Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

6 Cara Hilangkan Senggugut Secara Semula Jadi Tanpa Melalui Ubat Elak Trauma

CARA HILANGKAN SENGGUGUT
Cara Hilangkan Senggugut

Senggugut kerap dialami oleh mereka yang bergelar wanita saat kedatangan haid. Ramai mencari cara hilangkan senggugut kerana senggugut dapat memberi kesan kepada tubuh badan manusia. Ia juga sering kali menjadi keluhan kerana ia dapat mengganggu kerja-kerja seharian dan boleh menjadikan seseorang itu tidak dapat pergi ke sekolah atau kerja.

Ada juga dikongsi oleh kalangan wanita mengatakan bahawa sakit senggugut adalah sakit yang adakalanya luar biasa dan tidak dapat menampung tahap kesakitan tersebut. Penting untuk kita mengambil berat mengenai kesakitan segugut kerana ia boleh melarat sehingga memasuki hospital. Jadi adalah penting untuk kita cuba cara hilangkan senggugut.

Bagi membantu mereka yang sedang mencari solusi cara hilangkan senggugut anda boleh ikuti perkongsian ilmiah di bawah.

Sakit Senggugut dan Jenisnya

Sakit senggugut ini sebenarnya satu sakit yang menyebabkan rasa yang sangat tidak selesa pada kaum perempuan. Oleh sebab itu, sebelum kita belajar cara mengubatinya adalah lebih baik jika kita mulakan dahulu pengenalan ringkas mengenai sakit senggugut itu dahulu apa sebenarnya.

Apakah Itu Senggugut?

CARA HILANGKAN SENGGUGUT
Cara Hilangkan Senggugut

Senggugut adalah merupakan kesakitan yang dihadapi pada bahagian bawah perut atau pelvis semasa kedatangan haid. Pelvis adalah merupakan tempat di mana organ berikut berada iaitu Rahim awari dan saluran falopio serta pundi kencing. Menurut definisi dalam bahasa Inggeris senggugut dikenali sebagai “dysmenorrhoea”.

Terdapat Dua Jenis Senggugut

Bagi kes senggugut terdapat dua jenis senggugut iaitu senggugut primer dan senggugut sekunder. Terdapat perbezaan di antara dua jenis senggugut ini yang mana ia melibatkan faktor umur dan kesuburan.

Berikut adalah dua jenis segugut yang perlu anda ketahui;

Senggugut Primer

  • Kitaran haid adalah normal
  • Pendarahan adalah normal banyak pada 1 hingga 3 hari dan semakin berkurangan
  • Merasa sakit bawah perut atau sakit belakang selama 1 hingga 2 hari pertama semasa haid
  • Berasa loya dan muntah secara kadang-kadang dan bukan setiap kali haid
  • Sakit kepala dan pening berlaku secara kadang-kadang dan bukan setiap kali haid.

Senggugut Sekunder

  • Kitaran haid boleh jadi normal dan tidak teratur
  • Pendarahan yang sangat banyak dan tidak mempunyai tanda berhenti atau tidak tetap
  • Sakit bawah perut dan sakit belakang yang berpanjangan sebelum beberapa hari datang haid dan bertambah teruk.
  • Loya dan muntah pada setiap kali haid
  • Sakit kepala dan pening kepala pada setiap kali haid.

Hilangkan Sakit Senggugut untuk Mudahkan Urusan Harian

Cara Hilangkan Senggugut Dengan Beberapa Tips

Apabila mengalami sakit senggugut ramai yang mengambil keputusan untuk membeli ubat dan pengambilan ubat-ubatan bagi melegakan senggugut. Untuk itu ia mungkin boleh mengakibatkan kesan sampingan pada tubuh badan kita.

Oleh itu, terdapat beberapa cara hilangkan senggugut dengan mudah dan cepat secara semulajadi yang boleh anda pertimbangkan untuk mengamalkan selalu.

Berikut adalah cara-cara hilangkan senggugut tanpa ubat:

1. Meletakkan Sesuatu yang Hangat

CARA HILANGKAN SENGGUGUT
Cara Hilangkan Senggugut

Cara hilangkan senggugut dengan cara ini adalah dengan anda letakkan beg air panas, pek pemanas elektrik atau air panas yang telah dituangkan di dalam botol kaca dan diletakkan pada bahagian pelvis anda. Usaha ini akan dapat membantu melegakan senggugut dan sakit perut dalam masa yang sama meregangkan kekejangan pada otot.

2. Minum Air Elak Penghidratan

Terdapat keadaan yang mana perut anda kembung dan berangin juga boleh membuatkan senggugut yang dihadapi oleh anda menjadi lebih teruk. Dalam hal ini perkara yang anda perlu lakukan adalah memastikan diri anda meminum air secukupnya bagi mengelakkan perut kembung serta kesakitan. Disarankan untuk meminum air panas kerana ia boleh mengendurkan otot serta meredakan pengecutan rahim.

3. Lakukan Senaman

Melakukan senaman juga dapat membantu memanaskan otot dalam masa yang sama ia akan mengurangkan kekejangan otot yang dihadapi oleh anda. Selain itu, bersenam juga akan membebaskan endorphin yang boleh membuatkan mood anda menjadi lebih baik secara keseluruhannya. Disarankan untuk melakukan senaman seperti senaman cardio, yoga atau pilates.

4. Meminum Teh Herba

cadangan seterusnya adalah anda boleh hilangkan senggugut dengan mengenakan teh herba. Secara kajiannya teh herba seperti teh pudina dapat memberi ketenangan kepada badan sekaligus menghilangkan senggugut. Untuk teh halia dan adas (fennel) pula ianya adalah sangat bermanfaat bagi mengawal kesakitan disebabkan oleh haid.

5. Mengurut Dengan Guna Minyak Pati

Melakukan urut juga akan dapat membantu melancarkan aliran darah dalam badan dan dapat memberi kelegaan kekejangan otot serta meredakan sakit senggugut yang dialami.

Anda boleh mengurut pada bahagian atas perut dan mengoleskan dengan minyak urut, losyen badan atau minyak kelapa.

6. Makan Makanan Berkhasiat dan Elakkan Makanan Ringan

CARA HILANGKAN SENGGUGUT
Cara Hilangkan Senggugut

Cara hilangkan senggugut juga sangat berkait dengan faktor makanan. Anda boleh mengurangkan pengambilan makanan ringan dan melebihkan pengambilan makanan berkhasiat. Menjaga pemakanan dengan mengambil makanan sihat dan seimbang sangat mempengaruhi senggugut seseorang.

Secara kesimpulan, berikut kami buat kesimpulan 6 cara hilangkan senggugut tanpa ubat yang anda boleh cuba dirumah.

TIPS HILANGKAN SENGGUGUT
✔ Tuam perut dengan tuala suam untuk legakan otot.
✔ Banyak minum air kosong untuk elak dihidrat.
✔ Bersenam untuk panaskan otot dan membantu membebaskan hormon endorfin.
✔ Minum teh halia untuk kurangkan kesakitan senggugut.
✔ Mengurut dengan minyak atau losyen untuk bantu pengaliran darah.
✔ Banyakkan ambil makanan berkhasiat seperti buah-buahan segar.

Akhir kata, kami berharap dengan mengamalkan cara hilangkan senggugut yang betul seperti yang dikongsikan ini akan dapat membantu anda memberi kelegaan untuk hilangkan rasa sakit senggugut. Semoga diberikan kesembuhan secepat mungkin kami doakan.

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Cikgu Ahmad
Cikgu Ahmad
"It always seems impossible until it's done."

Anda Mungkin Meminati