Jom buat permohonan Geran Agropreneur Muda 2025! Keraaan Malaysia berkerjasama dengan pelbagai agensi untuk mejayakan program Geran Agroupreneur Muda yang merupakan inisiatif kerajaan untuk melahirkan usahawan-usahawan muda dalam pelbagai bidang pertanian.
Geran Agropreneur Muda ini adalah merupakan anjuran daripada Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) yang dibuka khas kepada individu rakyat Malaysia yang berumur daripada 18 tahun sehingga 43 tahun. Bagi anda yang berminat untuk membuat permohonan bagi mendapatkan Geran Agropreneur Muda 2025 ini, sangat disarankan kepada untuk menyemak perkongsian kami!
Apa Itu Geran Agropreneur Muda?
Isi Kandungan
Geran Agropreneur Muda adalah merupakan program yang diadakan diabwah perlaksanaan Rancangan Malaysia Kesebelas (RMK-11) yang merupakan inisiatif kementerian khas kepada golongan muda yang berumur 18 tahun sehingga 40 tahun.
Matlamat utama program ini diwujudkan adalah untuk membantu dan memupuk penglibatan golongan muda ke dalam bidang sektor agromakanan yang merangkumi bidang-bidang rantaian nilai seperti tanaman, pemasaran, penyediaan, serta industri makanan termasuk perkhidmatan sokongan dan agropelancongan.
Berapa Jumlah Bantuan Geran Agropreneur Muda 2025?
Berdasarkan laman web Geran Agropreneur Muda, bantuan geran ditawarkan adalah sejumlah pembiayaan sehingga RM30,000 yang dinaikkan dari sebelum ini RM20,000 bagi setiap pakej yang ditawarkan. Bagi mereka yang terpilih dalam program ini, mereka akan diberikan kelengkapan dan keperluan untuk menerukan projek peserta yang terlibat.
Syarat Kelayakan Geran Agropreneur Muda 2025
Berikut adalah merupakan syarat-syarat bagi permohonan Geran Agropreneur Muda 2025:
- Warganegara Malaysia;
- Individu berumur di antara 18 hingga 43 tahun;
- Boleh membaca, mengira dan menulis;
- Individu yang baru memulakan projek WAJIB mengikuti program latihan teknikal yang dianjurkan oleh Jabatan/Agensi di bawah KPKM atau yang diiktiraf oleh KPKM;
- Individu yang memiliki Sijil/Diploma/Ijazah dari institusi pendidikan yang diiktiraf oleh Kementerian Pendidikan Malaysia atau Institut Latihan di bawah KPKM berkaitan projek pertanian yang dicadangkan boleh dipertimbangkan untuk dikecualikan daripada mengikuti program latihan teknikal; dan
- Keutamaan kepada individu yang mempunyai kemudahan tanah atau premis sedia ada.
Bagi individu yang telah menjalankan projek kurang dari tempoh setahun atau masih belum mencapai sasaran pengeluaran secara optimum, surat sokongan teknikal daripada Jabatan/Agensi pembimbing di bawah KPKM adalah diperlukan dan boleh dipertimbangkan untuk dikecualikan daripada mengikuti program latihan teknikal.
Senarai Pakej Geran Agropreneur Muda 2025
Terdapat lima pakej Geran Agropreneur Muda 2025 yang dibuka kepada rakyat Malaysia. Berikut adalah merupakan penerangan kepada pakej-pakej Geran Agropreneur Muda 2025:
Pakej Industri Makanan dan Asas Tani (IMAT)
- Bantuan yang akan diberikan kepada usahawan melalui bidang ini adalah berupa bantuan barangan seperti peralatan dan pembaikan mesin, serta bahan mentah akan diberikan kepada para usahawan dalam meneruskan semula projek yang terjejas.
- Usahawan perlu berdaftar dibawah SSM.
- Mempunyai lesen perniagaan adalah keperluan untuk pakej ini.
- Untuk kelayakan bantuan ini, usahawan perlu untuk mempunyai Karavan, projek sedia ada dan lesen JPJ serta berkaitan.
Pakej Ternakan
- Jenis bantuan yang akan diberikan kepada penternak adalah seperti bantuan makanan ternakan, baik pulih infrastruktur kandang / reban dan lain-lain dalam meneruskan semula projek tersebut.
- Penternakan melibatkan:
- Ternakan Ruminan (Lembu / Kambing / Kerbau / Rusa)
- Ternakan Bukan Ruminan Selain Unggas (Arnab)
- Ternakan Unggas (Ayam / Itik / Puyuh)
- Perkhidmatan Sokongan Dan Input Ternakan
- Penternak hendaklah berdaftar dibawah SSM, berdaftar dengan DVS serta mempunyai tanah 1/4 ekar dan bersih.
Pakej Tanaman
- Melalui bantuan jenis tanaman ini, para petani juga akan diberikan insentif berbentuk barangan seperti alatan-alatan pertanian termasuk juga benih-benih tanaman yang bersesuaian termasuk menambahbaik infrastruktur jika perlu.
- Projek penanaman ini melibatkan :
- Fertigasi
- Cendawan
- Ternakan Kelulit/ Lebah Madu
- Sayuran
- Buah-buahan
- Tanaman Nanas
- Perkhidmatan Sokongan dan Input Projek
- Tanaman Hidroponik
- Usahawan hendaklah berdaftar dibawah SSM serta mempunyai tanah 1/4 ekar dan bersih.
Pakej Perikanan
- Jenis bantuan yang akan diberikan kepada usahawan yang terlibat seperti bantuan benih ikan, peralatan menangkap ikan, menambahbaik infrastruktur akuakultur air tawar dan air payau / masin serta pembaikan enjin bot.
- Pengeluaran ikan hiasan juga menjadi satu daripada cabang skop perikanan yang akan diberikan bantuan sama ada secara langsung ataupun secara tidak langsung.
- Projek perikanan ini melibatkan:
- Akuakultur
- Penangkapan ikan
- Pembenihan
- Ikan Hiasa
- Perkhidmatan Sokongan dan Input Perikanan
- Pengusaha perikanan hendaklah berdaftar dibawah SSM, perlu berdaftar dengan DOF Semenanjang, DOA Sarawak dan DOF Sabah serta mempunyai tapak atau kawasan untuk diusahakan.
Pakej Agroteknologi
- Jenis bantuan yang disediakan dalam bidang Agroteknologi melalui infrastruktur dan sistem serta kelengkapa.
- Pengusaha perlu mempunyai tapak yang diusahakan, berdaftara dibawah SSM dan mempunyai lesen perniagaan.
Bagi maklumat lanjut dan lengkep berkenaan dengan pakej-pakej Geran Agropreneur Muda 2025 yang ditawarkan ini. Anda boleh rujuk laman web rasmi egam dibawah:
Cara Mohon Geran Agropreneur Muda 2025
Untuk membuat permohonan bagi Geran Agropreneur Muda 2025 ini, berikut adalah cara yang perlu anda ikuti:
- Daftar akaun dibawah website egam.
- Sahkan emel anda dan Log masuk akaun.
- Buat permohonan segera dengan membaca pelbagai syarat dan dokumen yang diminta.
- Pastikan untuk anda memberikan maklumat yang tepat dan perlu disediakan dokumen yang diyakini sahaja.
Selepas membuat permohonan, pihak program akan memberi maklum balas kepada anda berkenaan permohonan anda lakukan.