SSDM KPM Mudah dengan Panduan Pengguna yang Lengkap

Download Pelbagai Bahan untuk Guru di Sini

"SGO Web Pendidikan No.1 di Malaysia Rujukan Guru, Murid dan Ibu Bapa"

whatsapp sistem guru online sgoDapatkan Update SGO Melalui Whatsapp

SSDM KPM Mudah dengan Panduan Pengguna yang Lengkap
SSDM KPM Mudah dengan Panduan Pengguna yang Lengkap

SSDM KPM ini dibina berasaskan beberapa ciri dan 2 ciri-ciri yang penting ialah mudah diakses dan mesra pengguna. Seperti sistem APDM sekolah, SSDM KPM ini mudah diakses oleh semua pihak, terutama guru di sekolah, selain PPD, JPN, KPM, murid-murid, dan penjaga. Selain penggunaan laptop dan komputer, sistem ini dirancang penggunaannya hingga capaian android dan smart phone.

Selain itu, SSDM KPM ini juga dibina dengan mengambil kira aspek mesra pengguna. Kemudahan-kemudahan dan capaian sistem ni diharap dapat meyakinkan dan memudahkan guru-guru untuk meggunakan sistem ini tahap yang maksimum, sekali gus memberikan data-data nasional yang lebih tepat dan mudah diakses.

SSDM KPM Mempunyai 4 Jenis Panduan Khas Kepada Pengguna

Login SSDM KPM

ssdm-online-login

LOGIN DISINI

A. Panduan Penggunaan Guru-guru

  1. Log in sistem
  2. Taip sama ada No KP Murid, atau Nama murid, dan klik [Cari Rekod Murid]
  • Klik [PAPAR] pada maklumat murid yang berkenaan

3. Pilih / Klik urusan

  • [Tambah Kes] – untuk menambah maklumat kes
  • [Papar Kes] – untuk melihat senarai kes
  • [Tambah Amalan Baik] – untuk menambah rekod amalan baik
  • [Papar Amalan Baik] – untuk melihat rekod amalan baik
  • [Laporan Prestasi Sahsiah] – untuk melihat rumusan rekod kes, amalan baik dan prestasi sahsiah
  • [Laporan Disiplin Murid] – untuk melihat laporan lengkap disiplin murid

Dapatkan Panduan disiniPANDUAN PENGGUNAAN GURU BIASA

B. Panduan Penggunaan Ketua Guru Disiplin KGD

GDS berperanan menyiasat kes, membuat pertuduhan, memberi peluang murid membela diri, mencadangkan hukuman, Mengadakan mesyuarat Lembaga Disiplin, dan melaksanakan hukuman.

  1. Log in sistem
  2. Mencadangkan hukuman melalui link ‘Senarai Murid Untuk Proses Tindakan’
  • Mencetak / mengambil tindakan terhadap surat-surat / tindakan yang telah disahkan oleh Pengetua / Guru Besar melalui link ‘Penjanaan Surat Pertuduhan Tindakan Gantung Sekolah / Buang Sekolah / Surat Amaran’

3. Mencetak surat Hukuman Gantung Sekolah / Buang Sekolah melalui link ‘Cetak Surat Gantung / Buang Sekolah’.

4. Mengisi maklumat pada link ‘Kemaskini Maklumat Selepas Selesai Hukuman’.

Dapatkan Panduan disini : PANDUAN PENGGUNAAN KGD

C. Panduan Penggunaan Guru Bimbingan dan Kaunseling GBK

Peranan GKK adalah untuk melaksanakan sesi bimbingan dan kaunseling terhadap murid-murid yang melakukan kesalahan.

  1. Log in sistem
  2. Lihat senarai murid untuk bimbingan
  • Laksanakan sesi bimbingan

3. Lapor sesi yang telah dilaksanakan

Dapatkan Panduan disini : PANDUAN PENGGUNAAN GBK

D. Panduan Penggunaan Guru Besar / Pengetua

  1. Log in sistem
  2. Mengesahkan / menukar hukuman yang dicadangkan oleh Guru Disiplin (GDS)

Dapatkan Panduan disini : PANDUAN PENGGUNAAN [email protected]

Jangan lupa sertai kami di Telegram | Facebook | Forum