengemaskinian Maklumat Dalam APDM 2019terkini

5

Proses Pengesahan Kelahiran JPN

6

Manual Pengguna Tagging Murid DLP

7

Panduan Kemas Kini Maklumat Bukan Warga Dan Warga Tanpa Dokumen Untuk Guru

8

Panduan Kemas Kini Maklumat Bukan Warga Dan Warga Tanpa Dokumen Untuk Admin

9

Manual Aplikasi Pengurusan Bantuan (APB)

10

Manual Pengguna Sub-Menu APDM

11

Infografik APDM

12 Perkara yang Perlu Diketahui oleh Admin APDM

1. Apakah laman sesawang Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM) ?

Sila ke url apdm.moe.gov.my

2. Bagaimana saya sebagai Administrator APDM sekolah mahu login ke dalam sistem APDM?

Sila masukkan

  1. Id Pengguna : kod sekolah (huruf besar tanpa spacebar. Contoh : ABC1234).
  2. Kata Laluan : ####### (dicadangkan agar pengguna menukar katalaluan yang diberi oleh sistem (default password) selepas pertama kali login menggunakan menu ‘Tukar Kata laluan’ sebagai langkah keselamatan data.

3. Bagaimana mahu mendaftar guru kelas yang baru atau menukar guru kelas yang sediada ?

  1. Administrator APDM sekolah boleh mendaftar guru kelas baru atau menukar guru kelas sediada dengan menggunakan menu ‘Pendaftaran Kelas’.
  2. Klik menu ‘Tambah Kelas’ sekiranya kelas masih belum wujud.
  3. Klik menu ‘Kemaskini’ di kelas yang telah sediada sekiranya mahu mengemaskini / menukar guru kelas sediada.
  4. Apabila maklumat selesai dikemaskini klik menu ‘Kemaskini Maklumat Kelas’ untuk meyimpan maklumat.

4. Bagaimana mahu mendaftar kelas baru atau mengemaskini nama kelas sediada ?

  1. Administrator APDM sekolah boleh mendaftar kelas baru atau mengemaskini nama kelas sediada dengan menggunakan menu ‘Pendaftaran Kelas’.
  2. Klik menu ‘Tambah Kelas’ sekiranya kelas masih belum wujud.
  3. Klik menu ‘Kemaskini’ di hujung nama kelas yang telah sediada sekiranya mahu mengemaskini nama kelas tersebut.
  4. Apabila maklumat selesai dikemaskini klik menu ‘Kemaskini Maklumat Kelas’ untuk simpan maklumat.

5. Bagaimana mahu padam/buang kelas sediada ?

  1. Administrator APDM sekolah boleh memadam/membuang kelas sediada dengan menggunakan menu ‘Pendaftaran Kelas’.
  2. Klik menu ‘Padam’ di hujung nama kelas yang telah sediada sekiranya mahu padam/buang kelas tersebut.
  3. Sila pastikan kelas yang hendak dipadam/buang tiada murid di dalam kelas tersebut kerana apabila kelas dipadam/buang, murid dalam kelas tersebut juga akan turut terpadam/buang. Oleh itu sila kemaskini kelas pelajar-pelajar ini melalui guru kelas menu ‘Data Murid’ dan ‘Kemaskini Kelas’. Kemudian baru padam/buang kelas tersebut.

6. Bagaimanakah Administrator APDM sekolah perlu mengesahkan semua data murid ?

  1. Administrator APDM perlu menyemak beberapa perkara sebelum membuat pengesahan data murid.
    1. Memastikan jumlah murid keseluruhan dan bilangan murid mengikut kelas adalah betul dan tepat termasuk mengikut jantina dengan klik menu ‘Data Murid’. Skrin yang dipaparkan adalah mengikut tingkatan/tahun (paparan mengikut kelas dapat dipaparkan dengan klik pada nama tingkatan/tahun yang berkenaan) dan diagihkan mengikut jantina.
    2. Menyemak data murid yang telah dikemaskini oleh guru kelas dengan klik menu ‘Data Murid’. Kemudian letakkan courser di perkataan ‘Kelas’. Semua kelas mengikut tingkatan/tahun akan dipaparkan. Klik pada nama kelas yang berkenaan. Senarai murid akan dipaparkan. Klik nama murid untuk menyemak maklumat murid dan ibubapa murid tersebut. Sekiranya pendapatan ibubapa murid hendak disemak, klik kotak bertulis ‘Paparan pendapatan penjaga pertama dan penjaga kedua’ di bahagian atas skrin senarai murid.
  2. Administrator APDM sekolah boleh mengesahkan semua data murid sekolah beliau dengan klik menu ‘ Data Murid’. Sila klik kotak di bahagian bawah skrin yang bertulis ‘Semua data murid seperti yang di atas telah dikemaskini’. Makluman ini akan memberitahu kepada semua pihak yang berkenaan seperti PPD, JPN dan KPM bahawa data murid sekolah tersebut telah disahkan oleh pentabiran / pengurusan sekolah.

7. Bilakah Administrator APDM sekolah perlu mengesahkan semua data murid ?

Dalam tempoh 1-7 haribulan pada setiap bulan. Selepas tarikh 7 haribulan, menu pengesahan akan dihilangkan dan akan wujud semula pada tarikh 1 haribulan bulan berikutnya. Pemantauan akan dilakukakan oleh PPD, JPN dan KPM untuk memastikan data murid yang terdapat dalam APDM adalah terkini dan boleh digunakan oleh sistem KPM yang berkaitan dari masa ke semasa.

8. Dimana pihak sekolah perlu membuat laporan pelaksanaan MBMMBI bagi setiap kelas ?

  1. Administrator APDM sekolah boleh membuat laporan pelaksanaan MBMMBI bagi setiap kelas atau mengemaskini maklumat sediada dengan menggunakan menu ‘Pendaftaran Kelas’.
  2. Klik menu ‘Tambah Kelas’ sekiranya kelas masih belum wujud.
  3. Klik menu ‘Kemaskini’ di hujung nama kelas yang telah sediada sekiranya mahu mengemaskini laporan MBMMBI kelas tersebut.
  4. Apabila maklumat selesai dikemaskini klik menu ‘Kemaskini Maklumat Kelas’ untuk simpan maklumat.

9. Bagaimana sekiranya Admin APDM lupa katalaluan?

Sila hubungi PPD sekolah tersebut dan minta Admin APDM PPD reset katalaluan.

10. Bagaimana sekiranya guru kelas lupa katalaluan ?

Sila hubungi Admin APDM sekolah tersebut dan minta beliau reset katalaluan guru itu. Admin APDM sekolah perlu menggunakan menu ‘Pendaftaran Kelas’ dan klik ‘Reset Katalaluan’ di ruangan nama guru kelas tersebut untuk menukarkan katalaluan sediada kepada default password.

11. Bagaimana maklumat sekolah boleh dikemaskini ?

  1. Administrator APDM sekolah boleh membuat mengemaskini maklumat sekolah.
  2. Klik menu ‘Kemaskini’ di laman utama aplikasi.
  3. Apabila maklumat selesai dikemaskini klik menu ‘Kemaskini Maklumat Sekolah’ untuk simpan maklumat.

12. Bolehkan Admin APDM mendapatkan data murid sekolah saya ?

Ya boleh. Klik menu ‘Data Murid’. Kemudahan muat turun boleh didapati mengikut tahun / tingkatan. Sila klik ‘Muat Turun Excel’ di hujung nama tahun / tingkatan berkenaan. Data murid dan ibubapa akan dimuat turun kepada anda dalam format excel.

13 Perkara yang Perlu Diketahui oleh Guru Kelas berkaitan APDM

1. Apakah laman sesawang Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM) ?

Sila ke url apdm.moe.gov.my

2. Bagaimana saya sebagai guru kelas mahu login ke dalam sistem APDM?

  1. Pastikan guru kelas telah didaftarkan oleh Administrator APDM terlebih dahulu. Sila gunakan:
  2. Id Pengguna : no.kp guru (tanpa simbol sengkang @ dash. Contoh : 123456989123).
  3. Kata Laluan : #### (dicadangkan agar pengguna menukar katalaluan yang diberi oleh sistem (default password) selepas pertama kali login menggunakan menu ‘Tukar Katalaluan’ sebagai langkah keselamatan data.

3. Bagaimana mahu mendaftar guru kelas yang baru atau menukar guru kelas sediada ?

Guru kelas boleh melakukannnya dengan meminta Administrator APDM sekolah boleh mendaftar guru kelas baru atau menukar guru kelas sediada dengan menggunakan menu ‘Pendaftaran Kelas’.

4. Bagaimana mahu mendaftar kelas baru atau mengemaskini nama kelas sediada ?

Guru kelas boleh melakukannnya dengan meminta Administrator APDM sekolah boleh mendaftar kelas baru atau mengemaskini nama kelas sediada dengan menggunakan menu ‘Pendaftaran Kelas’.

5. Bagaimana mahu padam/buang kelas sediada ?

Guru kelas boleh melakukannnya dengan meminta Administrator APDM sekolah boleh padam/buang kelas sediada dengan menggunakan menu ‘Pendaftaran Kelas’.

6. Dimana guru kelas perlu membuat laporan pelaksanaan MBMMBI bagi kelas beliau ?

Guru kelas boleh melakukannnya dengan meminta Administrator APDM sekolah boleh membuat laporan pelaksanaan MBMMBI bagi setiap kelas atau mengemaskini maklumat sediada dengan menggunakan menu ‘Pendaftaran Kelas’

7. Bagaimana sekiranya guru kelas lupa katalaluan?

Sila hubungi Admin APDM sekolah tersebut dan minta beliau reset kata laluan guru itu. Admin APDM sekolah perlu menggunakan menu ‘Pendaftaran Kelas’ dan klik ‘Reset Katalaluan’ di ruangan nama guru kelas tersebut untuk menukarkan kata laluan sediada kepada default password.

8. Bagaimana mahu mendaftar murid / tambah rekod murid kerana berpindah masuk atau rekod belum wujud?

Murid boleh didaftarkan melalui guru kelas masing-masing melalui menu ‘Data Murid’.

  1. Semak sekiranya murid tersebut telah berada di dalam senarai murid kelas tersebut, klik nama murid. Profil murid dan profil ibubapa murid boleh dikemaskini.
  2. Sekiranya murid tiada dalam senarai kelas klik ‘Daftar Murid” dan masukkan identiti murid samada nombor kad pengenalan, nombor sijil lahir, nombor pasport atau tiada dokumen.
  3. Klik ‘Kemaskini Maklumat’ apabila selesai mengemaskini maklumat.

9. Bagaimana mahu mengemaskini maklumat murid ?

Murid boleh didaftarkan melalui guru kelas masing-masing melalui menu ‘Data Murid’.

  1. Sekiranya murid tersebut telah sediada dalam senarai murid kelas tersebut, klik nama murid. Profile murid dan profile ibubapa murid boleh dikemaskini.
  2. Sekiranya murid tiada dalam senarai kelas klik ‘Daftar Murid” dan masukkan identiti murid samada nombor kad pengenalan, nombor sijil lahir, nombor pasport atau tiada dokumen.
  3. Klik ‘Kemaskini Maklumat’ apabila selesai mengemaskini maklumat.

10. Bolehkan guru kelas mendapatkan data murid kelas saya ?

Ya boleh. Klik menu ‘Data Murid’. Kemudian sila klik ‘Muat Turun Excel’ di penjuru kanan atas skrin. Data murid dan ibubapa akan dimuat turun kepada anda dalam format excel.

11. Bagaimana mahu buang / padam rekod murid, kerana berpindah keluar atau rekod bertindih ?

Rekod murid boleh buang / padam dari APDM melalui guru kelas masing-masing melalui menu ‘Data Murid’.

  1. Semak nama murid dari dalam senarai murid kelas tersebut, klik ‘Padam’ di hujung nama murid tersebut.
  2. Pilih sebab rekod murid tersebut mahu dipadamkan dari senarai murid kelas anda.
  3. Apabila selesai memilih sebab padam, klik ‘Padam Murid’ untuk memadam rekod tersebut.

12. Bagaimana mahu menukar kelas murid kerana menyusunan semula kelas ?
Kelas murid boleh dikemaskini / ditukar melalui guru kelas masing-masing melalui menu ‘Data Murid’.

  1. Semak nama murid dari dalam senarai murid kelas tersebut, klik ‘Kemaskini Kelas’ di hujung nama murid tersebut.
  2. Pilih kelas terkini murid tersebut dari pilihan kelas yang dipaparkan.
  3. Apabila selesai memilih kelas, klik ‘Kemaskini’ untuk tukar kelas murid dan ‘Batal’ untuk batalkan pilihan.

13. Bagaimana Pengetua/Guru Besa/PK2 hendak membuat pengesahan permohonan sekolah Kawalan ?

  1. Admin APDM sekolah perlu mendaftarkan Pengetua/Guru Besar/PK2 di dalam APDM melalui menu ‘Pentadbir Sekolah’.
  2. Pengetua/Guru Besar/PK2 login ke dalam APDM menggunakan login (no.kp Pengetua / Guru Besar / PK2) dan kata laluan yang telah dimaklumkan oleh Admin APDM sekolah.
  3. Admin APDM sekolah boleh semak kata laluan default (yg telah ditentukan oleh sistem) atau reset kata luan Pengetua/Guru Besar/PK2 sekiranya mereka terlupa kata laluan pada menu ‘Pentadbir Sekolah’.
  4. Apabila masuk ke dalam APDM Pengetua / Guru Besar / PK2 klik menu ‘Sekolah Kawalan’. Hanya permohonan yang berstatus “Menunggu Pengesahan Guru Besar” yang bermaksud permohonan sedang menunggu pengesahan oleh Pengetua/guru besar/pk2 dibenarkan dibuat pengesahan dengan klik butang ‘Sahkan Permohonan’.
  5. Pengetua/Guru Besar/PK2 akan dipaparkan permohonan tersebut terlebih dahulu untuk diteliti dan sila klik kotak checkbox ‘Saya mengesahkan permohonan ini’.
  6. Bagi status “Permohonan Belum Diserahkan” bermaksud, permohonan belum diserah dan dicetak oleh pemohon/guru kelas.
  7. Bagi status “Menunggu Kemasukan Data Akademik” bermaksud guru kelas belum membuat pengisian markah akademik bagi permohonan tersebut.

Update 13/8/2018

Update 20/5/2017

Update 13/6/2017

Modul Pengurusan Murid Aplikasi Pangkalan Data Sekolah

Antara penggunaan sistem aplikasi pangkalan data murid ialah:

  1. eKehadiran
  • Aplikasi Pangkalan Data Murid ekehadiran ini berfungsi untuk mencatat kehadiran murid ke sekolah. Sama ada hadir, hadir tetapi lewat, tidak hadir bersebab ataupun ponteng.
  • Selain untuk mencatatkan kehadiran murid. e kehadiran ini juga boleh memaparkan laporan kehadiran murid ke sekolah dengan tepat mengikut bulan dan tahun.
  • Selain penggunaan desktop untuk mencatat kehadiran murid, guru boleh mencatat kehadiran murid didalam sistem Aplikasi Pangakalan Data Murid menggunakan android.
  • Lebih Lanjut di eKehadiran Aplikasi Pangkalan Data Murid.

2. Borang Maklumat Murid

  • Guru boleh memuat turun borang maklumat murid ini di dalam aplikasi pangkalan data murid. Data ini dikutip pada awal tahun untuk dikemaskini oleh guru kelas.
  • Antara maklumat murid yang dikutip ialah seperti nama penuh, nombor mykid, warganegara, kaum, agama, alamat, jenis bantuan yang diterima dan banyak lagi. Selain itu, mereka juga perlu mengisi maklumat penjaga seperti nama penuh, status, nombor telefon untuk dihubungi, pekerjaan, pendapatan dan sebagainya.
  • Data ini sangat berguna untuk di gunakan pada masa hadapan seperti kelayakan menerima bantuan kewangan seperi KWAMP, program Susu dan sebagainya.
  • Muat turun borang dan maklumat lebih terperinci di Borang Maklumat Murid Aplikasi Pangkalan Data Murid.

3. Eksport data Aplikasi Pangkalan Data Murid ke VLE Frog

  • Seperti yang kita tahu data yang terdapat didalam sistem aplikasi pangkalan data murid ini sangat-sangat lengkap dan menyeluruh.
  • Oleh sebab itu, ianya sangat berguna jika dapat dieksport ke dalam mana-mana sistem atau jika diperlukan secara adhoc kerana semua data sudah tersedia.
  • Bagi tujuan itu, Aplikasi Pangkalan Data Murid ini sebenarnya boleh berbuat demikian dimana guru boleh terus login ke dalam sistem dan eksport data murid ini dengan mudah.
  • Tutorial Eksport Data Aplikasi Pangkaan Data Murid Online.

Isu Aplikasi Pangkalan Data Murid KPM

Berikut makluman yang dapat di kongsikan :

  1. Pengesahan “I’m not a Robot” di Log In Aplikasi Pangkalan Data Murid
  • Pengesahan ini bertujuan untuk meningkatkan tahap keselamatan sistem daripada diceroboh oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Ianya terutamanya dengan penggunaan robot atau User Agent dan sebagainya.
  • Baca artikel ” Saya Bukan Robot Tetapi Cikgu Memang Robot “.

2. Kenali Apa itu Aplikasi Pangkalan Data Murid

  • Ramai guru tahu apa itu Aplikasi Pangkalan Data Murid atau yang sebenarnya ialah Aplikasi Pangkalan Data Murid. Bagaimana pula dengan ibubapa?
  • Ramai ibubapa tidak tahu wujudnya Aplikasi Pangkalan Data Murid yang merupakan satu laman sesawang penting menjadi modul murid menyimpan data mereka bagi kegunaan pihak sekolah, ppd, jpn dan kementerian. Oleh sebab itu, mari kita kongsikan serba sedikit mengenai Aplikasi Pangkalan Data Murid.

Ekport Data Murid dari APDM ke Portal NKRA secara Berperingkat Elak Masalah Gangguan Server

[ Update on 27/4/2017 ]

Minta perhatian kepada semua guru terutama guru linus. Server Portal NKRA LINUS sekarang mengalami load yang tinggi menyebabkan masalah timbul. Jadi, para guru yang ingin mengimport data murid bolehlah lakukan pada masa yang lebih tenang iaitu bukan waktu puncak. Selain itu, lakukan proses import data secara berperingkat.

Mohon dimaklumkan kepada semua. Terima kasih. Lebih lanjut di bawah:

Pengesahan I’m Not a Robot [ Update on 9/4/2017 ]

Sistem Pengesahan “Im not a Robot” di dalam portal Aplikasi Pangkalan Data Murid pada bahagaian login sudah dipermudahkan. Kini anda boleh login dengan hanyak tick atau tanda pada kotak sahaja. Nampaknya seperti tiada lagi kelihatan masalah ujian keselamatan di sana.

Namun, jika ianya kembali maka tabahkan diri anda dan ikut langkah yang diberikan iaitu buat pilihan gambar mengikut arahan yang diberikan kepada kita. Terima kasih.

Tutorial Lengkap Cara Eksport Data Aplikasi Pangkalan Data Murid

[ Update on 10/4/2017 ]

Bagi guru yang ingin eksport data Aplikasi Pangkalan Data Murid dan import ke VLE Frog, dapatkan tutorial terbaru di Panduan Ekport Data Aplikasi Pangakalan Data Murid. Tutorial dibekalkan secara bertulis boleh lihat dibawah.

Video : Panduan Ekport Data Aplikasi Pangkalan Data Murid

Bertulis : Aplikasi Pangkalan Data MuridOnline Boleh Muat Turun Data & Eksport ke VLE Frog

Manual Penetapan Subjek Dual Language Programme (DLP) Modul Pengurusan Murid [ Update on 23/4/2017]

Disini admin kongsikan pdf bagi guru-guru membuat tagging murid DLP. Jika guru atau admin mengalami sebarang masalah, boleh terus hubungi :

  • BAHAGIAN PENGURUSAN SEKOLAH HARIAN, Aras 3 & 4,  Blok E2 Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604 Putrajaya.
  • Email : azila.hamzah@moe.gov.my

Download : Manual DLP

Sertai kami di t.me/sistemguruonline untuk mendapatkan informasi dan bahan-bahan pendidikan yang terkini dan terbaik dari semasa ke semasa.

Maklumat Lanjut

Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkenaan dengan sistem ini, e-melkan kepada apdm.team@moe.gov.my

REVIEW OVERVIEW
Kepentingan Sistem
Pengurusan Sistem
Kebolehpercayaan Sistem
Previous articlee Kehadiran APDM Kehadiran Murid
Next articleWarna Warni Keputusan SPM 2016.
log-in-apdm-kpm-aplikasi-pangkalan-data-murid-onlineSistem yang dibangunkan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia KPM ini dilihat sangat bagus dari segi tujuan utama ianya dibina.Kami di SGO berharap sistem pengurusan online semua sistem KPM boleh ditingkatkan dari segi capaian, dan permudahkan segala sistem yang ada untuk diuruskan dalam 1 website.